Edisi Sebelumnya
Belajar—Masa Maksimum: 85 Minit


Imej
ikon belajar
Belajar—Masa Maksimum: 85 Minit

Apa itu Kumpulan Keberdikarian? (10 minit)

Tonton:“I Will Provide for My Saints,” terdapat di srs.lds.org/videos di bawah“Video Resource” di dalam seksyen “My Path”

Bincang:Bagaimana iman dalam Yesus Kristus mempengaruhi keberdikarian rohani dan duniawi saya?

Baca:Tujuan kumpulan keberdikarian ialah untuk menolong orang ramai menukar cara mereka hidup. Elder M. Russel Ballard mengajar: “Saya percaya bahawa majlis ialah cara paling berkesan untuk mendapat hasil. Selain itu, saya tahu bahawa majlis ialah cara Tuhan dan Dia menciptakan segala dalam alam semesta melalui satu majlis syurgawi, seperti yang disebutkan dalam tulisan suci.” (“Family Councils,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 63).

Dengan bekerjasama dalam suasana majlis, ahli kumpulan mempunyai akses kepada lebih banyak bakat, ilham, pengalaman, dan pengetahuan melebihi apa yang mereka ada seorang. Sebuah kumpulan keberdikarian:

  • Terdiri daripada 8–12 ahli bekerja dalam minat yang sama, seperti menguruskan kewangan, mencari pekerjaan yang lebih baik, membaiki pendidikan mereka, atau mengembangkan perniagaan.

  • Satu persekitaran yang selamat di mana semua orang rasa selesa mengambil bahagian bersama.

  • Berjumpa setiap minggu sehingga 12 minggu untuk memajukan kemahiran dan tabiat baru.

  • Menggunakan model majlis supaya ahli boleh belajar dan menggalakkan satu sama lain.

  • Komited untuk bertindak setiap minggu tentang apa yang dipelajari ahli kumpulan.

  • Melaporkan kemajuan supaya ahli kumpulan boleh memastikan mereka bertanggungjawab antara satu sama lain untuk komitmen mereka.

Bincang:Bagaimana kumpulan keberdikarian berlainan daripada kursus atau kelas berlainan yang anda sertai?

Peranan Anda sebagai Fasilitator (15 minit)

Tonton:“How to Facilitate a Group,” terdapat di srs.lds.org/videos di bawah “Video Resources” di dalam seksyen “Leader Guide”

Bincang:Apa yang fasilitator dalam video harus berubah supaya dia boleh menjadi seorang fasilitator daripada menjadi seorang guru? Bagaimana ia memberi kesan kepada kumpulan?

Baca:Tuhan berkata tentang majlis atau kumpulan di dalam Gereja, “Janganlah biarkan semua menjadi pembicara pada waktu yang sama; tetapi biarlah seseorang berbicara pada satu kesempatan dan biarlah semua mendengarkan perkataannya, agar ketika semua telah berbicara maka semua boleh diteguhkan oleh semuanya, dan agar setiap orang boleh memiliki hak istimewa yang setara” (A&P 88:122; italik ditambah).

Dalam kumpulan keberdikarian, tidak ada sesiapa yang dipanggil untuk mengajar! Sebagai seorang fasilitator, tugas anda ialah untuk menolong ahli kumpulan mengikuti bahan-bahan, mengambil bahagian, dan menjemput Roh ke dalam perbincangan. Anda tidak dipanggil sebagai pakar mata pelajaran. Sebaliknya, anda harus menyertai sebagai ahli kumpulan, mentaati komitmen, dan belajar bersama. Mengikuti asas di bawah (dalam bold) akan menolong kumpulan anda mempunyai satu pengalaman yang berjaya.

Mewujudkan satu persekitaran yang selamat. Setiap minggu peserta akan melapor secara terbuka kepada kumpulan kemajuan mereka dalam mentaati komitmen. Mereka akan membuat kesilapan dan mengalami kegagalan apabila mereka melalui perjalanan ke arah keberdikarian yang lebih besar. Ini adalah biasa dan sihat. Ia penting bahawa peserta rasa mereka di dalam persekitaran yang selamat untuk mencuba, gagal, dan akhirnya berjaya.

Bincang:Apakah beberapa cara anda boleh menolong peserta rasa selamat, selesa, dan diterima di dalam kumpulan?

Baca:Galakkan penyertaan. Sebagai seorang fasilitator, anda tidak harus bercakap lebih daripada sesiapa dalam kumpulan. Anda harus campur dalam kumpulan dan memberi semua orang suara.

Bincang:Bagaimana anda akan mengurus seorang yang mendominasi perbualan atau tidak mengambil bahagian?

