“15. Seminari dan Institut Agama,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).
“15. Seminari dan Institut Agama,” Pilihan dari Buku Panduan Umum
15.
Seminari dan Institut Agama
15.0
Pengenalan
Seminari dan Institut Agama (S&I) menyokong ibu bapa dan pemimpin Gereja dalam membantu remaja dan belia meningkatkan iman kepada Yesus Kristus dan injil-Nya.
Seorang wakil S&I ditugaskan ke setiap pancang untuk bantu pemimpin menjalankan program S&I.
15.1
Seminari
Seminari ialah program empat tahun di mana remaja mengkaji injil Yesus Kristus seperti yang ada dalam tulisan suci dan ajaran para nabi zaman akhir. Pelajar seminari secara umumnya berumur 14–18 tahun.
Lembaga uskup, pemimpin remaja, dan presidensi kuorum dan kelas menggalakkan setiap remaja untuk terlibat sepenuhnya dalam seminari.
15.1.1
Pengajar
Para pengajar seminari haruslah ahli Gereja yang beriman kepada Tuhan Yesus Kristus dan ada kesaksian tentang injil-Nya yang dipulihkan. Mereka harus menjalani asas-asas yang mereka ajar dan bergaul baik dengan remaja. Jika boleh, pengajar harus ada kad rekomen bait suci semasa.
Seorang ahli presidensi pancang atau majlis tinggi yang ditugaskan, memanggil, menetapkan, dan melepaskan pengajar seminari pancang dan penyelia pancang.
Untuk melindungi pengajar dan pelajar, dua orang dewasa harus hadir dalam bangunan atau rumah di mana kelas seminari diajarkan.
15.1.2
Pilihan Seminari
Seminari paling berkesan apabila pelajar boleh bertemu dengan pengajar setiap minggu. Walau bagaimanapun, ini mungkin terhalang kerana isu keselamatan, jarak perjalanan dan faktor lain.
Pemimpin Gereja berunding dengan wakil S&I untuk menentukan pilihan yang akan:
-
Terbaik membantu pelajar belajar injil dan berkembang secara rohani.
-
Memastikan pelajar selamat.
-
Tidak membebani keluarga.
Kelas tidak harus diadakan pada hari Ahad.
15.1.3
Bangunan, Peralatan dan Bahan-bahan
Pemimpin pancang dan bahagian memastikan lokasi seperti bangunan pertemuan atau rumah ahli sesuai untuk kelas seminari.
Wakil S&I menyediakan bahan-bahan setiap kelas untuk pengajar dan pelajar. Pelajar harus membawa tulisan suci, versi cetakan atau digital.
15.1.5
Kredit dan Pengijazahan
Pelajar seminari boleh belajar banyak dan memperdalamkan penukaran hati jika mereka kerap menghadiri kelas, terlibat, dan kaji tulisan suci di luar kelas. Apabila mereka lakukan ini, mereka menerima kredit seminari setiap tahun dan boleh tamat pengajian seminari.
Untuk menerima ijazah seminari, seorang pelajar mesti dapat kredit selama empat tahun dan menerima pengesahan gereja dari seorang ahli lembaga uskup.
15.2
Institut
Institut menyediakan kelas pengkajian injil mingguan yang menguatkan iman dan kesaksian dalam Yesus Kristus dan injil-Nya yang dipulihkan. Semua belia bujang yang berumur 18–30 harus digalakkan untuk menghadiri kelas institut, sama ada mereka bersekolah atau tidak.
15.3
Sekolah Gereja dan Sistem Pendidikan Gereja
Untuk maklumat tentang sekolah primer dan sekolah menengah Gereja, BYU-Pathway Sedunia dan institusi pendidikan tinggi, lihat CES.ChurchofJesusChrist.org. Maklumat tentang melengkapkan pengesahan gereja bagi para pelajar untuk menghadiri sekolah-sekolah ini juga tersedia.
Selain itu, maklumat tentang pelepasan pekerjaan melalui Pejabat Pelepasan CES Ecclesiastical boleh didapati di help.ChurchofJesusChrist.org.