Bab 14
Sion dan puteri-puterinya akan ditebus dan dibersihkan pada Zaman Seribu Tahun—Bandingkan dengan Yesaya 4. Kira-kira 559–545 tahun S.M.
1 Dan pada hari itu, tujuh orang perempuan akan mencengkam seorang lelaki, mengatakan: Kami akan makan roti kami sendiri, dan memakai pakaian kami sendiri; hanya biarkan kami dipanggil dengan namamu untuk menyingkirkan aib kami.
2 Pada hari itulah akan cabang Tuhan menjadi indah dan gemilang; buah dari bumi amat bagus dan menarik kepada mereka yang terlolos dari Israel.
3 Dan akan terjadi, mereka yang tertinggal di Sion dan tetap tinggal di Yerusalem akan dipanggil kudus, setiap orang yang ditulis di kalangan orang yang hidup di Yerusalem—
4 Ketika Tuhan telah mencuci kekotoran puteri-puteri Sion, dan telah memurnikan darah Yerusalem dari tengahnya dengan roh penghakiman dan dengan roh pembakaran.
5 Dan Tuhan akan menciptakan di atas setiap tempat kediaman di gunung Sion, dan di atas pertemuan-pertemuannya, suatu awan dan asap pada siang hari dan sinaran daripada suatu api bernyala-nyala pada malam hari; kerana pada semua kemuliaan Sion akan menjadi satu pertahanan.
6 Dan akan ada suatu khemah keramat sebagai teduhan pada siang hari daripada kepanasan, dan sebagai tempat perlindungan, dan naungan daripada ribut dan daripada hujan.