Senarai Istilah
-
Imamat HarunImamat yang lebih rendah. Imamat ini mempunyai hak kuasa untuk membaptis dan dinamakan sempena nama Harun dalam Perjanjian Lama dalam Alkitab.
-
KemurtadanApabila para individu, Gereja, atau seluruh bangsa melepaskan atau meninggalkan injil Yesus Kristus. Kemurtadan mengakibatkan perpecahan, kekeliruan, dan kehilangan kuasa imamat, atau hak untuk bertindak dalam nama Tuhan.
-
RasulGelaran yang diberikan oleh Yesus Kristus kepada dua belas orang lelaki yang dipilih oleh Dia untuk menjadi sahabat-sahabat karibNya semasa pelayananNya di bumi dan kepada mereka yang telah Dia berikan hak untuk bertindak dalam namaNya. Pada zaman moden, Yesus Kristus telah memanggil orang lelaki yang lain untuk berkhidmat sebagai RasulNya. Seperti pada zaman dahulu, seorang Rasul merupakan seorang saksi istimewa untuk Yesus Kristus dan mempunyai kuasa daripadaNya.
-
Korban TebusanKejadian yang membolehkan kita untuk berdamai semula kepada Tuhan. Untuk menebus dosa adalah untuk menderitai hukuman untuk dosa, jadi itu akan menghilangkan kesan-kesan dosa dari orang yang berdosa yang bertaubat. Yesus Kristus hanyalah satu-satunya insan yang mampu melakukan Korban Tebusan yang sempurna bagi seluruh umat manusia. Korban TebusanNya merangkumi penderitaanNya bagi dosa-dosa kita, pertumpahan darahNya, dan kematianNya dan KebangkitanNya. Oleh kerana Korban Tebusan, semua orang yang pernah hidup akan dibangkitkan. Korban Tebusan juga menyediakan kita satu cara untuk menerima pengampunan dosa-dosa kita dan untuk hidup selama-lamanya bersama Tuhan.
-
PembaptisanLangkah yang penting untuk menerima pengampunan dosa. Melalui pembaptisan dan penetapan oleh kuasa imamat, kita menjadi ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Pembaptisan melalui pencelupan, bermaksud orang yang dibaptiskan itu akan ditenggelamkan dalam air dengan ringkas. Pembaptisan menunjukkan kerelaan kita untuk mengikut teladan Yesus Kristus dan membuat perjanjian dengan Tuhan.
-
InjilRancangan Bapa Syurgawi untuk membantu kita memiliki kedamaian dalam hidup ini dan kebahagiaan dalam kehidupan abadi. Injil berpusat pada Korban Tebusan Yesus Kristus dan memerlukan kita beriman kepadaNya, bertaubat, dibaptiskan, menerima Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir.
-
Roh KudusJuga dikenali sebagai Roh Kudus, Roh Tuhan, dan Penghibur. Dia menyaksikan, atau memberi keterangan, tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan mewahyukan dan mengajarkan kebenaran.
-
Imamat MelkisedekImamat yang lebih tinggi atau imamat yang lebih agung. Ianya dinamakan sempena Melkisedek di dalam Perjanjian Lama dalam Alkitab, yang merupakan seorang imamat tinggi dan raja yang soleh.
-
Tatacara InjilSebuah upacara kudus dan rasmi yang dijalankan oleh kuasa imamat. Satu contoh adalah pembaptisan.
-
ImamatHak dan kuasa Tuhan. Tuhan memberikan kuasa ini kepada manusia untuk bertindak dalam namaNya. Imamat Harun telah dipulihkan kepada Joseph Smith oleh Yohanes Pembaptis, yang membaptiskan Yesus Kristus. Imamat Melkisedek dipulihkan oleh Petrus, Yakobus, dan Yohanes, tiga orang daripada Dua Belas Rasul Yesus.
-
PemulihanMembuatkan sesuatu seperti asal; menegakkan semula; mengembalikan semula seperti yang baru. Selepas kebenaran dan kuasa telah hilang dari muka bumi, injil telah dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith. Pemulihan berbeza daripada reformasi kerana reformasi bermaksud meminda sesebuah organisasi atau amalan dalam usaha untuk mengembalikannya kepada keadaan asalnya, manakala untuk memulih bermaksud untuk menubuh semula atau memperbaharui organisasi atau amalan yang asal secara keseluruhannya.
-
KebangkitanSelepas kematian jasmani, penyatuan roh dengan tubuh badan jasmani yang telah disempurnakan dan yang bertulang daging. Yesus Kristus adalah insan pertama yang dibangkitkan.
-
WahyuKomunikasi di antara Tuhan dan anak-anakNya, biasanya melalui Roh Kudus. Individu-individu boleh menerima wahyu untuk membimbing kehidupan mereka sendiri, tetapi hanya nabi yang telah dipilih oleh Tuhan boleh menerima wahyu untuk seluruh dunia. Wahyu datang dalam pelbagai bentuk, tetapi biasanya datang sebagai fikiran, perasaan, dan impresi.