Bantuan Pengkajian
TJS, Kejadian 50


TJS, Kejadian 50:24–38. Bandingkan dengan Kejadian 50:24–26; 2 Nefi 3:4–22

Yusuf di Mesir bernubuat tentang Musa yang membebaskan Israel daripada belenggu Mesir; suatu cabang daripada keturunan Yusuf dituntun ke sebuah tempat yang jauh, di mana mereka akan diingati dalam perjanjian-perjanjian Tuhan; melalui panggilan Tuhan seorang nabi zaman akhir bernama Joseph akan menyatukan catatan-catatan Yehuda dan Yusuf; Harun akan melayani sebagai jurucakap Musa.

24 Dan Yusuf berkata kepada abang-abangnya, aku mati, dan pergi kepada nenek moyangku; dan aku pergi ke kuburku dengan bahagia. Tuhan ayahku Yakub bersama denganmu, untuk membebaskanmu dari kesengsaraan dalam masa-masa perhambaanmu; kerana Tuhan telah melawatku, dan aku telah menerima janji Tuhan, bahawa dari buah auratku, Tuhan Raja akan membangkitkan suatu cabang yang soleh dari auratku; dan kepadamu, yang ayahku namakan Israel, seorang nabi; (bukan Mesias yang dipanggil Silo;) dan nabi ini akan membebaskan umatku keluar dari Mesir semasa kamu dalan perhambaan.

25 Dan akan terjadilah bahawa mereka akan dicerai-beraikan lagi; dan suatu cabang akan dipatahkan, dan akan dibawa ke sebuah negara yang jauh; akan tetapi mereka akan diingati dalam perjanjian suci Tuhan, apabila Mesias itu datang; kerana Dia akan dinyatakan kepada mereka pada zaman akhir, dalam Roh kuasa; dan akan membawa mereka dari kegelapan ke dalam cahaya; keluar dari kegelapan yang tersembunyi, dan keluar dari penawanan kepada kebebasan.

26 Seorang pelihat akan Tuhan bangkitkan, yang akan menjadi seorang pelihat yang terpilih kepada buah auratku.

27 Maka Tuhan Raja nenek moyangku berfirman kepadaku, Seorang pelihat akan Aku bangkitkan dari buah auratmu, dan dia akan disanjung tinggi di kalangan buah auratmu; dan kepadanya Aku akan memerintahkan bahawa dia harus melakukan suatu pekerjaan untuk buah auratmu, para saudaranya.

28 Dan dia akan membawa mereka pada pengetahuan tentang perjanjian-perjanjian suci yang telah Aku buat dengan nenek moyangmu; dan dia akan melakukan apa sahaja perkerjaan yang Aku akan perintahkan kepadanya.

29 Dan Aku akan menjadikan dia hebat dimata-Ku, kerana dia akan melakukan pekerjaan-Ku; dan akan menjadi hebat seperti dia yang Aku firmankan akan Aku bangkitkan kepadamu, untuk membebaskan umat-Ku, Wahai Bani Israel, keluar dari negeri Mesir; kerana seorang pelihat akan Aku bangkitkan untuk membebaskan umat-Ku keluar dari negeri Mesir; dan dia akan dipanggil Musa. Dan melalui nama ini dia akan mengetahui bahawa dia berasal dari keturunanmu; kerana dia akan dijaga oleh puteri raja, dan akan dipanggil sebagai anaknya.

30 Dan lagi, seorang pelihat akan Aku bangkitkan daripada buah auratku, dan kepadanya Aku akan berikan kuasa untuk membawakan firman-Ku kepada keturunan auratmu; dan bukan sahaja untuk membawakan firman-Ku, firman Tuhan, tetapi untuk menyakinkan mereka akan firman-Ku, yang telah tersebar di kalangan mereka pada zaman akhir;

31 Oleh kerana itu buah auratmu akan menuliskan, dan buah aurat Yehuda akan menuliskan; dan apa yang akan dituliskan oleh buah auratmu, dan juga apa yang akan dituliskan oleh buah aurat Yehuda, akan tumbuh bersama untuk menundukkan ajaran-ajaran palsu, dan menghentikan pertikaian, dan menegakkan kedamaian di kalangan buah auratmu, dan membawa mereka pada pengetahuan tentang nenek moyang mereka pada zaman akhir; dan juga pada pengetahuan tentang perjanjian-perjanjian suci-Ku, firman Tuhan.

32 Dan dari kelemahan dia akan dijadikan kuat, dan pada hari itu apabila pekerjaan-Ku akan pergi ke kalangan seluruh umat-Ku, yang akan memulihkan mereka, iaitu bani Israel, pada zaman akhir.

33 Dan pelihat itu akan Aku berkati, dan mereka yang berusaha untuk menghancurkannya akan ditumpaskan; janji ini Aku berikan kepadamu; kerana Aku akan mengingatimu dari generasi ke generasi; dan namanya akan dipanggil Joseph, dan ia akan dinamakan menurut nama ayahnya; dan dia akan menjadi sepertimu; kerana hal yang Tuhan akan datangkan dengan tangan-Nya akan membawakan umatku pada keselamatan.

34 Dan Tuhan bersumpah kepada Yusuf bahawa Dia akan memelihara keturunannya untuk selamanya, memfirmankan, Aku akan membangkitkan Musa, dan sebatang tongkat akan berada dalam tangannya, dan dia akan mengumpulkan umat-Ku bersama, dan dia akan mengetuai mereka seperti sebuah kawanan, dan dia akan menghentam air Laut Merah dengan tongkatnya.

35 Dan dia akan mempunyai kebijaksanaan, dan akan menulis firman Tuhan. Dan dia tidak akan berkata banyak, kerana Aku akan menuliskan hukum-Ku kepadanya dengan jari tangan-Ku sendiri. Dan aku akan menyediakan seorang jurucakap untuknya dan namanya akan dipanggil Harun.

36 Dan akan terjadi kepadamu pada zaman akhir, seperti yang telah aku janjikan. Oleh kerana itu, Yusuf berkata kepada abang-abangnya, Tuhan pasti akan mengunjungimu, dan membawamu keluar dari negeri ini, ke negeri yang Dia janjikan kepada Abraham, kepada Ishak, dan kepada Yakub.

37 Dan Yusuf mengesahkan banyak hal lain kepada abang-abangnya, dan bersumpah kepada anak-anak Israel, mengatakan kepada mereka, Tuhan pasti akan mengunjungimu, dan kamu akan membawa tulang-tulangku pergi.

38 Maka Yusuf meninggal semasa dia berumur seratus sepuluh tahun; dan mereka mengabadikannya, dan mereka meletakkannya di dalam keranda di Mesir; dan dia tidak dikebumikan oleh anak-anak Israel, agar dia dapat diangkat dan diletakkan di dalam makam bersama dengan ayahnya. Dan demikianlah mereka mengingati sumpah yang mereka janjikan kepadanya.