Bantuan Kanak-kanak dan Remaja
Pengenalan


“Pengenalan,” Kanak-kanak dan Remaja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir: Panduan Pengenalan untuk Ibu Bapa dan Pemimpin (2019)

“Pengenalan”

Pengenalan

Dengan bekerja bersama, para ibu bapa dan pemimpin membantu kanak-kanak dan remaja memperdalamkan penukaran hati mereka, menjadi pengikut Tuhan Yesus Kristus yang layak, dan menjadi lelaki dan wanita yang mempunyai kesempurnaan akhlak melalui:

  • Pembelajaran injil yang mengilhami komitmen peribadi.

  • Pelayanan dan aktiviti yang meneguhkan tubuh dan roh.

  • Perkembangan peribadi yang menghasilkan perkembangan yang memuaskan.

Asas yang membimbing dan peranan umum yang digariskan di dalam buku kecil ini dapat disesuaikan. Tidak hanya satu cara yang betul untuk menggunakannya. Beberapa idea dan contoh boleh didapati dalam talian di ChildrenandYouth.ChurchofJesusChrist.org. Carikan ilham untuk mengetahui apa yang terbaik untuk setiap individu (lihat “Menyelaras dan Menyesuai Diri”).

Generasi Baru

remaja sedang senyum

Para nabi telah mengatakan bahawa generasi kanak-kanak dan remaja ini adalah antara yang terbaik yang Tuhan telah hantar ke bumi (lihat Russell M. Nelson, “Harapan Israel,” pertemuan rohani remaja seluruh dunia, 3 Jun 2018, 16). Mereka mempunyai potensi untuk memberi impak kesan kepada dunia. Mereka telah dijemput untuk membantu mengumpul Israel di kedua-dua belah tirai. Pendekatan yang lebih baik, lebih suci diperlukan untuk menjaga dan melayani mereka. Pendekatan ini akan membantu kanak-kanak dan remaja:

  • Ketahui identiti dan tujuan abadi mereka.

  • Memperdalamkan penukaran hati mereka kepada Yesus Kristus, membawa Injil-Nya ke dalam hati mereka dan mengilhami mereka untuk memilih untuk mengikuti Dia.

  • Memenuhi tugas Imamat Harun.

  • Mengikut serta dalam kerja penyelamatan.

  • Berkembang secara peribadi dengan bantuan sokongan ibu bapa dan pemimpin seperti yang diperlukan.

  • Menjadi layak untuk menghadiri bait suci dan mempunyai kegembiraan yang berterusan di jalan perjanjian.

Apabila kanak-kanak dan remaja menerima wahyu untuk kehidupan mereka, membina hubungan yang berpusat pada injil, dan menggunakan hak pilihan ketika mereka berkembang, mereka akan berjaya dalam mencapai tujuan-tujuan ini.

Berusaha untuk Mengikuti Juruselamat

Pada masa muda-Nya, Yesus perlu mempelajari identiti dan misi ilahi-Nya, sama seperti setiap anak Tuhan mesti lakukan. Dia “bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Tuhan mahupun manusia” (Lukas 2:52). Dia berkembang dengan cara yang seimbang, dan semua kanak-kanak dan remaja juga boleh melalukan sedemikian.

Bantulah kanak-kanak dan remaja membawa Juruselamat ke dalam semua aspek kehidupan mereka—bukan hanya pada hari Sabat. Apabila mereka berusaha menjadikan Yesus Kristus sebagai pusat kehidupan mereka, Dia berjanji untuk menghantar Roh Kudus menjadi penghibur dan pembimbing mereka.

Sebaik-baiknya, mengikuti Juruselamat bermula di rumah. Pemimpin Gereja dapat memberikan sokongan penting bagi individu dan keluarga.

Berpusat di Rumah

keluarga duduk di bangku

Ibu bapa merancang pengalaman dan perbualan keluarga untuk mengajar injil Yesus Kristus dan memenuhi keperluan unik setiap anak. Ini berlaku apabila keluarga bekerja dan bermain bersama dalam cara yang mengajar kemahiran yang penting, menguatkan sifat-sifat, dan memberi peluang untuk berkembang.

Menggalakkan Perkembangan.

  • Doa untuk bimbingan. Bapa Syurgawi mengenali anak-anak anda dan akan membantu anda mengajar mereka.

  • Bantulah anak-anak anda mencari dan mengenali pengaruh Roh Kudus.

