Bantuan Pengkajian
TJS, Yesaya 29


TJS, Yesaya 29:1–8. Bandingkan dengan Yesaya 29:1–8

Pesanan-pesanan yang dahulunya dikhutbahkan di Yerusalem oleh para nabi zaman dahulu akan dikhutbahkan di zaman akhir dari Kitab Mormon, yang “keluar dari dalam tanah.”

1 Celakalah Ariel, iaitu Ariel, kota yang didiami oleh Daud! kamu tambahkanlah tahun demi tahun; biarlah mereka membunuh korban.

2 Namun Aku akan menyengsarakan Ariel, dan akan ada tekanan dan kesedihan; kerana demikianlah Tuhan telah firmankan kepadaku, Begitulah yang akan terjadi kepada Ariel;

3 Bahawa Aku Tuhan akan berkhemah di sekelilingnya, dan akan mengepungnya dengan perkubuan, dan Aku akan mendirikan perkubuan menentangnya.

4 Dan dia akan dibinasakan, dan akan berbicara dari dalam tanah, dan bicaranya akan datang jauh dari dalam tanah; dan suaranya akan menjadi seperti seorang yang berhubung dengan arwah, dari dalam tanah, dan perbicaraannya akan berbisik keluar dari dalam debu.

5 Tambahan pula, semua bangsa asingnya akan menjadi seperti debu-debu kecil, dan semua mereka yang menakutkan itu akan menjadi seperti sekam yang berterbangan; ya, ianya akan terjadi dengan tiba-tiba dan tanpa diduga.

6 Kerana mereka akan dikunjungi oleh Tuhan Semesta Alam dengan guruh, dan dengan gempa bumi, dan dengan bunyi yang kuat, dengan badai dan dengan ribut kencang, dan dengan nyala api yang melahap.

7 Dan semua bangsa yang menentang Ariel, bahkan semua yang menentangnya dan persenjataannya, dan yang menyusahkannya, akan menjadi seperti mimpi dari suatu penglihatan malam.

8 Ya, apa yang akan terjadi kepada mereka seperti seorang yang lapar yang bermimpi, dan lihatlah dia makan, tetapi dia terbangun dan jiwanya kosong; atau seperti seorang yang haus yang bermimpi, dan lihatlah dia minum, tetapi dia terbangun, dan lihatlah, dia lemah, dan jiwanya merasakan dahaga. Ya akan demikianlah pula jadinya dengan semua yang berkumpul untuk menentang gunung Son.