Bantuan Pengkajian
TJS, Mazmur 14


TJS, Mazmur 14:1–7. Bandingkan dengan Mazmur 14:1–7

Pemazmur melihat kehilangan kebenaran pada zaman akhir dan menantikan penubuhan Sion.

1 Yang bodoh berkata dalam hatinya, Tiada seorang manusia pun yang telah melihat Tuhan. Kerana Dia tidak menunjukkan diri-Nya kepada kita, oleh kerana itu tiadalah Tuhan. Lihatlah, mereka jahat; mereka telah melakukan pekerjaan-pekerjaan keji, dan tiada satu pun daripada mereka melakukan kebaikan.

2 Kerana Tuhan melihat anak-anak manusia dari syurga, dan melalui suara-Nya berfirman kepada hamba-Nya, Carilah kamu di kalangan anak-anak manusia, untuk melihat jika ada sesiapa yang benar memahami Tuhan. Dan dia membuka mulutnya kepada Tuhan, dan berkata, Lihatlah, mereka semua ini yang mengatakan mereka ialah milik-Mu.

3 Tuhan menjawab dan berfirman, Mereka semua telah terpesong, mereka semua menjadi kotor bersama, engkau boleh lihat bahawa tiada seorang pun daripada mereka yang melakukan kebaikan, tiada, tiada seorang pun.

4 Apa yang mereka ada sebagai para pengajar mereka ialah pekerja-pekerja kederhakaan, dan tiada pengetahuan dalam diri mereka. Merekalah orang-orang yang akan memakan umat-Ku. Mereka makan roti dan tidak memanggil Tuhan.

5 Mereka berasa ketakutan yang besar, kerana Tuhan berada dengan generasi-generasi mereka yang soleh. Dialah penasihat bagi yang miskin, kerana mereka malu terhadap mereka yang jahat, dan pergi kepada Tuhan, untuk perlindungan.

6 Mereka malu pada nasihat yang miskin kerana Tuhan adalah pelindung mereka.

7 Alangkah baiknya jika Sion itu ditubuhkan di luar syurga, keselamatan bagi Isarel, Ya Tuhan, bilakah Engkau akan menubuhkan Sion? Apabila Tuhan membawa umat-Nya kembali dari penawanan, Yakub akan bersukacita, Israel akan lega.