Lampiran Terjemahan Joseph Smith PengenalanBerikut adalah bahagian-bahagian yang dipilih dari Terjemahan Alkitab versi King James oleh Joseph Smith (TJS). Tuhan mengilhami Joseph Smith untuk memulihkan kebenaran ke dalam teks Alkitab versi King James yang telah hilang atau diubah sejak ayat-ayat aslinya dituliskan. Kebenaran-kebenaran yang telah dipulihkan ini menjelaskan ajaran dan meningkatkan pemahaman tulisan suci. TJS, Kejadian TJS, Kejadian 1–8Teks Alkitab ini telah dipulihkan oleh Joseph Smith dan diterbitkan dalam Mutiara yang Sangat Berharga sebagai Pilihan-pilihan dari Kitab Musa. TJS, Kejadian 9Selepas Banjir tersebut, Nuh memohon kepada Tuhan untuk tidak mengutuk bumi lagi. TJS, Kejadian 14Melkisedek memberkati Abram. Pelayanan Melkisedek yang hebat dan kuasa dan berkat-berkat Imamat Melkisedek dihuraikan. TJS, Kejadian 15Abraham mempelajari tentang kebangkitan dan melihat penglihatan tentang tempoh pelayanan Yesus sebagai manusia. TJS, Kejadian 17Orang-orang itu gagal mematuhi tatacara-tatacara injil, termasuklah pembaptisan. Tuhan menjelaskan kepada Abraham perjanjian persunatan dan umur pertanggungjawaban. TJS, Kejadian 19Lot melawan kejahatan Sodom, dan para malaikat melindunginya. TJS, Kejadian 21Abraham menyembah Tuhan yang kekal. TJS, Kejadian 48Efraim dan Manasye menjadi suku Israel, Seperti Yusuf zaman dahulu telah menyelamatkan keluarganya secara duniawi, begitu juga keturunannya akan menyelamatkan Israel secara rohani pada zaman akhir. TJS, Kejadian 50Yusuf di Mesir bernubuat tentang Musa yang membebaskan Israel daripada belenggu Mesir; suatu cabang daripada keturunan Yusuf dituntun ke sebuah tempat yang jauh, di mana mereka akan diingati dalam perjanjian-perjanjian Tuhan; melalui panggilan Tuhan seorang nabi zaman akhir bernama Joseph akan menyatukan catatan-catatan Yehuda dan Yusuf; Harun akan melayani sebagai jurucakap Musa. TJS, Keluaran TJS, Keluaran 4Tuhan tidak bertanggungjawab ke atas kekerasan hati Firaun. Lihat juga TJS, Keluaran 7:3, 13; 9:12; 10:1, 20, 27; 11:10; 14:4, 8, 17; setiap rujukan, apabila diterjemahkan dengan betul, menunjukkan bahawa Firaun mengeraskan hatinya sendiri. TJS, Keluaran 18Yitro ialah seorang imam tinggi. TJS, Keluaran 22Para pembunuh tidak akan hidup. TJS, Keluaran 32Tuhan akan membiarkan bangsa Israel yang bertaubat hidup. TJS, Keluaran 33Tiada orang yang penuh dosa dapat melihat wajah Tuhan dan hidup. TJS, Keluaran 34Tuhan menulis hukum di atas kepingan batu yang disediakan oleh Musa tetapi mengambil Imamat Melkisedek dan tatacaranya pergi daripada anak-anak Israel. Dia memberikan mereka hukum badaniah sebagai ganti. TJS, Ulangan TJS, Ulangan 10Di atas kepingan batu yang pertama Tuhan mewahyukan perjanjian imamat kudus yang kekal. TJS, 1 Samuel TJS, 1 Samuel 16Roh jahat yang datang kepada Saul bukanlah daripada Tuhan. TJS, 2 Samuel TJS, 2 Samuel 12Dosa Daud yang besar itu tidak disingkirkan oleh Tuhan. TJS, 1 Tawarikh TJS, 1 Tawarikh 21Tuhan menghentikan seorang malaikat dari menghancurkan Yerusalem. TJS, 2 Tawarikh TJS, 2 Tawarikh 18Tuhan tidak meletakkan roh penipuan ke dalam mulut para nabi. TJS, Mazmur TJS, Mazmur 11Pada hari-hari