Bantuan Pengkajian
TJS, Ibrani 7


TJS, Ibrani 7:3. Bandingkan dengan Ibrani 7:3

Melkisedek merupakan seorang imam yang menurut tarekat kudus Putera Tuhan. Semua yang menerima imamat ini boleh menjadi seperti Putera Tuhan.

3 Kerana ini Melkisedek telah ditahbiskan sebagai seorang imam menurut tarekat Putera Tuhan, yang tarekat itu adalah tanpa bapa, tanpa ibu, tanpa keturunan, tidak mempunyai permulaan hari, ataupun, penghujung kehidupan. Dan semua yang ditahbiskan pada imamat ini dijadikan seperti Putera Tuhan, berterusan sebagai seorang imam.

TJS, Ibrani 7:19–21. Bandingkan dengan Ibrani 7:19–21

Hukum itu menyediakan orang-orang itu untuk Yesus, Dia yang merupakan “kepastian bagi perjanjian yang lebih baik.”

19 Kerana hukum itu dilaksanakan tanpa suatu sumpah dan tidak menjadikan apa-apa pun sempurna, tetapi hanya mendatangkan harapan yang lebih baik; yang dengannya kita mendekati Tuhan.

20 Seperti mana imam tinggi ini mempunyai sumpah, begitu jugalah Yesus menjadi suatu kepastian bagi perjanjian yang lebih baik.

21 (Kerana para imam itu dijadikan tanpa sumpah; tetapi ini adalah dengan sumpah oleh dia yang mengatakan kepadanya, Tuhan bersumpah dan tidak akan mengubah, Engkau ialah seorang imam selamanya menurut tatacara Melkisedek;)

TJS, Ibrani 7:25–26. Bandingkan dengan Ibrani 7:26–27

Yesus menawarkan diri-Nya sebagai pengorbanan yang tidak berdosa demi dosa-dosa kita.

25 Kerana imam tinggi yang sedemikian sesuai bagi kita, dia yang kudus, tidak berbahaya, tidak ternoda, terasing daripada para pendosa, dan dijadikan pemerintah ke atas syurga;

26 Dan bukannya seperti para imam tinggi yang menawarkan korban setiap hari, pertama sekali untuk dosa-dosa mereka, dan kemudian untuk dosa orang-orang itu; kerana dia tidak perlu menawarkan korban untuk dosanya sendiri; kerana dia tidak mengenali dosa; tetapi untuk dosa orang-orang itu. Dan dia melakukan ini, semasa dia mempersembahkan dirinya.