Baca:Mula dan tamat tepat mengikut masa. Ahli kumpulan harus yakin bahawa kumpulan akan mula dan tamat tepat mengikut masa. Setiap seksyen dan aktiviti mempunyai cadangan had masa. Setiap minggu anda boleh menugaskan seseorang dari kumpulan untuk menjadi penjaga masa.

Bincang:Perkara lain apa yang boleh anda lakukan untuk menolong kumpulan menepati masa?

Baca:Pastikan komen berkaitan dan positif. Jangan berkongsi cerita yang kritikal terhadap orang lain, walaupun ia adalah tentang seorang yang tidak diketahui ahli kumpulan.

Bincang:Bagaimanakah anda boleh menggalakkan komen kumpulan menjadi lebih fokus dan penuh hormat?

Struktur Mesyuarat Kumpulan Keberdikarian (40 minit)

Tonton:“‘Go and Do’ Learning,” terdapat di srs.lds.org/videos di “Video Resources” di dalam seksyen “Leader Guide”

Baca:Setiap mesyuarat kumpulan mempunyai lima seksyen. Anda tidak patut melangkau sebuah seksyen.

Imej
ikon laporan

Laporan:Dalam seksyen ini, peserta kumpulan menilai usaha mereka dan melaporkan kemajuan mereka kepada kumpulan. Mereka kongsi perkara yang telah mereka pelajari daripada melatih kemahiran dan tabiat baru. Menilai kemajuan adalah kritikal untuk membentuk tabiat baru. (Mengambil 20-30 minit.)

Bincang:Bagaimana melaporkan kemajuan kita secara terbuka kepada kumpulan menolong kita?

Imej
ikon Asas Saya

Asas Saya:Dalam seksyen ini, ahli belajar dan melatih asas iman, pendidikan, kerja keras, dan kepercayaan kepada Tuhan. Setiap minggu peserta menyemak asas yang boleh menolong mereka menjadi lebih berdikari. (Mengambil 20 minit)

Bincang:Mengapa kita mempelajari kedua-dua kemahiran ajaran dan duniawi dalam kumpulan kita?

Imej
ikon belajar

Belajar:Dalam seksyen ini, peserta kumpulan membaca, berbincang, dan melatih idea dan kemahiran baru yang boleh menolong mereka untuk berdikari sementara. (Mengambil 40–50 minit)

Imej
ikon renung

Renung:Dalam seksyen ini, peserta kumpulan merenungkan dan menulis tentang perkara yang mereka telah pelajari semasa mesyuarat kumpulan. Mereka mencari bimbingan daripada Tuhan dan mengenal pasti cara untuk bertambah baik. Tolong jangan langkau. (Mengambil 5– 10 minit)

Bincang:Bagaimana merenungkan—dalam kesenyapan dan tanpa perbincangan—membenarkan Roh Kudus untuk mengajar kita?

Imej
ikon membuat komitmen

Membuat Komitmen:Dalam seksyen ini, peserta membuat komitmen untuk melatih kemahiran dan tabiat baru yang mereka pelajari dan bincang dalam mesyuarat kumpulan. Membuat dan menyimpan komitmen adalah kritikal dalam proses mewujudkan tabiat baru. Untuk menolong, peserta akan memilih seorang lagi ahli daripada kumpulan untuk bertindak sebagai rakan tindakan. Rakan tindakan memeriksa satu sama lain dalam minggu untuk memberi galakan dan sokongan. Peserta juga membuat komitmen untuk mengajar apa yang mereka pelajari kepada keluarga dan kawan mereka. (Mengambil 5–10 minit.)

Bincang:Kenapa ia penting untuk mempunyai rakan tindakan?

Imej
ikon bertindak

Bertindak:Peserta harus bertindak ke atas komitmen mereka dalam minggu untuk menukar cara mereka hidup! Melakukan dan mengajar orang lain apa yang mereka pelajari menolong membina kemahiran dan tabiat keberdikarian. (Mengambil 3–8 jam setiap minggu.)

Bincang:Bagaimana saya boleh menolong ahli kumpulan bertindak dalam minggu untuk membina tabiat baik?

Baca:Oleh sebab anda sudah tahu tentang strukturnya, mari kita melatih satu seksyen sebenar bersama.

Bagaimana Orang Ramai Menyertai Kumpulan (10 minit)

Tonton:“Self-Reliance Groups,” terdapat di srs.lds.org/videos di “Video Resources”di dalam seksyen “My Path” (Tiada video? Sambung membaca.)

Baca:Proses untuk menyertai satu kumpulan melibatkan tiga langkah.

Pertama, majlis bahagian menjemput ahli untuk menghadiri pertemuan rohani keberdikarian.

Kedua, ahli yang menghadiri pertemuan rohani akan:

  • Mempelajari ajaran dan asas keberdikarian.

