Bantuan Pengkajian
TJS, Roma 4


TJS, Roma 4:2–5. Bandingkan dengan Roma 4:2–5

Manusia hanya dapat diselamatkan melalui rahmat Yesus Kristus, dan bukannya melalui pekerjaan yang berkaitan dengan kepatuhan pada hukum Musa.

2 Kerana jika Abraham diwajarkan dengan hukum pekerjaan, dia akan bangga terhadap dirinya sendiri; bukannya kerana Tuhan.

3 Kerana apa yang dinyatakan oleh tulisan suci? Abraham percayakan Tuhan, maka itu dikira sebagai kesolehan kepadanya.

4 Sekarang mereka yang diwajarkan berdasarkan hukum perkerjaan, ganjarannya akan dikira, bukannya dari rahmat, tetapi hutang.

5 Tetapi mereka yang tidak mahu diwajarkan berdasarkan hukum pekerjaan, tetapi percaya kepada dia yang tidak mempersolehkan yang fasiq, imannya dikira sebagai kesolehan.

TJS, Roma 4:16. Bandingkan dengan Roma 4:16

Kedua-dua iman dan pekerjaan, melalui rahmat, adalah perlu bagi keselamatan.

16 Oleh kerena itu, kamu dipersolehkan oleh iman dan pekerjaan, melalui rahmat, dengan tujuan memastikan janji itu kepada semua keturunan; bukan sahaja hanya kepada mereka yang daripada hukum itu, tetapi juga kepada mereka yang mempunyai iman kepada Abraham; yang merupakan bapa kepada kita semua,