Bantuan Kanak-kanak dan Remaja
Sumber untuk Bantuan


“Sumber untuk Bantuan,” Kanak-kanak dan Remaja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir: Panduan Pengenalan untuk Ibu Bapa dan Pemimpin (2019)

“Sumber untuk Bantuan”

Sumber untuk Bantuan

Sumber mudah alih, web, dan cetak adalah tersedia. Bantuan untuk penetapan matlamat, idea untuk matlamat, idea untuk pelayanan dan aktiviti di rumah dan di gereja, garis panduan keselamatan, dan arahan boleh diakses oleh para ibu bapa, pemimpin dewasa, presidensi kuorum dan kelas, dan remaja.

Sumber-sumber

telefon pintar

Aplikasi Mudah Alih: Gospel Living

Aplikasi mudah alih Gospel Living (iOS dan Android) direka untuk menjadi inspirasi, menarik, menyeronokkan, dan relevan dengan kehidupan seharian. Ia menyokong kehidupan yang berpusat kepada Kristus melalui:

  • Kandungan yang mengilhami

  • Peringatan

  • Idea-idea Aktiviti

  • Komunikasi

  • Catatan Jurnal

  • Matlamat peribadi

Cari Apple app store dan pasaran aplikasi Android untuk Gospel Living (Church of Jesus Christ).

remaja melihat komputer

Web: ChildrenandYouth.ChurchofJesusChrist.org

Laman web perkembangan Kanak-kanak dan Remaja menyediakan sumber untuk menyokong ibu bapa, kanak-kanak, remaja, dan pemimpin.

  • Sumber ibu bapa dan keluarga

  • Sumber dan contoh bagaimana untuk menyokong dan menggalakkan kanak-kanak dan remaja

  • Sumber aktiviti Sekolah Primer

  • Garis panduan,contoh dan idea pelayanan dan aktiviti

  • Contoh dan idea perkembangan peribadi (matlamat)

  • Sumber latihan presidensi kelas dan kuorum

  • Versi cetakan yang boleh dimuat turun

Cetakan: Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja

Jika berguna, buku kecil bercetak disediakan untuk menyokong asas-asas perkembangan Kanak-kanak dan Remaja dan membantu kanak-kanak dan remaja membuat rancangan untuk perkembangan peribadi.

Kekal pada Jalan Perjanjian

Bait suci Roma Itali

Apabila remaja berkembang ke peringkat seterusnya dalam kehidupan mereka, Lembaga Pertolongan dan kuorum penatua akan memberikan lebih peluang untuk mencari kebahagiaan dan perkembangan ketika mereka bekerja bersama untuk mencapai kerja penyelamatan.

remaja putera sedang senyum

Kuorum Penatua

remaja puteri sedang berpelukan

Lembaga Pertolongan