“Peranan-peranan,” Kanak-kanak dan Remaja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir: Panduan Pengenalan untuk Ibu Bapa dan Pemimpin (2019)
“Peranan-peranan”
Peranan-peranan
Rumah dan Ibu Bapa
Apakah peranan saya?
Jadilah teladan yang soleh kepada anak-anak anda. Ajarlah mereka bagaimana untuk berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka. Cari cara untuk membantu mereka merasai kebahagiaan dalam mentaati perjanjian, menemui bakat baru, dan melakukan perkara-perkara yang sukar. Bantulah keluarga anda mendekatkan diri kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan menjalani injil dalam kehidupan seharian.
Apakah yang saya boleh lakukan?
Beritahu anak-anak anda betapa banyaknya anda mengasihi mereka. Melibatkan diri dalam kehidupan mereka. Mengenal pasti dengan penuh doa mengenai keperluan individu mereka dan merancang pengajaran injil dan aktiviti untuk memenuhi keperluan tersebut. Sentiasa berkongsi kesaksian anda dengan mereka. Bercakap dengan para pemimpin tentang bagaimana mereka boleh membantu menyokong anak-anak anda.
Di manakah saya boleh mulakan?
Terus bercakap dan mendengar anak-anak anda. Berdoa tentang bagaimana anda dapat menyokong mereka. Bantulah mereka menemui dan mula berusaha dalam bidang pembelajaran yang mereka minati. Mulakan atau teruskan doa keluarga, pembelajaran injil, peluang pelayanan, dan aktiviti untuk membantu anak-anak anda berkembang.
Pemimpin dan Pengajar Sekolah Primer
Apakah peranan saya?
Mengasihi dan memperkuatkan kanak-kanak. Membimbing ibu bapa dalam membantu kanak-kanak merasakan kasih Bapa Syurgawi kepada mereka, memahami injil Yesus Kristus, merasai dan mengenali pengaruh Roh Kudus, dan bersiap untuk membuat dan mentaati perjanjian kudus.
Apakah yang saya boleh lakukan?
Pastikan kelas Sekolah Primer dan masa nyanyian membantu kanak-kanak merasakan Roh, meningkatkan iman, dan merasakan kegembiraan injil Yesus Kristus dalam kehidupan mereka. Dengan bidang perkembangan yang dicadangkan dalam Lukas 2:52 sebagai panduan, rancanglah aktiviti yang menyeronokkan dan menarik serta membina kesaksian, memperkuatkan keluarga, dan memupuk perpaduan dan perkembangan peribadi.
Di manakah saya boleh mulakan?
Kenali kanak-kanak dan keluarga mereka, dan melayani keperluan mereka. Sebagai seorang ahli presidensi Sekolah Primer, dengan penuh doa tanya bagaimana anda boleh membantu pengajar, pemimpin muzik, dan pemimpin aktiviti untuk membantu kanak-kanak mengikuti Juruselamat.
Pemimpin Remaja Puteri
Apakah peranan saya?
Membantu ibu bapa dan lembaga uskup dalam membimbing dan mengilhami para remaja puteri untuk memahami identiti mereka sebagai puteri Tuhan, bersedia untuk perjanjian-perjanjian bait suci, dan memenuhi tujuan ilahi mereka. Membimbing presidensi kelas semasa mereka memimpin, menjadi pelayan rohani, dan melayani kepada para ahli kelas mereka.
Apakah yang saya boleh lakukan?
Menunjukkan teladan sebagai pengikut Yesus Kristus. Membimbing presidensi kelas apabila mereka merancang dan membantu mengajar pelajaran dari Ikutlah Aku—Untuk Remaja Puteri. Galakkan mereka untuk memimpin dalam perancangan dan perlaksanaan pelayanan dan aktiviti yang akan membantu remaja puteri untuk berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka. Menawarkan sokongan tambahan kepada remaja puteri yang memerlukannya.
Di manakah saya boleh mulakan?
Kenali remaja puteri secara individu. Bercakap dengan remaja puteri, ibu bapa mereka, dan lembaga uskup tentang bagaimana anda dapat menyokong perkembangan remaja puteri. Berdoa untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu presidensi kelas anda berjaya dalam panggilan mereka.
Pemimpin Imamat Harun
Apakah peranan saya?