terakhir para orang soleh akan pergi ke gunung Tuhan. Apabila Tuhan datang, Dia akan menghancurkan yang jahat dan menyelamatkan yang soleh. TJS, Mazmur 14Pemazmur melihat kehilangan kebenaran pada zaman akhir dan menantikan penubuhan Sion. TJS, Mazmur 24Raja Kemuliaan akan menebus umat-Nya semasa kedatangan-Nya. TJS, Mazmur 109Kita harus berdoa untuk musuh-musuh kita. TJS, Yesaya TJS, Yesaya 29Pesanan-pesanan yang dahulunya dikhutbahkan di Yerusalem oleh para nabi zaman dahulu akan dikhutbahkan di zaman akhir dari Kitab Mormon, yang “keluar dari dalam tanah.” TJS, Yesaya 42Tuhan menghantar hamba-hamba-Nya untuk mengajar mereka yang memilih untuk tidak melihat atau mendengar kebenaran; mereka yang mendengar dan mematuhi akan dijadikan sempurna. TJS, Yeremia TJS, Yeremia 26Tuhan tidak bertaubat; manusia bertaubat. TJS, Amos TJS, Amos 7Tuhan tidak bertaubat; manusia bertaubat. TJS, Matius TJS, Matius 3Para nabi menubuatkan bahawa Betlehem akan menjadi tempat kelahiran Mesias. TJS, Matius 4Yesus dituntun oleh Roh, bukan oleh Setan. TJS, Matius 5Sesiapa yang mematuhi perintah-perintah dan mengajar orang lain untuk melakukan yang sama akan diselamatkan. TJS, Matius 6Tuhan tidak menuntun kita ke dalam godaan. TJS, Matius 7Janganlah menghakimi dengan tidak benar. TJS, Matius 9Yesus menolak pembaptisan orang Farisi; ianya tidak bermakna kerana mereka tidak menerima-Nya. Dia menyatakan bahawa Dialah yang memberikan hukum Musa. TJS, Matius 11Yohanes Pembaptis ialah Elias yang akan datang untuk menyediakan jalan bagi Juruselamat. TJS, Matius 12Sesiapa yang berbicara menentang Roh Kudus tidak akan diampunkan. TJS, Matius 13Sebelum akhir dunia (kehancuran yang jahat), para utusan dari syurga akan mengumpulkan yang soleh dari kalangan yang jahat. TJS, Matius 16Yesus menjelaskan bahawa maksud “memikul salib Yesus” adalah menyangkal segala kefasiqan dan hawa nafsu duniawi dan menuruti perintah-perintah-Nya. TJS, Matius 17Yesus mengajarkan tentang Dua Elias—satu untuk menyediakan dan satu untuk memulihkan. TJS, Matius 18Anak-anak kecil tidak memerlukan pertaubatan. TJS, Matius 19Anak-anak kecil akan diselamatkan. TJS, Matius 21Manusia mesti bertaubat sebelum dapat mempercayai Kristus. TJS, Matius 23Dia yang berada di dalam syurga ialah Pencipta kita. TJS, Matius 26Yesus memecah-mecahkan roti sakramen dan memberkatinya. Sakramen adalah peringatan akan tubuh dan darah Yesus. TJS, Matius 27Kematian Yudas dihuraikan. TJS, Markus TJS, Markus 2Putera Manusia ialah Tuhan Sabat kerana Dia menjadikan hari Sabat. TJS, Markus 3Yesus akan mengampuni semua pendosa yang bertaubat kecuali mereka yang menista terhadap Roh Kudus. TJS, Markus 7Yesus mengutuk mereka yang menolak para nabi dan tidak mentaati hukum Musa. TJS, Markus 8Sesiapa yang sanggup mati demi kepentingan Yesus akan menerima keselamatan. TJS, Markus 9Yohanes Pembaptis berada di Gunung Perubahan Rupa. TJS, Markus 12Tuhan bukanlah seorang Tuhan bagi yang mati, kerana Dia membangkitkan yang mati dari kubur mereka. TJS, Markus 14Yesus memulakan sakramen sebagai peringatan akan tubuh dan darah-Nya. TJS, Markus 16Dua malaikat memberi salam kepada para wanita di