TJS, Roma 7:5–27. Bandingkan dengan Roma 7:5–25
Hanya Kristus yang memiliki kuasa untuk mengubah jiwa manusia untuk kebaikan secara kekal.
5 Kerana semasa kita dalam keadaan fana, perasaan dosa itu, yang bukannya menurut hukum itu, bekerja di dalam anggota tubuh kita untuk menghasilkan kematian.
6 Tetapi sekarang kita dibebaskan dari hukum itu yang dengannya kita terikat, menjadi mati pada hukum itu, agar kita harus melayani dalam roh yang baru, dan bukannya dalam hukum lama yang tertulis.
7 Jika begitu apa yang harus kita katakan? Adakah hukum itu suatu dosa? Sekali-kali tidak. Sebaliknya, aku hanya mengenal dosa melalui hukum itu; kerana aku tidak mengenal nafsu, melainkan hukum itu telah mengatakan, Janganlah engkau mendambakan.
8 Tetapi dosa, mengambil kesempatan melalui perintah, mendatangkan dalam diriku segala macam keghairahan. Kerana tanpa hukum dosa itu mati.
9 Kerana dahulu aku hidup tanpa pelanggaran terhadap hukum itu, tetapi apabila perintah dari Kristus datang, dosa hidup, dan aku mati.
10 Dan apabila aku tidak mempercayai perintah dari Kristus yang datang, yang ditahbiskan pada kehidupan, aku mendapati ianya menghukumku pada kematian.
11 Kerana dosa, mendapat kesempatan, menafikan perintah, dan memperdayakanku; dan kerananya aku dibunuh.
12 Walau bagaimanapun, aku mendapati bahawa hukum itu adalah kudus, dan perintah itu adalah kudus, dan benar dan baik.
13 Jika begitu adakah perkara yang baik menjadi kematian bagiku? Sekali-kali tidak. Sebaliknya dosa, agar ianya boleh dilihat sebagai dosa melalui perkara yang adalah baik menyebabkan kematian dalam diriku; agar dosa, melalui perintah itu, boleh menjadi amat penuh berdosa.
14 Kerana kita tahu bahawa perintah itu adalah rohani; tetapi semasa aku di bawah hukum itu, aku masih badaniah, terjual pada dosa.
15 Tetapi sekarang aku bersifat rohani; kerana apa yang diperintahkan kepadaku untuk dilakukan, aku lakukan; dan apa yang diperintahkan kepadaku untuk tidak dibenarkan, tidak aku benarkan.
16 Kerana apa yang aku ketahui adalah tidak benar, aku tidak akan melakukannya; kerana apa yang merupakan dosa, aku benci.
17 Maka jikalau aku tidak melakukan apa yang tidak aku benarkan, aku bersetuju pada hukum itu, bahawa ianya baik; dan aku tidak dihukum.
18 Maka sekarang, aku tidak lagi melakukan dosa; tetapi aku berusaha untuk menundukkan dosa yang berada dalam diriku.
19 Kerana aku tahu bahawa di dalam diriku, iaitu, dalam dagingku, tiada kebaikan; kerana kemahuan itu hadir bersamaku, tetapi untuk melakukan apa yang baik tidak aku temui, hanyalah dalam Kristus.
20 Kerana kebaikan yang boleh aku lakukan semasa berada di bawah hukum itu, aku tidak mendapatinya baik; oleh kerana itu, aku tidak melakukannya.
21 Tetapi kejahatan yang tidak akan aku lakukan di bawah hukum itu, aku dapati adalah baik; maka itu, aku lakukan.
22 Sekarang jika aku melakukan itu, melalui pertolongan Kristus, aku tidak akan melakukannya di bawah hukum itu, aku tidak berada di bawah hukum itu; dan aku tidak lagi mahu melakukan kesalahan, tetapi untuk menundukkan dosa yang berada dalam diriku.
23 Aku kemudiannya mendapati bahawa di bawah hukum itu, apabila aku melakukan kebaikan, kejahatan hadir bersamaku; kerana aku bersukacita dalam hukum Tuhan menurut isi hatiku.
24 Dan sekarang aku melihat satu lagi hukum, bahkan perintah dari Kristus, dan ianya terpahat dalam mindaku.
25 Tetapi anggota-anggota tubuhku menentang hukum di mindaku itu, dan menawanku terhadap hukum dosa yang berada dalam anggota tubuhku.
26 Dan jika aku tidak menundukkan dosa yang berada di dalam diriku, tetapi dengan tubuh fanaku melayani hukum dosa; Alangkah malangnya aku ini! Siapakah yang akan membebaskanku dari tubuh kematian ini?
27 Aku berterima kasih kepada Tuhan melalui Yesus Kristus Tuhan kita, maka, agar dengan mindaku sendiri melayani hukum Tuhan.