Bab 16
Yesaya nampak Tuhan—Dosa-dosa Yesaya diampunkan—Dia dipanggil untuk bernubuat—Dia bernubuat berkenaan penolakan ajaran-ajaran Yesus oleh orang Yahudi—Yang selebihnya akan kembali—Bandingkan dengan Yesaya 6. Kira-kira 559–545 tahun S.M.
1 Pada tahun kemangkatan raja Uzia, aku nampak juga Tuhan bersemayan di atas sebuah takhta, tinggi dan terangkat, dan hujung jubahnya memenuhi bait suci.
2 Di atasnya berdiri seraphim; masing-masing mempunyai enam sayap; dengan dua dia menutup mukanya, dan dengan dua dia menutup kakinya, dan dengan dua dia terbang.
3 Dan yang seorang berseru kepada yang lain, dan berkata: Suci, suci, sucilah Tuhan Semesta Alam; seluruh bumi adalah penuh dengan kemuliaan-Nya.
4 Dan ambang pintu bergerak kerana suara dia yang menyeru, dan Rumah itu dipenuhi asap.
5 Kemudian katalah aku: Celakalah aku! Kerana aku terhapus; kerana aku seorang berbibir kotor; dan aku diam di tengah-tengah bangsa yang berbibir kotor; kerana mataku telah nampak Raja, Tuhan Semesta Alam.
6 Kemudian terbang seorang daripada serafim kepadaku, dengan bara dalam tangannya, yang dia telah ambil dengan sepit dari altar;
7 Dan dia meletakkannya di mulutku, dan berkata: Lihatlah, ini telah menyentuh bibirmu; dan kederhakaanmu diambil pergi, dan dosamu dibersihkan.
8 Juga aku dengar suara Tuhan, berfirman: Siapakah akan Kuutus, dan siapakah akan pergi untuk Kami? Kemudian aku berkata: Di sinilah aku; utuslah aku.
9 Dan Dia berfirman: Pergi dan beritahu umat ini—Dengarlah kamu bersungguh-sungguh, tetapi mereka tidak faham; dan lihatlah kamu bersungguh-sungguh, tetapi mereka tidak sedar.
10 Jadikanlah hati umat ini bebal, dan jadikanlah telinga mereka berat, dan tutupkanlah mata mereka—takut-takut kalau mereka melihat dengan mata mereka, dan mendengar dengan telinga mereka, dan memahami dengan hati mereka, dan bertukar hati dan disembuhkan.
11 Kemudian kataku: Tuhan, berapa lama? Dan Dia berfirman: Sehingga kota-kota musnah tanpa penghuni, dan rumah-rumah tanpa manusia, dan negeri habis sepi;
12 Dan Tuhan telah membuangkan manusia jauh-jauh, kerana akan terjadi suatu keluaran besar di tengah-tengah negeri itu.
13 Tetapi masih akan ada sepersepuluh, dan mereka akan kembali, dan dimakan, seperti sepohon pokok linden, dan seperti pokok oak yang intinya ada dalamnya bila ia menyingkirkan daun-daunnya; agar benih suci akan menjadi intinya.