Kitab Suci
2 Nefi 22


Bab 22

Pada Zaman Seribu Tahun, semua manusia akan memuji Tuhan—Dia akan tinggal di kalangan mereka—Bandingkan dengan Yesaya 12. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Dan pada hari itu kamu akan berkata: Ya Tuhan, aku akan memuji Engkau; walaupun Engkau murka dengan aku kemurkaan-Mu dipalingkan, dan Engkau menghiburkanku.

2 Lihatlah, Tuhan adalah keselamatanku; aku akan mempercayai, dan tidak berasa takut; kerana Tuhan YehovaH adalah kekuatan dan laguku; Dia juga telah menjadi keselamatanku.

3 Oleh kerana itu, dengan kebahagiaan akan Engkau menimba air dari telaga-telaga keselamatan.

4 Dan pada hari itu Engkau akan berkata: Pujilah Tuhan, panggillah nama Dia, isytiharkanlah perbuatan-perbuatan-Nya di kalangan umat, sebutkanlah bahawa nama-Nya dipermuliakan.

5 Nyanyilah kepada Tuhan; kerana Dia telah melaksanakan hal-hal cemerlang; ini diketahui di seluruh bumi.

6 Bersoraklah dan berteriak, kamu penghuni Sion; kerana agungnya Yang Kudus dari Israel di tengahmu.