TJS, Lukas 17:21. Bandingkan dengan Lukas 17:20–21
Kerajaan Tuhan telah datang.
21 Tidak juga mereka mengatakan, Tengok, di sini! atau Tengok, di sana! Kerana, lihatlah, kerajaan Tuhan sudah datang kepadamu.
TJS, Lukas 17:36–40. Bandingkan dengan Lukas 17:37
Yesus memberitahu sebuah perumpamaan tentang helang untuk menjelaskan tentang pengumpulan orang-orang soleh pada zaman akhir.
36 Dan mereka menjawab dan berkata kepada-Nya, Ke manakah, Tuhan, mereka itu akan dibawa?
37 Dan Dia berfirman kepada mereka, Di mana saja tubuh itu dikumpulkan; atau, dalam kata lain, di mana saja para orang suci dikumpulkan, di sana juga burung-burung helang akan dikumpulkan bersama; atau, di sana yang selebihnya akan dikumpulkan bersama.
38 Dia memfirmankan ini, menandakan perkumpulan para orang suci-Nya; dan tentang para malaikat turun dan mengumpulkan yang selebihnya kepada mereka; yang satu dari katil, yang satu lagi dari tempat pengisaran, dan yang satu lagi dari padang, di mana saja Dia membawa mereka.
39 Kerana sesungguhnya akan ada syurga baru, dan sebuah bumi yang baru, yang di dalamnya kesolehan berada.
40 Dan tidak akan ada benda yang kotor; kerana bumi menjadi tua, bagaikan sehelai pakaian, setelah bergelumang dalam kejahatan, oleh itu ia akan lenyap, dan bangku kaki itu kekal kudus, dibersihkan dari segala dosa.