Bantuan Pengkajian
TJS, Keluaran 4


TJS, Keluaran 4:21. Bandingkan dengan Keluaran 4:21; 7:3, 13; 9:12; 10:1, 20, 27; 11:10; 14:4, 8, 17; Ulangan 2:30

Tuhan tidak bertanggungjawab ke atas kekerasan hati Firaun. Lihat juga TJS, Keluaran 7:3, 13; 9:12; 10:1, 20, 27; 11:10; 14:4, 8, 17; setiap rujukan, apabila diterjemahkan dengan betul, menunjukkan bahawa Firaun mengeraskan hatinya sendiri.

21 Dan Tuhan berfirman kepada Musa, Apabila engkau kembali ke Mesir, pastikan engkau melakukan semua mukjizat itu di hadapan Firaun, yang telah Aku berikan kepadamu, dan Aku akan memakmurkanmu; tetapi Firaun akan mengeraskan hatinya, dan dia tidak akan membiarkan orang-orang itu pergi.

TJS, Keluaran 4:24–27. Bandingkan dengan Keluaran 4:24–27

Apabila Tuhan mengancam untuk membunuh Musa kerana tidak menyunat anak lelakinya, Zipora menyelamatkan nyawanya dengan melakukan tatacara itu sendiri. Musa mengakui dosanya.

24 Dan terjadilah, bahawa Tuhan muncul kepadanya semasa dia dalam perjalanan, bersebelahan rumah tumpangan. Tuhan murka kepada Musa, dan hampir menurunkan tangan-Nya kepadanya, untuk membunuhnya; kerana dia tidak menyunat anak lelakinya.

25 Kemudian Zipora mengambil sebilah batu tajam dan menyunat anak lelakinya, dan membuang batu itu ke kakinya, dan mengatakan, sesungguhnya engkau merupakan suami berdarah kepadaku.

26 Dan Tuhan melepaskan Musa dan membebaskannya, kerana Zipora, isterinya, sudah menyunat anak itu. Dan dia berkata, Engkau ialah suami berdarah. Dan Musa malu, dan menyembunyikan wajahnya daripada Tuhan, dan mengatakan, aku telah berdosa di hadapan Tuhan.

27 Dan Tuhan berfirman kepada Harun, Pergi ke padang belantara untuk menemui Musa, dan dia pergi dan bertemu dengannya, di gunung Tuhan; di gunung di mana Tuhan muncul kepadanya; dan Harun menciumnya.