TJS, Matius 16:25–29. Bandingkan dengan Matius 16:24–26
Yesus menjelaskan bahawa maksud “memikul salib Yesus” adalah menyangkal segala kefasiqan dan hawa nafsu duniawi dan menuruti perintah-perintah-Nya.
25 Pada waktu itu berfirmanlah Yesus kepada para pengikut-Nya, Jika sesiapa pun mahu datang kepada-Ku, biarlah dia menyangkal dirinya, dan memikul salibnya dan mengikuti-Ku.
26 Dan sekarang bagi seseorang untuk memikul salibnya, bermakna menjauhkan dirinya dari kejahatan, dan setiap nafsu duniawi, dan mematuhi perintah-perintah-Ku.
27 Janganlah melanggar perintah-perintah-Ku untuk menyelamatkan nyawamu; kerana sesiapa yang menyelamatkan nyawanya dalam dunia ini, akan kehilangannya di dunia yang akan datang.
28 Dan sesiapa yang rela kehilangan nyawanya dalam dunia ini, demi kepentingan-Ku, akan menemuinya di dunia yang akan datang.
29 Oleh kerana itu, tinggalkanlah dunia ini, dan selamatkanlah jiwamu; kerana apa yang menguntungkan seseorang itu, jika dia mendapat seluruh dunia, dan kehilangan jiwanya sendiri? Atau apakah yang akan ditukar oleh seseorang itu dengan jiwanya?