Bantuan Pengkajian
TJS, Markus 8


TJS, Markus 8:37–38. Bandingkan dengan Markus 8:35

Sesiapa yang sanggup mati demi kepentingan Yesus akan menerima keselamatan.

37 Kerana sesiapa yang menyelamatkan nyawanya sendiri, akan kehilangannya; atau sesiapa yang menyelamatkan nyawanya, akan sanggup mengorbankannya demi kepentingan-Ku; dan jika dia tidak sanggup mengorbankannya demi kepentingan-Ku, dia akan kehilangannya.

38 Tetapi sesiapa yang sanggup kehilangan nyawanya demi kepentingan-Ku, dan injil, merekalah yang akan menyelamatkannya.

TJS, Markus 8:42–43. Bandingkan dengan Markus 8:38

Orang-orang yang malu terhadap Kristus tidak mempunyai bahagian dalam kebangkitan pertama, tetapi mereka yang sanggup mati untuk Kristus akan datang kepada-Nya dalam kemuliaan-Nya.

42 Dan mereka tidak akan mempunyai bahagian dalam kebangkitan itu apabila Dia datang.

43 Kerana sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, Bahawa Dia akan datang; dan dia yang mengorbankan nyawanya demi kepentingan-Ku dan injil, akan datang bersama-Nya, dan akan diselubungi dengan kemuliaan-Nya di awan, di sebelah tangan kanan Putera Manusia.