Bantuan Pengkajian
TJS, 2 Tesalonika 2


TJS, 2 Tesalonika 2:2–3, 7–9. Bandingkan dengan 2 Tesalonika 2:2–9

Setan akan menyebabkan suatu kejatuhan atau kemurtadan sebelum Tuhan kembali.

2 Agar fikiranmu tidak cepat keliru, atau gelisah kerana surat itu, kecuali kamu menerimanya daripada kami; tidak juga kerana roh, ataupun perkataan, kerana hari Kristus itu sudah dekat.

3 Janganlah biarkan sesiapa pun memperdayakanmu dengan apa cara pun; kerana akan ada kejatuhan dahulu, dan manusia jahat itu akan didedahkan, iaitu putera keterkutukan.

7 Kerana misteri kederhakaan sudah bekerja, dan dialah yang bekerja sekarang, dan Kristus membiarkan dia bekerja, sehinggalah masa itu digenapi ketika dia akan disingkirkan.

8 Dan kemudian si jahat itu akan didedahkan, dia yang Tuhan akan hapuskan dengan roh dari mulutnya, dan hancurkan dengan kemuliaan kedatangan-Nya.

9 Ya, Tuhan, bahkan Yesus, yang kedatangan-Nya hanya akan terjadi selepas datangnya suatu kejatuhan, oleh pekerjaan Setan dengan segala kuasa, dan tanda-tanda dan keajaiban yang memperdayakan.