  • Ungkapkan kasih dan sering memuji anak-anak anda dalam usaha mereka untuk berbuat baik dan untuk sifat-sifat seperti Kristus yang anda lihat di dalam diri mereka.

  • Carilah peluang untuk melayani orang lain sebagai sebuah keluarga.

Memberi Bimbingan

  • Bantulah anak-anak anda memahami bagaimana mereka dapat menggunakan injil dalam semua aspek kehidupan mereka.

  • Bimbing anak anda dan galakkan mereka untuk menetapkan matlamat dan rancangan mereka sendiri.

  • Bantulah mereka memikirkan penyelesaian sendiri kepada masalah.

  • Tawarkan sokongan, bantuan dan galakan di sepanjang masa.

Bercakap dengan Pemimpin

Berkomunikasi dengan para pengajar dan pemimpin untuk menentukan bagaimana mereka boleh menyokong anak-anak anda. Berhati-hati untuk tidak menghancurkan keyakinan diri anak-anak anda atau memalukan mereka.

Disokong oleh Gereja

Berpusat di Rumah (Keluarga)

ikon pembelajaran injil
ikon pelayanan dan aktiviti
ikon perkembangan peribadi

Disokong oleh Gereja (Pemimpin)

Peranan Gereja termasuk mengajar injil Yesus Kristus, memberi tatacara-tatacara dan menyokong keluarga. Para pemimpin dan pengajar menyokong ibu bapa dengan mewujudkan dan memupuk hubungan yang kuat dengan kanak-kanak dan remaja yang mereka layani.

Bercakap dengan Ibu Bapa

  • Berkomunikasi secara tidak rasmi dengan ibu bapa untuk mengetahui bagaimana untuk menyokong anak-anak mereka. Kongsi kekuatan yang anda perhatikan.

  • Tanya apakah yang mereka harap anak-anak mereka akan mengalami dan belajar dalam kuorum Imamat Harun, dalam kelas-kelas Remaja Puteri dan dalam aktiviti-aktiviti.

Apabila ibu bapa bukan ahli Gereja yang aktif:

  • Jelaskan kepada ibu bapa usaha ini untuk menyokong kanak-kanak dan remaja, dan tanya jika dan bagaimana mereka mahu anak-anak mereka terlibat.

  • Tanya kanak-kanak atau remaja apakah jenis sokongan yang mereka mahu.

  • Bercakap dengan majlis bahagian mengenai cara melibatkan ibu bapa sebanyak mungkin.

Menyokong Kanak-kanak dan Remaja

  • Bantulah kanak-kanak dan remaja untuk mengenali pengaruh Roh Kudus.

  • Tanyakan mereka apa yang mereka mahu belajar dan jenis pengalaman yang mereka mahu dalam kuorum, kelas, dan aktiviti-aktiviti.

  • Galakkan mereka untuk memimpin dalam merancang dan menjalankan aktiviti.

  • Menyokong pemegang Imamat Harun memenuhi tanggungjawab kuorum.

Pembelajaran Injil

keluarga sedang belajar bersama

Di Rumah

Kajian tulisan suci dan doa peribadi dan keluarga akan membantu kanak-kanak dan remaja merasa dan mengenali pengaruh Roh Kudus dan belajar untuk mengasihi Juruselamat. Individu dan keluarga digalakkan untuk mengguna Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan kata-kata para nabi yang hidup untuk mempelajari injil Yesus Kristus.

Di Gereja

Kanak-kanak dan remaja bertemu bersama untuk mempelajari injil Yesus Kristus. Kanak-kanak belajar injil melalui arahan kelas dan masa nyanyian Sekolah Primer. Remaja belajar ajaran di kelas dan kuorum. Kanak-kanak dan remaja dijemput untuk berkongsi apa yang mereka pelajari di rumah dan menggunakan injil dalam kehidupan mereka.

Pelayanan dan Aktiviti

Sukarelawan Mormon Helping Hands (Tangan Bantuan Mormon)

Di Rumah

Pelayanan dan aktiviti membina tabiat harian yang soleh, membina hubungan keluarga, mengajar kemahiran hidup, membangunkan sifat seperti Kristus, dan membantu kanak-kanak dan remaja untuk berkembang. Pelayanan dan aktiviti keluarga dapat memberi tumpuan kepada keperluan individu dan keluarga serta memberi peluang untuk menggunakan asas injil dalam pengalaman harian.

