Edisi Sebelumnya
Asas Saya: Keberdikarian adalah Asas Keselamatan


ikon Asas Saya
Asas Saya: Keberdikarian adalah Asas Keselamatan—Masa Maksimum: 25 Minit

Renungkan:Yohanes 10:10 (sebelah kanan)

Bincang:Apa itu hidup yang kelimpahan?

Tonton:“He Polished My Toe,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 13.)

2:2

He Polished My Toe

Jika anda tidak dapat menonton video, baca skrip ini,

Masih dari He Polished My Toe

Elder Enrique R. Falabella: Ketika saya membesar, kami tidak mempunyai banyak. Saya ingat pada satu hari saya menghampiri ayah saya dan berkata kepadanya, “Ayah, saya perlukan satu pasang kasut yang baru. Yang ini sudah lusuh.” Dia berhenti dan melihat kasut saya dan nampak bahawa ia sudah lusuh. Dia berkata, “Saya rasa ini adalah perkara yang kita boleh baiki.” Dia mengambil sedikit penggilap dan menggilap kasut saya, menjadikannya berkilat dan cantik. Dia berkata kepada saya, “Sekarang ia sudah dibaiki, anak.” Saya menjawab, “Tidak, belum lagi Kamu masih boleh melihat jari kaki saya keluar daripada kasut.” Dia berkata, “Kita boleh baiki perkara itu juga!” Dia mengambil sedikit penggilap dan menggilap jari kaki saya!

Pada hari itu saya belajar bahawa terdapat penyelesaian untuk setiap masalah. Saya yakin bahawa ini adalah asas keberdikarian dan inisiatif ini adalah untuk mempercepatkan kerja Tuhan. Ia adalah sebahagian daripada pekerjaan penyelamatan. Kita semua boleh menjadi lebih baik daripada keadaan kita sekarang. Anda harus melepaskan sikap tidak peduli. Banyak kali kita menjadi leka, dan ini memusnahkan kemajuan kita. Setiap hari adalah hari yang saya boleh membuat kemajuan jika saya membuat pilihan untuk membaiki apa yang saya tidak lakukan dengan baik dahulu. Jika anda melakukannya dengan iman, menggunakan iman dan harapan dalam Kristus bahawa Dia akan berada di sana untuk menolong anda, anda akan mencari jalan untuk maju dalam perkara duniawi dan rohani. Ini adalah kerana Tuhan hidup dan adalah seorang putera atau puteri-Nya.

Kembali ke muka surat 12.

Bincang:Adakah anda percaya terdapat penyelesaian untuk masalah anda? Bagaimanakah kita boleh melayakkan diri untuk kuasa Tuhan menolong kita

Baca:Handbook 2 rujukan dan petikan oleh Elder Dallin H. Oaks (di sebelah kanan). Menjadi berdikari tidak bererti kita boleh melakukan atau mendapat apa sahaja yang kita telah tetapkan pada minda kita. Tetapi, ia adalah mempercayai bahawa melalui rahmat, atau kuasa memberi Yesus Kristus dan usaha kita sendiri, kita boleh mendapat semua kepentingan rohani dan duniawi kehidupan yang kita perlukan untuk diri kita dan keluarga kita. Keberdikarian adalah bukti kepercayaan atau iman kita dalam kuasa Tuhan untuk menggerakkan gunung dalam hidup kita dan memberi kekuatan untuk berjaya di atas cubaan dan kesengsaraan.

Bincang:Bagaimanakah rahmat Kristus menolong anda menerima keperluan rohani dan duniawi untuk hidup?

Bincang:Baca petikan Presiden Marion G. Romney (di sebelah kanan). Bagaimana anda tahu jika anda semakin berdikari?

Membuat Komitmen:Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap komitmen.

  • Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang keberdikarian dengan keluarga atau kawan anda.

Pulang ke muka surat 8.