TJS, Markus 3:21–25. Bandingkan dengan Markus 3:28–30
Yesus akan mengampuni semua pendosa yang bertaubat kecuali mereka yang menista terhadap Roh Kudus.
21 Dan kemudian datanglah beberapa lelaki kepada-Nya, menuduh-Nya mengatakan, Mengapakah kamu menerima para pendosa, memandangkan Engkau menjadikan diri-Mu Putera Tuhan.
22 Tetapi Dia menjawab mereka dan berfirman, Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, Semua dosa yang telah dilakukan manusia, apabila mereka bertaubat, akan diampunkan bagi mereka; kerana Aku datang untuk mengkhutbahkan pertaubatan kepada anak-anak manusia.
23 Dan penistaan, yang dengannya mereka akan menista, akan diampunkan mereka yang datang kepada-Ku, dan melakukan perkerjaan yang mereka lihat Aku lakukan.
24 Tetapi terdapat satu dosa yang tidak akan diampunkan. Dia yang bernista terhadap Roh Kudus, tidak akan menerima pengampunan; tetapi berada dalam bahaya untuk disingkirkan dari dunia. Dan mereka akan mewarisi kelaknatan yang abadi.
25 Dan Dia memfirmankan ini kepada mereka kerana mereka mengatakan bahawa Dia mempunyai roh jahat.