TJS, Kisah Rasul-Rasul 22:29–30. Bandingkan dengan Kisah Rasul-Rasul 22:29–30
Ketua panglima itu melepaskan Paulus dari ikatannya.
29 Kemudian dengan serta-merta mereka meninggalkan dia yang seharusnya memeriksa dia, dan ketua panglima itu juga takut selepas dia mengetahui bahawa dia ialah seorang bangsa Rom, kerana dia telah mengikatnya, dan dia melepaskan dia daripada ikatannya.
30 Pada keesokan hari, kerana dia ingin tahu dengan teliti sebabnya dia telah dituduh oleh bangsa Yahudi, dia memerintahkan para ketua imam dan majlis mereka untuk bersidang, dan membawa Paulus, dan menghadapkannya di hadapan mereka.