“Pelajaran 19: Wang,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar (2022)
“Pelajaran 19,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar
Lesson 19
Money
Objektif: Saya akan belajar untuk bertanya dan menjawab soalan mengenai membeli sesuatu.
Personal Study
Bersedia untuk kumpulan perbualan anda dengan melengkapkan aktiviti A hingga E.
Study the Principle of Learning: Exercise Faith in Jesus Christ
Beriman kepada Yesus Kristus
Jesus Christ can help me do all things as I exercise faith in Him.
Yesus Kristus boleh membantu saya melakukan semua hal apabila saya beriman kepada-Nya.
Suatu hari, Yesus Kristus mengajar beribu-ribu orang di padang pasir. Yesus dan pengikut-Nya bimbang kerana orang ramai tidak membawa makanan. Seorang budak lelaki dalam kumpulan itu menawarkan lima buku roti dan dua ekor ikan untuk dikongsi. Ramai orang tertanya-tanya bagaimana hanya lima buku roti dan dua ekor ikan boleh memberi makan kepada semua orang. Tetapi Yesus berterima kasih kepada Tuhan untuk makanan itu, memberkatinya, membahagikannya ke dalam bakul, dan para pengikut-Nya mengedarkannya. Alkitab berkata:
“Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. … [terdapat] lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul” (Matius 14:20).
Semua orang makan, dan terdapat lebihan makanan. Itu suatu mukjizat. Serupa, anda mungkin berasa seperti anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar Bahasa Inggeris. Ikuti teladan Yesus dalam cerita ini. Berterima kasih kepada Tuhan untuk masa dan tenaga yang anda ada dan minta Dia memberkatinya. Jika anda memberikan apa yang anda boleh dalam iman, Tuhan boleh meningkatkan kapasiti anda. Walaupun anda hanya ada sedikit masa, mungkin anda boleh mengkaji beberapa pola atau cuba menggunakan beberapa perkataan baharu setiap hari. Tuhan boleh menjadikan usaha anda lebih produktif. Beriman kepada Yesus Kristus dan mengikuti contoh-Nya boleh membantu anda melakukan lebih banyak daripada yang anda fikirkan.
Ponder
-
Bagaimana Tuhan boleh membantu anda belajar Bahasa Inggeris?
-
Fikirkan masa ketika Tuhan membantu anda melakukan lebih banyak daripada yang anda fikirkan. Apakah yang anda lakukan? Apakah yang Dia lakukan?
Memorize Vocabulary
Pelajari makna dan sebutan setiap perkataan sebelum kumpulan perbualan anda. Cuba terapkan perkataan ini dalam hidup anda. Fikirkan bila dan di mana anda boleh menggunakan perkataan ini.
buy |
beli |
cost/costs |
kos |
want |
mahu |
How much does this cost? |
Berapakah kos ini? |
Nouns
coat/coats |
kot |
dress/dresses |
pakaian |
pants |
seluar |
shirt/shirts |
baju |
shoe/shoes |
kasut |
tie/ties |
tali leher |
car/cars |
kereta |
phone/phones |
telefon |
Price
$50/fifty dollars |
$50/lima puluh dolar |
Adjectives
cheap |
murah |
expensive |
mahal |
good |
baik |
bad |
buruk |
Practice Pattern 1
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Anda boleh menggantikan perkataan bergaris tersebut dengan perkataan di dalam bahagian “Memorize Vocabulary”.
Q: How much does this (noun) cost?A: It costs (price).
Examples
Q: How much does this phone cost?A: It costs five hundred dollars.
Q: How much do these pants cost?A: They cost twenty dollars.
Practice Pattern 2
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Cuba belajar lebih lanjut mengenai pola dalam pelajaran ini. Pertimbangkan untuk menggunakan buku tatabahasa atau laman web.
Q: Do you want to buy this (noun)?A: Yes, this (noun) is (adjective).
Examples
Q: Do you want to buy that car?A: Yes, that car is cheap.
Q: Does she want to buy these shoes?A: No, those shoes are expensive.
Use the Patterns
Tulis empat soalan yang boleh anda tanyakan kepada seseorang. Tulis jawapan kepada setiap soalan. Baca dengan bersuara.
Conversation Group
Activity 1: Practice the Patterns
(10–15 minutes)
Ulang kaji senarai kosa kata dengan pasangan.
Berlatih pola 1 dengan pasangan:
-
Berlatih bertanya soalan.
-
Berlatih menjawab soalan.
-
Berlatih perbualan menggunakan pola ini.
Ulangi untuk pola 2.
Activity 2: Create Your Own Sentences
(10–15 minutes)
Lihat gambar. Pilih harga untuk setiap item. Jangan beritahu pasangan anda tentang harga yang anda pilih. Tanya dan jawab soalan tentang berapakah kos setiap item. Bergilir.
New Vocabulary
apple/apples |
epal |
motorcycle/motorcycles |
motosikal |
table/tables |
meja |
Example
-
A: How much do your apples cost?
-
B: They cost three dollars. Do you want to buy these apples?
-
A: Yes, those apples are cheap.
-
B: How much do your apples cost?
-
A: My apples cost five dollars. Do you want to buy these apples?
-
B: No, those apples are expensive.
Activity 3: Create Your Own Conversations
(15–20 minutes)
Lakon peranan. Pasangan A membeli-belah untuk pakaian dan mempunyai 50 dolar untuk dibelanjakan. Pasangan B bekerja di kedai pakaian. Tanya dan jawab soalan mengenai item dalam setiap gambar. Pasangan A tentukan apa yang perlu dibeli dan tidak boleh membelanjakan lebih daripada 50 dolar. Tukar peranan.
New Vocabulary
pretty |
cantik |
ugly |
hodoh |
Why not? |
Mengapa tidak? |
Yes, I want to buy it. |
Ya, saya mahu membelinya. |
No, I don’t want to buy it. |
Tidak, saya tidak mahu membelinya. |
Example
-
A: How much does this shirt cost?
-
B: It costs 15 dollars. Do you want to buy it?
-
A: No, I don’t want to buy it.
-
B: Why not?
-
A: That shirt is expensive and ugly.