TJS, Matius 4:1, 5–6, 8–9. Bandingkan dengan Matius 4:1, 5–6, 8–9; perubahan yang sama dibuat dalam Lukas 4:2, 5–11
Yesus dituntun oleh Roh, bukan oleh Setan.
1 Kemudian Yesus dibawa oleh Roh, ke padang belantara, untuk bersama dengan Tuhan.
5 Kemudian Yesus diangkat ke kota kudus itu, dan Roh menempatkan Dia di puncak bait suci itu.
6 Kemudian iblis datang kepada-Nya dan berkata, Jika Engkau ialah Putera Tuhan, terjunlah, kerana sudah tertulis, Dia akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu, dan tangan mereka akan menyambut-Mu, agar jangan kaki-Mu terhempas ke batu pada bila-bila masa pun.
8 Dan lagi, Yesus berada dalam roh, dan ia mengangkat-Nya ke sebuah gunung yang sangat tinggi, dan menunjukkan kepada Dia semua kerajaan-kerajaan dunia dan kemuliaan mereka.
9 Dan iblis datang kepada-Nya lagi, dan berkata, Semuanya ini akan aku berikan kepada-Mu, jika Engkau mahu sujud dan menyembahku.
TJS, Matius 4:11. Bandingkan dengan Matius 4:11
Yesus mengutus para malaikat untuk melayani Yohanes Pembaptis.
11 Dan sekarang Yesus sudah mengetahui bahawa Yohanes telah dimasukkan ke dalam penjara, dan Dia menghantar para malaikat, dan lihatlah, mereka datang dan melayani-Nya.
TJS, Matius 4:18. Bandingkan dengan Matius 4:19
Para nabi Perjanjian Lama berbicara tentang Yesus.
18 Dan Dia berkata kepada mereka, Akulah Dia yang tentangnya telah dituliskan oleh para nabi; ikutlah Aku, dan Aku akan menjadikan engkau penjala manusia.
TJS, Matius 4:22. Bandingkan dengan Matius 4:23
Yesus menyembuhkan orang dari kalangan mereka yang percaya pada nama-Nya.
22 Dan Yesus pergi ke seluruh Galilea mengajar di dalam saumaah-saumaah mereka, dan mengkhutbahkan injil kerajaan; dan menyembuhkan pelbagai penyakit, dan pelbagai wabak di kalangan mereka yang percaya akan nama-Nya.