“16–22 Oktober. 1 dan 2 Thesalonika: ‘Melengkapkan Apa yang Masih Kamu Perlukan untuk Percaya Kepada Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2021)
“16–22 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
16–22 Oktober
1 dan 2 Tesalonika
“Melengkapkan Apa yang Masih Kamu Perlukan untuk Percaya Kepada Kristus”
Alma mengajar, “Janganlah mempercayai seorang pun untuk menjadi pengajarmu atau pelayan rohaniahmu, kecuali dia adalah orang yang melakukan kehendak Tuhan, berjalan di jalan-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya” (Mosia 23:14). Apakah yang tulisan suci ini mencadangkan tentang bagaimana anda perlu menyediakan diri anda untuk mengajar?
Jemput Perkongsian
Berikan ahli-ahli kelas beberapa minit untuk membaca dengan cepat 1dan 2 Tesalonika dan carikan satu ayat yang mengagumkan mereka. Jemput mereka untuk berkongsi ayat-ayat mereka dengan orang lain di kelas, dan kemudian minta beberapa pasangan untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dari satu sama lain.
Mengajar Ajaran
Hamba-hamba Tuhan harus mengkhutbahkan injil dengan keikhlasan dan kasih-sayang.
-
Paulus memulakan Surat kepada Orang-orang Tesalonika dengan mengingatkan para Orang Suci tentang cara dia dan orang lain telah berkongsi injil dengan mereka. Ini mungkin peluang yang baik bagi ahli-ahli kelas anda untuk menilai bagaimana pengajaran mereka dan pembelajaran daripada satu sama lain. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca 1 Tesalonika 1:5–8; 2:1–13 dan mengenal pasti asas-asas yang berkaitan dengan berkongsi injil dengan berkesan. Mereka kemudian boleh menulis soalan berdasarkan ayat-ayat ini yang akan membantu mereka menilai usaha mereka untuk mengajar injil kepada orang lain. Contohnya, soalan seperti “Adakah saya contoh perkara yang saya tahu?” (lihat 1 Tesalonika 1:7). Bagaimanakah mengikuti asas-asas dalam petikan ini membantu kita melayani dengan lebih baik kepada orang-orang yang kita ajar?
Apabila kita mengikuti Yesus Kristus, Dia boleh menjadikan kita kudus.
-
Paulus mengajar para Orang Suci Tesalonika bahawa “Tuhan tidak memanggil kita supaya hidup cabul, tetapi supaya kita hidup dengan cara yang menyenangkan hati Tuhan” (1 Tesalonika 4:7). Untuk memulakan perbincangan tentang kekudusan, kelas anda atau seorang individu boleh menyanyikan “Ya Tuhan, Tambahkan” (Nyanyian Rohani, no. 48). Minta ahli-ahli kelas bincangkan ciri-ciri kekudusan yang disebutkan dalam nyanyian rohani itu yang menyentuh mereka. Tuliskan di papan tulis Berikan saya lebih kekudusan, lebih … , dan jemput ahli-ahli kelas untuk carikan kata atau frasa dari 1 Tesalonika 3:9–13; 4:1–12 untuk melengkapkan ayat itu. Bagaimanakah kita dapat membangunkan ciri-ciri ini?
-
Jemputan untuk menjadi kudus mungkin kelihatan menakutkan. Ia mungkin dapat membantu jika ahli-ahli kelas memahami bahawa membangun kekudusan adalah proses beransur-ansur yang memerlukan kita bertambah dari masa ke masa (1 Tesalonika 4:10). Untuk menggambarkan proses ini, anda boleh menjemput seorang ahli kelas untuk bercakap tentang satu bakat atau pencapaian yang memerlukan usaha konsisten dari masa ke masa, seperti membuat selimut atau memainkan alat muzik. Bagaimanakah perkara ini sama dengan proses menjadi kudus? Jemput ahli kelas untuk mengkaji semula 1 Tesalonika 3:9–13; 4:1–12 dan berkongsi pandangan tentang usaha yang diperlukan untuk menjadi kudus dalam cara-cara yang diterangkan oleh Paulus. Apakah yang telah membantu kita maju ke arah kekudusan?
1 Tesalonika 4:11–12; 2 Tesalonika 3:7–13
Kita harus bekerja untuk menyediakan bagi diri kita dan mereka yang memerlukan.
-
Soalan-soalan yang berikut boleh memberi ilham kepada perbincangan tentang nasihat Paulus mengenai kerja: Apakah akibat-akibat kemalasan? Apakah berkat-berkat bekerja? Apakah yang anda fikir maksud Paulus dengan kata-kata “tenang” dan “hidup dengan sepatutnya”? (1 Tesalonika 4:11; 2 Tesalonika 3:12). Anda boleh menulis soalan-soalan seperti ini di papan tulis untuk direnungkan dan dibincangkan oleh ahli-ahli kelas ketika mereka membaca 1 Tesalonika 4:11–12 dan 2 Tesalonika 3:7–13. Apakah tulisan suci lain yang membantu kita memahami kepentingan kerja dan betapa bahayanya kemalasan? (lihat cadangan-cadangan dalam “Sumber-sumber Tambahan”).
Kemurtadan perlu mendahului Kedatangan Kedua Yesus Kristus.
-
Ia mungkin membantu untuk membincangkan beberapa metafora yang telah digunakan oleh para nabi untuk menggambarkan Kemurtadan, seperti pemberontakan (lihat 2 Tesalonika 2:3), kebuluran (lihat Amos 8:11–12), serigala buas menyerang (lihat Kisah Rasul-Rasul 20:28–30), dan telinga gatal (mengajar perkara yang ingin didengar oleh mereka) (lihat 2 Timotius 4:3–4). Pertimbangkan untuk membahagikan ahli kelas ke dalam pasangan dan minta mereka baca satu atau lebih tulisan suci tersebut (atau ayat lain yang anda telah pilih) dan jelaskan apa yang diajar oleh ayat-ayat tentang Kemurtadan Besar. Apakah yang diajar oleh para nabi tentang Kemurtadan dan akibatnya?
-
Walaupun Gereja tidak akan mengalami pemberontakan lagi (2 Tesalonika 2:3) seperti pada zaman purba, kita masih boleh jatuh(memberontak) secara individu. Apakah yang 2 Tesalonika 2 cadangkan tentang bagaimana pemberontakan ini boleh berlaku (lihat ayat 9–10) dan bagaimana kita dapat mengelaknya? (lihat ayat 15–17).