Bantuan Pengkajian
TJS, Lukas 21


TJS, Lukas 21:24–26. Bandingkan dengan Lukas 21:25–26

Yesus menjelaskan tentang beberapa tanda kedatangan-Nya.

24 Sekarang hal-hal ini Dia firmankan kepada mereka, tentang kehancuran Yerusalem. Dan kemudian para pengikut-Nya bertanya kepada-Nya, mengatakan, Tuan, beritahulah kami tentang kedatangan-Mu?

25 Dan Dia menjawab mereka, dan berfirman, Dalam generasi dimana zaman bangsa bukan Israel akan digenapi, akan ada tanda-tanda di matahari, dan di bulan, dan di bintang-bintang; dan di atas bumi bangsa-bangsa gelisah, bagaikan laut dan ombak bergelora. Bumi juga akan bergegar, dan perairan yang dalam;

26 Hati manusia gagal kerana ketakutan, dan kerana berwaspada terhadap hal-hal yang akan datang ke atas bumi. Kerana kuasa syurga akan digegarkan.

TJS, Lukas 21:32. Bandingkan dengan Lukas 21:32

Semuanya akan digenapi apabila zaman bangsa bukan Israel digenapi.

32 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, generasi ini, iaitu generasi apabila zaman bangsa bukan Israel akan dipenuhi, tidak akan berlalu sehinggalah semuanya dipenuhi.