  • Menilai keperluan rohani dan duniawi mereka sekarang.

  • Memilih satu kumpulan yang akan memperbaiki kemahiran mereka.

  • Pilih satu hari, masa, dan lokasi untuk mesyuarat kumpulan.

Ketiga, ahli biasanya mula menghadiri kumpulan yang mereka pilih satu minggu selepas pertemuan rohani.

Tanggungjawab Pentadbiran Seorang Fasilitator (10 minit)

Pendaftaran Kumpulan

Baca:Ia adalah penting untuk mendaftarkan kumpulan dan kemudian menyelesaikan satu laporan di pengakhiran kumpulan. Proses ini akan membenarkan anda untuk meminta sijil untuk ahli kumpulan anda, menerima bahan latihan tambahan, dan menolong Gereja memperbaiki meningkatkan inisiatif keberdikarian. Sila semak arahan di bawah:

  • Sebelum mesyuarat pertama kumpulan, muat turun Group Registration Form di srs.lds.org/report Lengkapkan borang itu di mesyuarat pertama kumpulan. Selepas borang tersebut dilengkapkan, layari srs.lds.org/report untuk memasukkan maklumat itu.

  • Hubungi pakar keberdikarian pancang setiap minggu untuk memberitahu dia siapa yang menghadiri mesyuarat dan tentang kisah kejayaan ahli kumpulan.

  • Sebelum mesyuarat terakhir kumpulan, muat turun End of Group Report dan Certificate Request Form di srs.lds.org/report. Lengkapkan borang tersebut semasa mesyuarat terakhir kumpulan. Selepas borang tersebut dilengkapkan, layari srs.lds.org/report untuk memasukkan maklumat itu.

Menyediakan Bilik dan Video Setiap Minggu

Baca:Pakar keberdikarian pancang anda harus sudah menyediakan satu bilik dalam bangunan Gereja untuk anda. Setiap minggu anda harus tiba beberapa minit awal untuk menyusun meja dan kerusi. Anda juga harus memasang alat audio visual dan mengesahkan bahawa video dan bunyi berfungsi.

Aktiviti

Langkah 1: Semak gambar rajah susun atur bilik di bawah.

Langkah 2: Bincangkan kenapa susunan kedudukan amat penting kepada proses pembelajaran kumpulan.

Imej
susunan kedudukan fasilitator yang disyorkan

BUKAN SEPERTI INI

Nota: Bintang dalam imej di atas mewakili fasilitator.

Mengurus kumpulan “Mencari Pekerjaan yang Lebih Baik”

Pilihan mesyuarat anda adalah fleksibel. Sila baca muka surat 16– 18 di dalam lampiran. Bentangkan pilihan mesyuarat kepada mereka yang memilih kumpulan anda di pertemuan rohani keberdikarian.

Ringkasan:

Baca:Rujuk kepada senarai ini selalu semasa pelayanan anda sebagai fasilitator.

Apa Yang Anda Lakukan sebelum Mesyuarat Kumpulan

  • Memanggil atau menghantar teks kepada ahli untuk mengingatkan mereka tarikh, masa, dan tempat.

  • Semakkan bahan untuk bersedia untuk mengurus—tetapi jangan bersedia untuk mengajar satu pengajaran.

  • Minta pakar keberdikarian pancang untuk memberi anda jumlah buku kerja yang cukup untuk semua orang yang mendaftar termasuk dua salinan tambahan.

  • Tiba awal untuk menyediakan kerusi, meja, dan video.

  • Sediakan pen dan pensel untuk mereka yang lupa membawanya untuk diri sendiri.

Apa Yang Anda Lakukan di Mesyuarat Kumpulan

  • Salam ahli dengan mesra dan mengenali mereka.

  • Iktiraf dan puji pencapaian dan kemajuan mereka.

  • Menugaskan seseorang untuk menjadi penjaga masa.

  • Galakkan perbincangan di kalangan kumpulan.

  • Memberi penekanan untuk bertindak ke atas komitmen di antara mesyuarat.

  • Mengingatkan ahli kumpulan untuk menghormati informasi sulit.

Apa Yang Anda Lakukan selepas Mesyuarat Kumpulan

  • Layari srs.lds.org/report selepas mesyuarat kumpulan pertama dan terakhir untuk pendaftaran, laporan dan sijil.

  • Galakkan rakan tindakan untuk menghubungi dan menolong satu sama lain dalam minggu.

  • Hubungi pakar keberdikarian pancang setiap minggu dan beritahunya kehadiran anda dan bagaimana mesyuarat berlangsung.

  • Semak dengan doa bahan untuk mesyuarat kumpulan seterusnya.

  • Bersedia secara rohani dan bertindak ke atas perasaan yang anda terima.

Cetak