Membantu ibu bapa dan lembaga uskup dalam menyediakan remaja putera untuk pentahbisan ke jawatan imamat, perjanjian bait suci, misi, dan peranan ilahi. Mengilhami mereka untuk memahami tujuan dan identiti mereka sebagai putera Tuhan. Bimbing presidensi kuorum semasa mereka memimpin, menjadi pelayan rohani, dan melayani kepada para ahli kuorum dan menjalankan tatacara sakramen.
Apakah yang saya boleh lakukan?
Menunjukkan teladan sebagai pengikut Yesus Kristus. Bimbing presidensi kuorum apabila mereka menjalankan kunci imamat dan tatacara sakramen, dengan penuh doa merancang dan membantu mengajar pelajaran dari Ikutlah Aku—Untuk Remaja Putera. Membantu mereka merancang dan melaksanakan pelayanan dan aktiviti yang akan membantu remaja putera untuk berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka. Membiarkan mereka memimpin. Menawarkan sokongan tambahan kepada remaja putera yang memerlukannya.
Di manakah saya boleh mulakan?
Meluangkan masa bersama remaja putera Kenali dan mengasihi mereka secara individu. Bercakap dengan lembaga uskup, remaja putera, dan ibu bapa mereka untuk menentukan bagaimana anda dapat menyokong mereka ketika mereka berkembang untuk menjadi lebih seperti Juruselamat. Berdoa untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu presidensi kuorum menjalankan kunci imamat dan berjaya dalam panggilan mereka.
Pengajar Sekolah Minggu
Apakah peranan saya?
Berusaha untuk membantu para remaja datang kepada Kristus dengan pembelajaran dan mengikuti ajaran-Nya. Mengajar para remaja untuk memahami, berkongsi, dan menjalani injil Yesus Kristus.
Apakah yang saya boleh lakukan?
Menunjukkan contoh sebagai pengikut Yesus Kristus, dan membantu para remaja membina iman mereka. Galakkan mereka untuk mengkaji tulisan suci di rumah—secara individu dan bersama keluarga mereka. Bantu mereka bersedia dan mengajar asas ajaran. Jemput mereka untuk menggunakan apa yang mereka sedang pelajari untuk pembangunan peribadi mereka.
Di manakah saya boleh mulakan?
Berusaha untuk mengajar seperti yang dilakukan oleh Juruselamat. Kenali para remaja secara individu. Berdoa untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu mereka berkembang untuk menjadi lebih seperti Juruselamat. Memperkuatkan para ahli kelas dan ibu bapa mereka dalam usaha untuk belajar dan mengajar injil di gereja dan di rumah mereka.
Lembaga uskup dan Presidensi Kuorum dan Kelas
Apakah peranan mereka?
Lembaga uskup adalah presidensi Imamat Harun di dalam bahagian dan bertanggungjawab atas para remaja puteri dan remaja putera. Presidensi kuorum Imamat Harun berfungsi dengan kunci-kunci yang dianugerahkan ketika presiden kuorum ditetapkan. Presidensi kelas Remaja Puteri berfungsi di bawah hak kuasa imamat setelah ditetapkan oleh ahli lembaga uskup melalui penetapan.
Apakah yang mereka lakukan?
Presidensi harus berusaha untuk menjadi pengikut Yesus Kristus yang benar ketika mereka membantu setiap ahli kuorum atau kelas merasa dikasihi dan mencari kebahagiaan dalam menjalani injil. Presidensi kuorum mempimpin pemegang Imamat Harun apabila mereka menjalankan tatacara sakramen, di bawah arahan lembaga uskup. Kedua-dua presidensi kuorum dan kelas memimpin dalam mengumpul Israel di kedua-dua belah tirai dan menjaga mereka yang memerlukan.
Di manakah mereka boleh mulakan?
Presidensi mempelajari tugas mereka daripada Tuhan dan daripada pemimpin mereka. Mereka berdoa untuk para ahli kuorum atau kelas dan mengenali keperluan mereka. Mereka menyokong para ahli untuk menjadi pengikut Yesus Kristus. Mereka berbincang bersama tentang pelajaran, aktiviti, dan pelayanan yang akan memberkati dan memperkuatkan para remaja dan membawa perpaduan ke dalam kuorum atau kelas mereka.