Bab 23
Kebinasaan Babilonia adalah satu contoh kebinasaan semasa Kedatangan Kedua—Ia akan menjadi hari kemurkaan dan balas dendam—Babilonia (dunia) akan jatuh selama-lamanya—Bandingkan dengan Yesaya 13. Kira-kira 559–545 tahun S.M.
1 Beban Babilonia, yang Yesaya anak lelaki Amoz telah nampak.
2 Angkatlah kamu bendera ke atas gunung tinggi, naikkanlah suara kepada mereka, kibaskan tangan, agar mereka dapat pergi ke dalam pintu-pintu gerbang orang mulia.
3 Aku telah memerintahkan umat-Ku yang disucikan, Aku juga telah memanggil umat-Ku yang perkasa, kerana kemurkaan-Ku tidak berada pada mereka yang berbahagia dalam ketinggian-Ku.
4 Kebisingan daripada khalayak ramai di gunung-ganang seperti daripada suatu bangsa agung, kebisingan huru-hara daripada kerajaan bangsa-bangsa yang berkumpul bersama, Tuhan Semesta Alam menghimpunkan tentera-tentera pertempuran.
5 Mereka datang dari negeri yang jauh, dari hujung langit, ya, Tuhan, dan senjata-senjata kemurkaan-Nya, untuk memusnahkan seluruh negeri itu.
6 Rataplah kamu, kerana hari Tuhan sudah dekat; ia akan datang sebagai kebinasaan daripada Yang Maha Kuasa.
7 Oleh kerana itu akan semua tangan lemah, hati setiap manusia akan hilang semangat;
8 Dan mereka akan takut; kesakitan teruk dan dukacita akan mencengkam mereka; mereka akan saling kagum pada satu sama lain; muka-muka mereka akan bagaikan nyala api.
9 Lihatlah, hari Tuhan datang, kejam baik dengan kemurkaan mahupun kemarahan dahsyat, untuk menanduskan negeri itu; dan Dia akan menghapuskan orang berdosa keluar darinya.
10 Kerana bintang-bintang di langit dan gugusan-gugusannya tidak akan memberi cahayanya; matahari akan digelapkan pada kebangkitannya, dan bulan tidak akan menyebabkan cahayanya bersinar.
11 Dan Aku akan menghukum dunia kerana kejahatan, dan orang jahat untuk kederhakaan mereka; Aku akan menyebabkan keangkuhan orang sombong berhenti, dan akan merendahkan kesombongan orang yang dahsyat.
12 Aku akan menjadikan seorang manusia lebih berharga daripada emas tulen; bahkan seorang manusia lebih daripada jongkong emas Ofir.
13 Oleh kerana itu, Aku akan menggoncang langit, dan bumi akan bergerak keluar dari tempatnya, dalam kemurkaan Tuhan Semesta Alam, dan pada hari kemurkaan dahsyat-Nya.
14 Dan ia akan seperti rusa yang dikejar, dan seperti domba yang tiada siapa pun kumpulkan; dan mereka setiap orang akan kembali kepada bangsanya, dan setiap orang melarikan diri kepada negerinya sendiri.
15 Setiap orang yang angkuh akan ditikam; ya, dan setiap orang yang digabungkan kepada yang jahat akan jatuh kerana pedang.
16 Anak-anak mereka juga akan dihempaskan sampai berkecai-kecai di depan mata mereka; rumah-rumah mereka akan dijarah dan isteri-isteri mereka diperkosa.
17 Lihatlah, Aku akan menghasut orang Madai melawan mereka, yang tidak akan menghargai perak dan emas, tidak juga akan mereka bersukacita dalamnya.
18 Busur-busur mereka juga akan menghempaskan para pemuda sampai berkecai-kecai; dan mereka tidak akan berbelas kasihan kepada buah rahim; mata mereka tidak akan membiarkan kanak-kanak hidup.
19 Dan Babilonia, kemuliaan kerajaan-kerajaan, keindahan daripada kegemilangan orang Kasdim, akan menjadi seperti ketika Tuhan menumpaskan Sodom dan Gomora.
20 Ia langsung tidak akan didiami manusia, tidak juga akan ia didiami dari generasi ke generasi: tidak juga akan orang Arab memasang khemah di situ; tidak juga akan para penggembala membina kandang mereka di situ.
21 Tetapi binatang-binatang liar dari padang belantara akan berbaring di situ; dan rumah-rumah mereka akan penuh dengan haiwan-haiwan yang muram; dan burung hantu akan tinggal di situ, dan hantu yang setengah kambing setengah lelaki akan menari di situ.
22 Dan binatang-binatang liar di pulau-pulau akan meratap di dalam rumah-rumah mereka yang terlantar, dan naga-naga di dalam istana-istana mereka yang menyenangkan; dan masanya akan cepat sampai, dan masanya tidak akan diperpanjangkan. Kerana Aku akan membinasakannya dengan lekas; ya, kerana Aku akan berbelas kasihan kepada umat-Ku, tetapi yang jahat akan hancur.