makam Juruselamat. TJS, Lukas TJS, Lukas 1Zakharias, bapa Yohanes Pembaptis, sedang melaksanakan tugas-tugas keimamatan. TJS, Lukas 2Para cendekiawan di dalam bait suci sedang mendengarkan Yesus dan mengajukan pertanyaan kepada-Nya. TJS, Lukas 3Kristus akan datang seperti yang dinubuatkan untuk mendatangkan keselamatan kepada bangsa Israel dan bangsa bukan Israel. Pada zaman kegenapan, Dia akan datang lagi untuk menghakimi dunia. TJS, Lukas 6Yesus mengajarkan bahawa adalah lebih baik untuk bertahan dalam penganiayaan daripada menentang musuh. TJS, Lukas 9Mendapatkan kekayaan duniawi tidak berbaloi untuk kehilangan jiwa seseorang. TJS, Lukas 11Kegenapan tulisan suci adalah kunci pengetahuan. TJS, Lukas 12Penistaan terhadap Roh Kudus tidak akan diampuni. TJS, Lukas 14Mereka yang mengenali Musa dan para nabi percaya kepada Yesus. TJS, Lukas 16Hukum dan para nabi bersaksi tentang Yesus. Orang-orang Farisi berusaha untuk memusnahkan kerajaan. Yesus memperkenalkan perumpamaan tentang orang kaya dan Lazarus. TJS, Lukas 17Kerajaan Tuhan telah datang. TJS, Lukas 18Percaya pada kekayaan menghalang seseorang dari memasuki kerajaan Tuhan. TJS, Lukas 21Yesus menjelaskan tentang beberapa tanda kedatangan-Nya. TJS, Lukas 23Yesus memohon pengampunan bagi para tentera Rom yang menyalibkan-Nya. TJS, Lukas 24Para wanita itu melihat dua malaikat di makam Yesus. TJS, Yohanes TJS, Yohanes 1Injil Yesus Kristus telah dikhutbahkan sejak permulaan. Yohanes Pembaptis ialah Elias yang akan menyediakan jalan bagi Kristus, dan Yesus Kristus ialah Elias yang akan memulihkan segala hal dan melaluinya keselamatan datang. TJS, Yohanes 4Orang-orang Farisi berhasrat untuk membunuh Yesus. Dia melakukan pembaptisan, tetapi para pengikut-Nya melakukan lebih banyak. TJS, Yohanes 6Kehendak Bapa adalah agar semua menerima Yesus. Mereka yang melakukan kehendak Yesus akan dibangkitkan dalam kebangkitan yang soleh. TJS, Yohanes 13Yesus membasuh kaki para Rasul untuk menggenapi hukum bangsa Yahudi. TJS, Yohanes 14Putera kegelapan, atau Setan, adalah dari dunia ini. TJS, Kisah Rasul-Rasul TJS, Kisah Rasul-Rasul 9Mereka yang bersama Paulus semasa pertukaran hatinya melihat cahaya itu, tetapi mereka tidak mendengar suara atau melihat Tuhan. TJS, Kisah Rasul-Rasul 22Ketua panglima itu melepaskan Paulus dari ikatannya. TJS, Roma TJS, Roma 3Paulus mengajarkan bahawa seseorang itu tidak boleh melakukan kejahatan untuk membawa kebaikan. TJS, Roma 4Manusia hanya dapat diselamatkan melalui rahmat Yesus Kristus, dan bukannya melalui pekerjaan yang berkaitan dengan kepatuhan pada hukum Musa. TJS, Roma 7Hanya Kristus yang memiliki kuasa untuk mengubah jiwa manusia untuk kebaikan secara kekal. TJS, Roma 8Mereka yang menuruti cara manusia tidak dapat menyenangkan Tuhan. TJS, Roma 13Mereka yang menghormati undang-undang sivil menjadikan penghormatan mereka terhadap Tuhan lebih besar dan lebih sempurna. TJS, 1 Korintus TJS, 1 Korintus 7Paulus mengajarkan bahawa adalah elok untuk berkahwin. Mereka yang dipanggil sebagai para penginjil, walaubagaimana pun, dapat melayani Tuhan dengan lebih baik jika mereka masih bujang semasa pelayanan mereka. TJS, 1 Korintus 