TJS, Keluaran 34:1–2, 14. Bandingkan dengan Keluaran 34:1–2, 14; A&P 84:21–26
Tuhan menulis hukum di atas kepingan batu yang disediakan oleh Musa tetapi mengambil Imamat Melkisedek dan tatacaranya pergi daripada anak-anak Israel. Dia memberikan mereka hukum badaniah sebagai ganti.
1 Dan Tuhan berfirman kepada Musa, Potonglah dua kepingan batu yang lain, seperti yang pertama tadi, dan Aku akan menulis di atasnya juga, kata-kata hukum, menurut seperti yang tertulis di atas kepingan-kepingan batu pertama yang engkau telah pecahkan; tetapi ia tidak akan seperti yang pertama tadi, kerana Aku akan mengambil semula imamat daripada mereka; oleh kerana itu, tarekat kudus-Ku, dan tatacara-tatacaranya, tidak akan diberikan kepada mereka; kerana hadirat-Ku tidak akan berada bersama mereka, agar Aku tidak menghancurkan mereka.
2 Tetapi aku akan memberikan kepada mereka hukum seperti yang pertama, tetapi ianya akan menurut perintah badaniah; kerana Aku telah bersumpah dalam kemurkaan-Ku, bahawa mereka tidak akan masuk ke dalam hadirat-Ku, dalam pengistirahatan-Ku, semasa pengembaraan mereka. Oleh kerana itu lakukanlah seperti yang Aku perintahkan kepadamu, dan bersedialah pada waktu pagi, dan datanglah ke Gunung Sinai, dan tampilkanlah dirimu kepada-Ku, di atas gunung itu.
Yehova ialah satu nama bagi Tuhan Yesus Kristus yang dikenali bangsa Perjanjian Lama.
14 Kerana engkau tidak akan menyembah tuhan lain; kerana Tuhan, yang bernama Yehovah, merupakan Tuhan yang cemburu.