Bantuan Pengkajian
TJS, 1 Korintus 7


TJS, 1 Korintus 7:1–2, 5, 26, 29–33, 38. Bandingkan dengan 1 Korintus 7:1–2, 5, 26, 29–38

Paulus mengajarkan bahawa adalah elok untuk berkahwin. Mereka yang dipanggil sebagai para penginjil, walaubagaimana pun, dapat melayani Tuhan dengan lebih baik jika mereka masih bujang semasa pelayanan mereka.

1 Sekarang berkenaan dengan hal-hal yang kamu tuliskan kepadaku, mengatakan, Adalah baik bahawa seorang lelaki tidak menyentuh seorang wanita.

2 Walau bagaimanapun, aku berkata, untuk menghindarkan permukahan, biarlah setiap lelaki mempunyai isterinya sendiri, dan biarlah setiap wanita mempunyai suaminya sendiri.

5 Janganlah kamu meninggalkan satu sama lain, kecuali dengan kebenaran untuk sementara waktu, agar kamu masing-masing boleh berpuasa dan berdoa; dan bersama semula; agar Setan tidak menggodamu untuk menurut hawa nafsumu.

26 Oleh kerana itu, aku menganggap bahawa adalah baik untuk keadaan yang sukar sekarang ini, bagi seorang lelaki untuk kekal tidak berkahwin agar dia boleh melakukan kebaikan yang besar.

29 Tetapi aku berkata kepadamu yang dipanggil pada pelayanan itu. Kerana ini aku katakan, para saudara, masa yang tinggal adalah singkat, sehingga kamu akan diutus untuk melayani. Bahkan mereka yang beristeri, akan seperti mereka yang tidak beristeri; kerana kamu telah dipanggil dan dipilih untuk melakukan pekerjaan Tuhan.

30 Dan akan terjadilah dengan mereka yang menangis, seolah-olahnya mereka tidak menangis; dan mereka yang bersukacita, seolah-olahnya mereka tidak bersukacita, dan mereka yang membeli, seolah-olahnya mereka tidak memilikinya.

31 Dan mereka yang berurusan dalam dunia ini, seperti tidak menggunakannya; kerana keadaan dunia ini sekarang akan berakhir.

32 Tetapi aku inginkan, para saudaraku, agar kamu meningkatkan panggilanmu. Aku mahu kamu jangan merisaukan apa pun. Kerana dia yang belum berkahwin, menghiraukan hal-hal milik Tuhan, bagaimana dia boleh menyenangkan Tuhan; oleh kerana itu dia berjaya.

33 Tetapi dia yang sudah berkahwin, menghiraukan hal-hal duniawi, bagaimana dia boleh menyenangkan isterinya; oleh kerana itu terdapat perbezaan, kerana dia terbatas.

38 Maka dia yang memutuskan bagi dirinya untuk berkahwin melakukannya dengan baik; tetapi dia yang memutuskan bagi dirinya untuk tidak berkahwin melakukan dengan lebih baik.