15Terdapat tiga taraf kemuliaan dalam kebangkitan. TJS, 2 Korintus TJS, 2 Korintus 5Paulus menasihati para Orang Suci untuk tidak hidup menurut cara keadaan daging. TJS, Galatia TJS, Galatia 3Musa ialah pengantara bagi perjanjian yang pertama. Yesus Kristus ialah pengantara bagi perjanjian yang baru. TJS, Efesus TJS, Efesus 4Kemarahan yang tidak benar adalah dosa. TJS, Kolose TJS, Kolose 2Perintah-perintah manusia mungkin bernilai dalam mengajar hal-hal seperti disiplin diri, tetapi ianya tidak mengagungkan Tuhan ataupun menyelamatkan manusia. TJS, 1 Tesalonika TJS, 1 Tesalonika 4Orang-orang soleh yang hidup semasa kedatangan Tuhan tidak akan mempunyai kelebihan ke atas orang-orang mati yang soleh. TJS, 2 Tesalonika TJS, 2 Tesalonika 2Setan akan menyebabkan suatu kejatuhan atau kemurtadan sebelum Tuhan kembali. TJS, 1 Timotius TJS, 1 Timotius 2Kristus ialah Putera Tunggal dan Pengantara. TJS, 1 Timotius 3Gereja ini berlandaskan pada prinsip utama bahawa Yesus menjadi manusia, mengajarkan injil, dan kembali kepada Bapa-Nya. Nota: Perubahan kecil dalam ayat-ayat ini menekankan bahawa “tiang dan landasan kebenaran” ialah Yesus Kristus. TJS, 1 Timotius 6Mereka yang memiliki cahaya kebaqaan (injil) yang berada dalam diri mereka dapat melihat Yesus. TJS, Ibrani TJS, Ibrani 1Malaikat ialah roh yang melayani. TJS, Ibrani 4Mereka yang mengeraskan hati mereka tidak akan diselamatkan; mereka yang bertaubat akan masuk ke dalam peristirahatan Tuhan. TJS, Ibrani 6Asas-asas ajaran Kristus menuntun pada kesempurnaan. TJS, Ibrani 7Melkisedek merupakan seorang imam yang menurut tarekat kudus Putera Tuhan. Semua yang menerima imamat ini boleh menjadi seperti Putera Tuhan. TJS, Ibrani 11Iman adalah keyakinan terhadap hal-hal yang diharapkan. TJS, Yakobus TJS, Yakobus 1Kesengsaraan, bukan godaan, membantu untuk menguduskan kita. TJS, Yakobus 2Para anggota tidak seharusnya menganggap satu orang lebih tinggi daripada yang lain. TJS, 1 Petrus TJS, 1 Petrus 3Sebahagian daripada roh di dalam penjara itu tidak soleh pada zaman Nuh. TJS, 1 Petrus 4Injil dikhutbahkan kepada mereka yang telah meninggal. TJS, 2 Petrus TJS, 2 Petrus 3Pada zaman akhir, banyak orang akan menafikan Yesus Kristus. Apabila Dia datang, banyak bencana alam akan berlaku. Jika kita bertahan di dalam kesolehan, kita akan menerima bumi yang baru. TJS, 1 Yohanes TJS, 1 Yohanes 2Kristus akan menjadi pembela kita dengan Bapa jika kita bertaubat. TJS, 1 Yohanes 3Sesiapa pun yang dilahirkan daripada Tuhan tidak berterusan di dalam dosa. TJS, 1 Yohanes 4Hanya orang yang percaya kepada Tuhan dapat melihat-Nya. TJS, Wahyu TJS, Wahyu 1Rasul Yohanes menerima nubuat-nubuat di dalam kitab Wahyu. Dia telah dikunjungi oleh Yesus Kristus dan seorang malaikat. TJS, Wahyu 2Mereka yang jahat akan dicampakkan ke dalam neraka. TJS, Wahyu 5Dua belas hamba Tuhan diutus ke seluruh bumi. TJS, Wahyu 12Yohanes menjelaskan tentang simbol-simbol wanita, anak, batang besi, naga, dan Mikhael. Peperangan yang bermula di dalam syurga diteruskan di atas bumi. Perhatikan perubahan susunan ayat dalam TJS. TJS, Wahyu 19Tuhan menggunakan firman Kristus untuk menghentam bangsa-bangsa.