TJS, Yohanes 1:1–34. Bandingkan dengan Yohanes 1:1–34
Injil Yesus Kristus telah dikhutbahkan sejak permulaan. Yohanes Pembaptis ialah Elias yang akan menyediakan jalan bagi Kristus, dan Yesus Kristus ialah Elias yang akan memulihkan segala hal dan melaluinya keselamatan datang.
1 Pada permulaan Injil itu dikhutbahkan melalui Putera. Dan injil itu adalah Firman, dan Firman itu bersama dengan Putera itu, dan Putera itu bersama dengan Tuhan, dan Putera itu ialah dari Tuhan.
2 Orang yang sama ini berada bersama Tuhan pada permulaan.
3 Segalanya dijadikan oleh-Nya; dan tanpa Dia tiada apa pun yang dijadikan.
4 Di dalam-Nya injil itu berada, dan injil itu adalah kehidupan, dan kehidupan itu adalah cahaya manusia;
5 Dan cahaya itu menyinari di dunia, dan dunia tidak menerimanya.
6 Ada seorang lelaki diutus daripada Tuhan, yang bernama Yohanes.
7 Yang sama datang ke dalam dunia sebagai seorang saksi, untuk memberikan kesaksian tentang cahaya itu, untuk memberikan kesaksian tentang injil melalui Putera, kepada semua, bahawa melalui-Nya manusia dapat percaya.
8 Dia bukanlah cahaya itu, tetapi telah datang untuk memberikan kesaksian tentang cahaya itu,
9 Yang merupakan cahaya sebenar, yang menyinari setiap manusia yang datang ke dunia;
10 Bahkan juga Putera Tuhan. Dia yang berada di dunia, dan dunia ini diciptakan oleh Dia, dan dunia ini tidak mengakui Dia.
11 Dia datang kepada umat milik-Nya, dan umat milik-Nya tidak menerima-Nya.
12 Tetapi seberapa banyak yang menerima Dia, kepada mereka Dia berikan kuasa untuk menjadi anak-anak Tuhan; hanya kepada mereka yang percaya pada nama-Nya.
13 Dia telah dilahirkan, bukannya dari darah, atau keinginan fana, atau keinginan manusia, tetapi oleh Tuhan.
14 Dan Firman yang sama itu dijadikan manusia, dan tinggal bersama kita, dan kita melihat kemuliaan-Nya, kemuliaan sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh dengan rahmat dan kebenaran.
15 Yohanes memberikan kesaksian tentang Dia dan menyeru, mengatakan, Inilah Dia yang aku katakan; Dia yang datang selepas aku, dia lebih diperkenankan daripadaku; kerana Dia ada sebelum diriku.
16 Kerana pada permulaan Firman itu ada, bahkan Putera itu, yang dijadikan manusia, dan telah diutuskan kepada kita oleh kehendak Bapa. Dan seberapa banyak yang percaya pada nama-Nya akan menerima kegenapan-Nya. Dan dari kegenapan-Nya kita telah menerima, bahkan kebaqaan dan kehidupan abadi, melalui rahmat-Nya.
17 Kerana hukum itu telah diberikan melalui Musa, tetapi kehidupan dan kebenaran datang melalui Yesus Kristus.
18 Kerana hukum itu menurut perintah badaniah, yang menyebabkan kematian; tetapi injil itu adalah menurut kuasa kehidupan yang tidak berakhir, melalui Yesus Kristus, Putera Tunggal Tuhan, yang berada dalam dada Bapa.
19 Dan tiada manusia yang telah melihat Tuhan pada bila-bila masa pun, kecuali Dia memberikan kesaksian tentang Putera; kerana hanya melalui Dialah manusia dapat diselamatkan.
20 Dan inilah catatan Yohanes, apabila bangsa Yahudi mengutus para imam dan bangsa Lewi dari Yerusalem, untuk bertanya kepadanya; Siapakah engkau?
21 Dan dia mengaku, dan tidak menafikan bahawa dia ialah Elias; tetapi mengaku, mengatakan; aku bukanlah Kristus.
22 Dan mereka bertanya kepada-Nya, mengatakan; Bagaimanakah engkau ini ialah Elias? Dan dia mengatakan, aku bukanlah Elias yang akan memulihkan segala hal. Dan mereka bertanya kepadanya, mengatakan, Adakah engkau nabi itu? Dan dia menjawab, Bukan.
23 Kemudian berkatalah mereka kepadanya, Siapakah engkau? agar kami boleh memberikan jawapan kepada mereka yang mengutus kami. Apa yang engkau katakan tentang dirimu?
24 Dia berkata, aku ialah suara orang yang berseru di padang belantara, Jadikanlah jalan Tuhan lurus, seperti yang dikatakan Nabi Esayas.
25 Dan mereka yang diutus adalah orang Farisi.
26 Dan mereka bertanya kepadanya, dan mengatakan kepadanya; maka Mengapakah engkau membaptis, jika engkau bukan Kristus, atau Elias yang memulihkan segala hal, bukan juga nabi itu?
27 Yohanes menjawab mereka, mengatakan; aku membaptis dengan air, tetapi ada seorang di antara kamu, yang tidak kamu kenali;
28 Dialah yang aku berikan kesaksian. Dialah nabi itu, bahkan Elias, yang datang selepas diriku sedangkan Dia lebih diperkenankan daripada diriku, Dia yang tali kasutnya tidak layak aku bukakan, atau kedudukan-Nya tidak dapat aku isikan; kerana Dia akan membaptis, bukan sahaja dengan air, tetapi dengan api, dan dengan Roh Kudus.
29 Hari berikutnya Yohanes melihat Yesus datang kepadanya, dan berkata; Lihatlah Anak Domba Tuhan, yang menghapuskan dosa dunia!
30 Dan Yohanes memberikan kesaksian tentang Dia kepada orang-orang itu, mengatakan, Inilah Dia yang aku katakan; Selepas aku datanglah seorang lelaki yang lebih diperkenankan daripada diriku; kerana Dia ada sebelum diriku, dan aku mengakui Dia, dan bahawa Dia harus dinyatakan kepada Israel; oleh kerana itu aku datang membaptiskan dengan air.
31 Dan Yohanes memberikan kesaksian, mengatakan; Semasa Dia dibaptiskan olehku, aku melihat roh turun dari syurga seperti merpati, dan ia berada pada diri-Nya.
32 Dan aku mengakuiNya; kerana Dia yang mengutusku untuk membaptis dengan air, yang sama mengatakan kepadaku; Dia yang akan engkau lihat roh itu turun di atas-Nya, dan berada pada-Nya, yang sama itulah Dia yang membaptis dengan Roh Kudus.
33 Dan aku melihat, dan memberikan kesaksian bahawa inilah Putera Tuhan.
34 Semua hal ini dilakukan di Betabara, di seberang Yordan, di mana Yohanes membaptis.
TJS, Yohanes 1:42. Bandingkan dengan Yohanes 1:42
Kefas bermaksud “pelihat” atau “batu.”
42 Dan dia membawanya kepada Yesus. Dan apabila Yesus melihatnya, Dia berfirman, Engkau ialah Simon, anak lelaki Yohanes, engkau akan dipanggil Kefas, iaitu, berdasarkan tafsiran, seorang pelihat, atau sebuah batu. Dan mereka merupakan para nelayan. Dan mereka meninggalkan semuanya dengan serta-merta, dan mengikuti Yesus.