Risalah Pengajaran
Menyembah bersama kami


Menyembah bersama Kami

Marilah Lihat Bagaimana Injil Yang Telah Dipulihkan Dapat Memberkati Hidup Anda

ahli-ahli bahagian

Pertemuan sakramen adalah upacara penyembahan yang utama. Ia biasanya berlangsung selama lebih sedikit daripada satu jam dan biasanya mengandungi unsur-unsur berikut:

Lagu Rohani:Dinyanyikan oleh jemaah. (Buku-buku lagu rohani disediakan.)

Doa:Diberikan oleh ahli-ahli Gereja tempatan.

Sakramen:Roti dan air diberkati dan diserahkan kepada jemaah sebagai peringatan akan Korban Tebusan Yesus Kristus.

Para Pengucap:Biasanya satu atau dua orang ahli Gereja yang ditugaskan dari kalangan jemaah akan berucap tentang topik-topik injil.

Pakaian:Lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki secara umumnya memakai sut atau seluar panjang yang kemas dengan kemeja dan tali leher. Wanita dan gadis memakai baju perempuan atau skirt.

Sumbangan derma tidak diminta semasa upacara penyembahan.

Kami juga menjemput anda untuk menghadiri pertemuan-peertemuan tambahan, menurut minat dan kumpulan umur anda. Aturan dan perlangsungan pertemuan-pertemuan ini mungkin berbeza.

Sekolah Hari Ahad:Kelas-kelas untuk pembelajaran kitab suci dan ajaran-ajaran injil.

Pertemuan-pertemuan imamat:Kelas-kelas untuk lelaki dewasa dan remaja lelaki yang berusia dua belas tahun dan ke atas.

Lembaga Pertolongan:Kelas-kelas untuk wanita yang berusia 18 dan ke atas.

Remaja Puteri:Kelas-kelas untuk gadis berusia 12 hingga 18.

Sekolah Primer:Penyembahan kumpulan dan kelas-kelas untuk kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 11. Nurseri seringkali sedia ada bagi kanak-kanak yang berusia antara 18 bulan hingga 3 tahun.

Pertemuan sakramen

Masa pertemuan sakramen:

Alamat gereja: