Bantuan Pengkajian
TJS, Matius 21


TJS, Matius 21:33. Bandingkan dengan Matius 21:32–33

Manusia mesti bertaubat sebelum dapat mempercayai Kristus.

33 Kerana dia yang tidak mempercayai Yohanes tentang-Ku, tidak dapat mempercayai-Ku, kecuali dia bertaubat dahulu.

TJS, Matius 21:47–56. Bandingkan dengan Matius 21:45–46

Yesus memaklumkan bahawa Dia ialah batu penjuru utama. Injil ditawarkan kepada bangsa Yahudi dan kemudian kepada bangsa bukan Israel. Yang jahat akan dihancurkan apabila Yesus kembali.

47 Dan apabila para ketua imam dan orang Farisi mendengar perumpamaan-Nya, mereka merasakan bahawa Dia berfirman tentang mereka.

48 Dan mereka berkata sesama sendiri, Adakah lelaki ini fikir bahawa Dia seorang boleh menghancurkan kerajaan besar ini? Dan mereka marah kepada-Nya.

49 Tetapi apabila mereka berusaha untuk menangkap-Nya, mereka takutkan orang ramai itu, kerana mereka mengetahui bahawa orang ramai itu menganggap-Nya sebagai seorang nabi.

50 Dan sekarang para pengikut-Nya datang kepada-Nya, dan Yesus berfirman kepada mereka, Takjubkah kamu terhadap kata-kata dari perumpamaan yang Aku telah firmankan kepada mereka?

51 Sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, Akulah batu itu, dan mereka yang jahat itu menolak Aku.

52 Akulah ketua penjuru itu. Bangsa Yahudi ini akan menentang-Ku, dan akan dihancurkan.

53 Dan kerajaan Tuhan akan diambil daripada mereka, dan akan diberikan kepada suatu bangsa yang mendatangkan hasil darinya; (bermaksud bangsa bukan Israel.)

54 Oleh itu, ke atas siapa pun batu ini jatuh, ianya akan mengisarnya menjadi debu.

55 Dan oleh kerana itu apabila Tuhan ladang anggur datang, Dia akan menghancurkan mereka yang sengsara, dan jahat, dan akan menyewakan lagi ladang anggurnya kepada peladang-peladang lain, bahkan pada zaman akhir, yang akan membawakan hasil buah kepadanya pada musimnya.

56 Dan kemudian mereka memahami perumpamaan yang Dia firmankan kepada mereka, bahawa bangsa bukan Israel akan dihancurkan juga, apabila Tuhan akan turun dari syurga untuk memerintah ladang anggur-Nya, iaitu bumi dan para penghuninya.