Ajaran dan Perjanjian 2021
14 Mac. Bagaimanakah Peranan Ilahi Lelaki dan Wanita Melengkapi Satu Sama Lain? Ajaran dan Perjanjian 23–26


“14 Mac. Bagaimanakah Peranan Ilahi Lelaki dan Wanita Melengkapi Satu Sama Lain? Ajaran dan Perjanjian 23–26,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“14 Mac. Bagaimanakah Peranan Ilahi Lelaki dan Wanita Melengkapi Satu Sama Lain?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
keluarga sedang mengkaji tulisan suci

14 Mac

Bagaimanakah Peranan Ilahi Lelaki dan Wanita Melengkapi Satu Sama Lain?

Ajaran dan Perjanjian 23–26

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka? Siapakah kita harus jemput ke aktiviti yang akan datang?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas yang kita telah lengkapi? Apakah tugas yang kita perlu lakukan? Apakah cara yang kita pernah gunakan untuk menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus dan bagaimanakah kita boleh menjemput orang lain sekarang?

  • Kehidupan kita. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita? Apakah yang sedang berlaku dalam kehidupan kita dan bagaimanakah kita boleh menyokong satu sama lain?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Bapa Syurgawi memberi lelaki dan wanita peranan yang sama penting untuk memenuhi rancangan-Nya. Peranan ini saling melengkapi. Untuk membantu lelaki dan wanita memenuhi peranan ini, Dia memberikan kurnia dan kebolehan yang unik kepada mereka. Ahli kuorum atau kelas mungkin telah mengkaji Ajaran dan Perjanjian 25 pada minggu ini. Dalam wahyu ini, Tuhan memberi nasihat kepada Emma Smith tentang pekerjaannya yang penting dalam Pemulihan injil dan menjelaskan bagaimana Joseph dan Emma boleh saling membantu. Apakah contoh yang anda telah saksikan lelaki dan wanita saling melengkapi untuk melakukan kerja Tuhan? Bagaimanakah anda boleh mengilhami remaja putera atau remaja puteri untuk memahami peranan ilahi mereka dan bekerjasama membina kerajaan Tuhan?

Semasa anda membuat persediaan untuk mengajar, pertimbangkan untuk kaji semula “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org) dan pesanan Presiden Linda K. Burton “Kita akan Maju Bersama-sama” (Liahona, Mei 2015, 29–32).

Imej
remaja puteri dan remaja putera sedang menghias kek

Remaja putera dan remaja puteri boleh belajar bekerjasama untuk membina kerajaan Tuhan.

Belajar Bersama

Untuk mulakan perbincangan tentang bagaimana lelaki dan perempuan bekerjasama dalam kerajaan Tuhan, pertimbangkan untuk menjemput ahli kuorum atau kelas untuk kaji semula Ajaran dan Perjanjian 25. Apakah yang Tuhan katakan tentang tanggungjawab yang Emma dan Joseph ada terhadap satu sama lain? Apakah yang kita boleh pelajari dari bahagian 25 tentang cara suami dan isteri harus bekerjasama? Anda boleh memberi mereka beberapa helai kertas untuk menulis hal yang mereka temui dan minta mereka berkongsi pendapat. Kemudian, pilih daripada aktiviti berikut untuk membantu mereka lebih memahami bagaimana Tuhan harapkan putera dan puteri-Nya untuk bekerjasama.

  • Bolehkah anda memikirkan contoh untuk membantu ahli kuorum atau kelas memahami maksud “saling melengkapi”? Sebagai contoh, mereka boleh bercakap tentang warna yang saling melengkapi atau bincangkan bagaimana suara yang berbeza dalam koir menjadikan nyanyian lebih merdu. Bagaimanakah peranan ilahi lelaki dan wanita melengkapi satu sama lain? Sebagai satu kuorum atau kelas, baca bersama-sama dua perenggan yang pertama dalam bahagian yang bertajuk “Menyokong dan Membantu dalam Peranan Pelengkap Kita” dari pesanan Presiden Linda K. Burton “Kita akan Maju Bersama-sama” (Liahona, Mei 2015, 30). Atau anda boleh menjemput pasangan suami isteri untuk melawat kuorum atau kelas anda dan berucap bagaimana mereka telah membantu satu sama lain untuk memenuhi peranan mereka dan bagaimana Tuhan telah membantu mereka. Apakah yang kita pelajari, dari pesanan Presiden Burton atau pasangan suami isteri itu, tentang bagaimana lelaki dan wanita menyokong satu sama lain dalam keluarga?

  • Tulisan suci yang tersenarai dalam “Sumber-sumber Sokongan” boleh membantu ahli kuorum atau kelas mempelajari lebih lanjut tentang tanggungjawab lelaki dan perempuan dalam keluarga. Anda boleh menugaskan setiap ahli kuorum atau kelas untuk membaca salah satu daripada petikan tulisan suci ini. Jemput mereka untuk berkongsi ayat-ayat mereka dan bincangkan tentang tanggungjawab yang diterangkan. Apakah yang tulisan suci ini ajarkan tentang tanggungjawab ibu bapa? Bagaimanakah suami dan isteri boleh membantu satu sama lain dalam memenuhi tanggungjawab ilahi ini? Bagaimanakah Juruselamat boleh membantu mereka untuk berjaya? Bagaimanakah anak-anak boleh membantu mereka?

  • Untuk membantu kuorum atau kelas anda memahami bagaimana lelaki dan perempuan boleh saling melengkapi sebagai pasangan yang setaraf, tulis tajuk berikut di papan tulis: Tanggungjawab Bapa dan Tanggungjawab Ibu. Minta ahli kuorum atau kelas selidiki perenggan ketujuh “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” dan tulis hal yang mereka temui di bawah tajuk yang bersesuaian. Apakah yang kita pelajari tentang peranan ilahi bapa dan ibu? Apakah maksud bapa dan ibu saling membantu “sebagai pasangan yang setaraf” dalam memenuhi tanggungjawab ini? Apakah contoh yang boleh kita kongsi dari kehidupan kita yang menunjukkan bapa dan ibu memenuhi peranan mereka dan saling membantu sebagai pasangan yang setaraf? Anda juga boleh bincangkan bagaimana golongan remaja boleh mempersiapkan diri sekarang untuk peranan ini di masa depan.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat mempersiapkan orang yang Dia ajar dan memberi mereka tanggungjawab yang penting. Bagaimanakah anda boleh mempersiapkan orang yang anda ajar untuk bekerjasama sebagai putera dan puteri Tuhan?

Cetak