Bantuan Pengkajian
TJS, Lukas 12


TJS, Lukas 12:9–12. Bandingkan dengan Lukas 12:9–10; lihat juga TJS, Matius 12:37–38 dan A&P 132:26–27

Penistaan terhadap Roh Kudus tidak akan diampuni.

9 Tetapi dia yang menafikan Aku di hadapan manusia, akan dinafikan di hadapan para malaikat Tuhan.

10 Sekarang para pengikut-Nya tahu bahawa Dia telah memfirmankan ini, kerana mereka telah memfitnah-Nya di hadapan orang-orang itu; kerana mereka takut untuk mengakui-Nya di depan manusia.

11 Dan mereka berbincang di antara mereka, mengatakan, Dia mengetahui hati kita, dan dia berbicara untuk hukuman kita, dan kita tidak akan diampunkan. Tetapi Dia menjawab, dan berkata kepada mereka,

12 Sesiapa yang akan berbicara menentang Putera Manusia, dan bertaubat, ia akan diampunkan; tetapi kepada dia yang bernista terhadap Roh Kudus, dia tidak akan diampunkan.

TJS, Lukas 12:41–57. Bandingkan Lukas 12:37–48

Yesus mengajarkan bahawa para hamba-Nya mesti selalu bersedia untuk kedatangan-Nya.

41 Kerana, lihatlah, Dia datang pada masa berkawal malam yang pertama, dan dia juga akan datang pada masa berkawal kedua, dan Dia akan datang lagi pada masa berkawal ketiga.

42 Dan sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, Dia telah datang, seperti yang tertulis tentang-Nya; dan lagi apabila Dia akan datang pada masa berkawal kedua, atau datang pada masa berkawal ketiga, diberkatilah hamba-hamba itu apabila Dia datang, yang Dia dapati melakukan sedemikian;

43 Kerana Tuhan bagi hamba-hamba itu akan mengemaskan pakaian-Nya, dan menyuruh mereka duduk untuk makan, dan akan datang dan melayan mereka.

44 Dan lagi, sesungguhnya Aku memfirmankan hal-hal ini kepadamu, agar kamu dapat mengetahui ini, bahawa kedatangan Tuhan adalah seperti seorang pencuri pada malam hari.

45 Dan akan seperti seorang tuan rumah, yang, jika dia tidak menjaga harta bendanya, pencuri itu akan datang pada waktu dia tidak sedari, dan mengambil harta bendanya, dan membahagikannya di kalangan rakan-rakan subahatnya.

46 Dan mereka berkata sesama sendiri, Jika tuan rumah itu mengetahui waktu pencuri itu akan datang, dia pasti akan berjaga, dan tidak akan membiarkan rumahnya dipecah masuk dan harta bendanya hilang.

47 Dan Dia berkata kepada mereka, Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, jadilah kamu bersedia juga; kerana Putera Manusia datang pada saat yang tidak kamu sangkakan.

48 Kemudian Petrus berkata kepada-Nya, Tuhan, adakah Engkau memfirmankan perumpamaan ini kepada kami, atau kepada semuanya?

49 Dan Tuhan berfirman, Aku berbicara kepada mereka yang Tuhan akan jadikan para pemerintah ke atas keluarga-Nya, untuk memberikan anak-anak-nya bahagian makanan mereka pada musimnya.

50 Dan mereka berkata, maka Siapakah hamba yang beriman dan bijak itu?

51 Dan Tuhan berfirman kepada mereka, Dialah hamba yang berjaga, untuk memberikan bahagian makanannya pada musimnya.

52 Diberkatilah hamba itu yang akan didapati oleh Tuhannya, apabila Dia datang, melakukan sedemikian.

53 Sesungguhnya Aku firmankan kepadamu, bahawa Dia akan menjadikannya pemerintah ke atas segala yang Dia miliki.

54 Tetapi hamba yang jahat ialah dia yang didapati tidak berjaga. Dan jika hamba itu didapati tidak berjaga, dia akan berkata dalam hatinya, Tuhanku melengahkan kedatangan-Nya; dan akan mula memukul hamba-hamba lelaki, dan perempuan, dan makan, dan minum, dan menjadi mabuk.

55 Tuan bagi hamba itu akan datang pada suatu hari yang dia tidak nantikan, dan pada saat apabila dia tidak sedari, dan akan menghancurkan dia, dan akan menetapkan baginya bahagiannya dengan mereka yang tidak percaya.

56 Dan hamba itu yang mengetahui kehendak Tuannya, dan tidak bersedia untuk kedatangan Tuannya, tidak juga melakukan menurut kehendaknya, akan disebat banyak kali.

57 Tetapi dia yang tidak mengetahui kehendak Tuannya dan melakukan hal-hal yang membawakan sebatan, akan disebat beberapa kali. Kerana kepada dia yang banyak diberi, banyak juga dituntut daripadanya; dan kepada dia yang Tuhan telah amanahkan, daripadanyalah manusia akan meminta lebih.