Bantuan Pengkajian
TJS, Matius 9


TJS, Matius 9:18–21. Bandingkan dengan Matius 9:16–17

Yesus menolak pembaptisan orang Farisi; ianya tidak bermakna kerana mereka tidak menerima-Nya. Dia menyatakan bahawa Dialah yang memberikan hukum Musa.

18 Kemudian berkatalah orang-orang Farisi itu kepada-Nya, Mengapakah kamu tidak mahu menerima kami dengan pembaptisan kami, sedangkan kami menuruti semua hukum itu?

19 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, Kamu tidak menuruti hukum itu. Jika kamu menuruti hukum itu, kamu akan menerima Aku, kerana Akulah yang memberikan hukum itu.

20 Aku tidak menerima kamu dan pembaptisanmu, kerana ianya tidak menguntungkan apa pun kepadamu.

21 Kerana apabila yang baru itu datang, yang lama itu sedia untuk dilupakan.