Di Gereja

Pelayanan—termasuk pemegang Imamat Harun menjalankan tatacara sakramen—dan aktiviti yang kerap memberikan peluang untuk berkumpul, mempelajari kemahiran baru, menyelesaikan tugas yang sukar, dan membina hubungan yang berpusat pada injil dengan rakan sebaya dan pemimpin. Peluang-peluang ini membantu kanak-kanak dan remaja berkembang secara rohani, sosial, jasmani, dan intelektual dan memberikan pelayanan yang bermakna kepada orang lain. JustServe (JustServe.org) adalah sumber yang berharga untuk peluang pelayanan masyarakat.

Aktiviti-aktiviti berbilang hari untuk remaja termasuk untuk persidangan Untuk Kekuatan Remaja (FSY), persidangan remaja, kem, dan pengumpulan lain. Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu remaja memperdalamkan keinginan mereka untuk mengikuti Juruselamat, membawa mereka keluar dari rutin mereka yang biasa, dan membantu mereka melihat bahawa mereka adalah sebahagian dari kumpulan remaja yang lebih besar yang berkongsi tujuan yang soleh.

FSY Brazil 2016

Perkembangan Peribadi

Di Rumah

Kanak-kanak dan remaja memilih apa yang mereka boleh lakukan untuk berkembang dan belajar untuk mengikuti Juruselamat. Ibu bapa dapat membantu mereka mengenali bagaimana mereka telah berkembang dan di mana yang perlu mereka perbaiki. Semua aktiviti, termasuk gereja, sekolah, persahabatan, sukan, seni, kerja, dan minat individu lain boleh membantu kanak-kanak dan remaja mengikuti Yesus Kristus.

Di Gereja

Para pemimpin mengasihi dan melayani setiap kanak-kanak dan remaja dan menyedari keperluan dan minat mereka. Melalui hubungan kasih, pemimpin dapat memberikan pengaruh yang unik dan sangat berkuasa untuk menyokong dan menggalakkan kanak-kanak dan remaja dalam pelayanan dan perkembangan individu mereka.

Menyelaras dan Menyesuai Diri

dua remaja puteri sedang senyum

Setiap individu, keluarga, dan umat adalah unik. Perkara yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain. Lakukan apa yang berkesan untuk keluarga, kelas, kuorum, atau bahagian anda. Bercakap mengenai peluang dan kebimbangan anda, dan cari wahyu untuk menyesuaikan inisiatif ini untuk membantu individu kanak-kanak dan remaja mencapai potensi ilahi mereka.

Contohnya, kanak-kanak dan remaja akan mempunyai cara berbeza untuk mencapai perkembangan peribadi: jenis, nombor, dan kekerapan matlamat, serta berapa banyak sokongan yang mereka perlukan, harus ditentukan secara individu. Kelas dan kuorum juga disesuaikan untuk memenuhi keperluan. Di samping itu, jenis dan kekerapan aktiviti boleh berubah mengikut keadaan tempatan.

Jadikannya mudah. Lakukan apa yang berkesan.

Motivasi dan Pengiktirafan

budak lelaki berdiri di kelas

Motivasi

Kanak-kanak dan remaja secara semula jadi akan mempunyai motivasi apabila mereka merasa dikasihi, berkembang, bertambah baik, dan merasakan Roh Kudus dalam hidup mereka. Apabila perubahan dan perkembangan menjadi sukar bagi mereka, galakkan mereka untuk mencari jalan untuk mengatasi cabaran atau menyesuaikan rancangan mereka. Hubungan yang kuat dan berasaskan kepercayaan dengan ibu bapa, para pemimpin, dan rakan sebaya dapat memberi mereka kekuatan untuk terus berusaha.

Pengiktirafan

Apabila kanak-kanak dan remaja maju, pujilah usaha mereka dan galakkan mereka. Berikan mereka peluang untuk berkongsi apa yang mereka pelajari, dan meraikan perkembangan mereka. Di samping itu, semua kanak-kanak dan remaja boleh menerima barang-barang seperti cincin atau medalion untuk mengingatkan mereka bahawa mereka adalah sebahagian dari kumpulan di seluruh dunia yang berusaha untuk mengikuti Yesus Kristus. Apabila kanak-kanak dan remaja memenuhi matlamat rohani, sosial, jasmani dan intelektual, mereka boleh menerima lambang tambahan.