Buku Panduan dan Panggilan
7. Lembaga Uskup


“7. Lembaga Uskup,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“7. Lembaga Uskup,” Pilihan dari Buku Panduan Umum.

Imej
lelaki berucap di mimbar

7.

Lembaga Uskup

7.1

Uskup dan Para Penasihatnya

Uskup memegang kunci imamat untuk memimpin kerja Gereja dalam bahagian (lihat 3.4.1). Dia dan para penasihatnya membentuk lembaga uskup.

Uskup ada lima tanggungjawab utama:

  • Dia ialah imam tinggi yang memimpin dalam bahagian.

  • Dia ialah presiden Imamat Harun.

  • Dia ialah hakim umum.

  • Dia mengatur kerja keselamatan dan permuliaan, termasuk menjaga mereka yang memerlukan.

  • Dia mengawasi rekod, kewangan, dan penggunaan bangunan pertemuan.

Tanggungjawab uskup terpenting adalah kepada generasi muda dalam bahagian (kanak-kanak, remaja dan belia bujang). Untuk fokus pada tanggungjawab ini, dia mengagihkan banyak tugasan (lihat 4.2.5).

7.1.1

Memimpin Imam Tinggi

Uskup ialah pemimpin rohani utama bahagian.

7.1.1.1

Organisasi Bahagian dan Kuorum Imamat

Uskup bertanggungjawab untuk organisasi Lembaga Pertolongan dan Remaja Puteri bahagian. Dia tugaskan para penasihatnya ke Sekolah Minggu dan Sekolah Primer dan program bahagian yang lain.

Tanggungjawab uskup untuk kuorum Imamat Harun digariskan dalam 7.1.2. Tanggungjawab dia untuk kuorum penatua digariskan dalam 8.3.1.

7.1.1.2

Tatacara dan Berkat

Uskup mengarahkan pelaksanaan tatacara dan berkat berikut dalam bahagian:

  • Sakramen

  • Penamaan dan pemberkatan anak

  • Pembaptisan dan penetapan kanak-kanak rekod berumur 8 tahun (untuk penganut baru, lihat 31.2.3.2)

  • Memberi Imamat Harun dan pentahbisan kepada jabatan diaken, pengajar, dan imam

7.1.1.3

Majlis dan Mesyuarat

Uskup memimpin majlis bahagian dan majlis remaja bahagian (lihat 29.2.5 dan 29.2.6).

Lembaga uskup merancang pertemuan sakramen dan pertemuan bahagian lain yang tersenarai dalam bab 29.

7.1.1.4

Panggilan dan Pelepasan

Tanggungjawab uskup untuk panggilan dan pelepasan digariskan dalam bab 30.

7.1.2

Presiden Imamat Harun

Uskup bertanggungjawab sebagai presiden Imamat Harun dalam bahagian. Para penasihatnya membantunya.

  • Dia menyokong ibu bapa mendidik remaja.

  • Mengawasi kuorum Imamat Harun dan kelas Remaja Puteri. Uskup ialah presiden kuorum imam (lihat Ajaran dan Perjanjian 107:87–88). Penasihat pertamanya bertanggungjawab atas kuorum pengajar. Penasihat keduanya bertanggungjawab atas kuorum diaken.

  • Berunding dengan presiden Remaja Puteri bahagian.

  • Kerap bertemu dengan setiap remaja.

7.1.3

Hakim Umum

Uskup ialah hakim umum dalam bahagian (lihat Ajaran dan Perjanjian 107:71–74). Dia bertanggungjawab untuk:

  • Membantu remaja dan orang dewasa layak dan menjadi layak untuk kad rekomen bait suci.

  • Menjalankan temu duga seperti yang digariskan dalam 31.2.

  • Bertemu dengan ahli bahagian yang mencari bimbingan rohani, yang ada masalah peribadi yang berat, atau yang telah buat dosa serius, membantu mereka menggunakan kuasa penyembuhan Yesus Kristus.

  • Di bawah arahan presiden pancang, mengadakan majlis keahlian jika perlu. Untuk garis panduan, lihat bab 32.

7.1.4

Menyelaras Kerja Penyelamatan dan Permuliaan

Uskup menyelaraskan kerja penyelamatan dan permuliaan dalam bahagian (lihat bab 1). Para penasihatnya dan para pemimpin bahagian lain membantunya.

7.1.4.1

Memimpin Usaha untuk Menjaga Mereka yang Ada Keperluan Duniawi

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana uskup menjaga orang yang memerlukan, lihat 22.6.1.

7.1.5

Rekod, Kewangan dan Tempat Pertemuan

Untuk maklumat tentang rekod, lihat bab 33. Untuk maklumat tentang kewangan, termasuk persepuluhan, lihat bab 34. Untuk maklumat tentang bangunan pertemuan, lihat bab 35.

7.3

Setiausaha Eksekutif Bahagian dan Penolong Setiausaha Eksekutif Bahagian

Lembaga uskup merekomenkan seorang pemegang Imamat Melkisedek untuk menjadi setiausaha eksekutif bahagian.

Dia bertanggungjawab untuk:

  • Bertemu dengan lembaga uskup dan menyediakan agenda yang ditugaskan.

  • Melayani sebagai ahli majlis bahagian dan menghadiri mesyuarat majlis bahagian.

  • Menjadualkan janji temu untuk lembaga uskup.

7.4

Kerani Bahagian dan Penolong Kerani Bahagian

Tanggungjawab kerani bahagian dan penolong kerani bahagian digariskan dalam 33.4.2.

Cetak