TJS, Markus 16:3–6. Bandingkan dengan Markus 16:4–7; Lukas 24:2–4
Dua malaikat memberi salam kepada para wanita di makam Juruselamat.
3 Tetapi apabila mereka melihat, mereka mendapati bahawa batu itu sudah dialihkan, (kerana ia sangat besar,) dan dua malaikat sedang duduk di atasnya, berpakaian baju putih yang panjang; dan mereka berasa takut.
4 Tetapi para malaikat itu berkata kepada mereka, Janganlah takut; kamu mencari Yesus dari Nasaret, Dia yang telah disalibkan; Dia telah bangkit; Dia tiada di sini; lihatlah tempat di mana mereka membaringkan-Nya;
5 Dan pergilah kamu, beritahulah para pengikut dan Petrus, bahawa Dia telah pergi ke Galilea; di sana kamu akan melihat-Nya seperti yang Dia katakan kepadamu.
6 Dan mereka, sewaktu masuk ke dalam makam itu, melihat tempat mereka membaringkan Yesus.