Edisi Sebelumnya
Selamat Datang—Masa Maksimum: 5 Minit


Selamat Datang—Masa Maksimum: 5 Minit

Bagaimana untuk Menggunakan Buku Kerja Ini

Apabila Anda Melihat Arahan Ini, Ikut Arahan Ini

Baca

Tonton

Bincang

Renung

Aktiviti

Seorang membaca dengan kuat kepada seluruh kumpulan.

Seluruh kumpulan menonton video ini.

Kongsikan fikiran, untuk 2–4 minit.

Dengan senyap pertimbangkan, bermeditasi, dan menulis untuk 2–3 minit.

Bekerja secara individu atau bersama yang lain dalam masa yang diberikan.

Doa:Jemput seorang untuk berdoa.

Masa:Minta seseorang untuk menetapkan masa untuk setiap seksyen.

Pengenalan:Setiap peserta harus mengambil 30 saat untuk untuk memberitahu kumpulan namanya dan sesuatu tentang diri mereka.

Baca:Selamat Datang! Tujuan buku kecil ini adalah untuk memperkenalkan anda kepada kumpulan keberdikarian. Ini ialah inisiatif baru Gereja yang akan menolong ahli gereja untuk mempelajari kemahiran praktikal dan menguatkan tabiat rohani. Latihan hari ini akan lihat dan rasa seperti mesyuarat kumpulan keberdikarian yang anda akan uruskan. Untuk dua jam berikutnya kita akan meliputi topik-topik berikut:

  • Apa itu kumpulan keberdikarian?

  • Peranan anda sebagai fasilitator

  • Struktur mesyuarat kumpulan keberdikarian

  • Bagaimana orang ramai menyertai kumpulan keberdikarian

  • Tanggungjawab pentadbiran seorang fasilitator