Ajaran dan Perjanjian 2021
25 April. Bagaimanakah Saya Boleh Menjadi Lebih Seperti Kristus dalam Pelayanan Saya kepada Orang Lain? Ajaran dan Perjanjian 41–44


“25 April. Bagaimanakah Saya Boleh Menjadi Lebih Seperti Kristus dalam Pelayanan Saya kepada Orang Lain? Ajaran dan Perjanjian 41–44,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“25 April. Bagaimanakah Saya Boleh Menjadi Lebih Seperti Kristus dalam Pelayanan Saya kepada Orang Lain?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
Yesus Kristus sedang mencuci kaki para Rasul

Jesus Washing the Apostles’ Feet (Yesus Mencuci Kaki para Rasul), oleh Del Parson

25 April

Bagaimanakah Saya Boleh Menjadi Lebih Seperti Kristus dalam Pelayanan Saya kepada Orang Lain?

Ajaran dan Perjanjian 41–44

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang baharu dalam bahagian kita dan bagaimanakah kita boleh membantu mereka merasa dialu-alukan? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membuat masa dalam pertemuan kuorum atau kelas kita penuh bermakna?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas dan tanggungjawab kita sebagai remaja putera atau remaja puteri? Bagaimanakah kita boleh memenuhinya dengan lebih baik?

  • Kehidupan kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus dan menerima kuasa-Nya dalam kehidupan kita? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membantu keluarga kita datang kepada-Nya?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Apabila Tuhan memerintahkan para Orang Suci untuk berkumpul di Kirtland, Ohio, ramai orang meninggalkan rumah mereka dan mengembara ke sana dengan beriman. Namun, perpindahan ini bukan setakat untuk hidup di tempat baharu—malah untuk hidup dengan cara baharu. Ahli kuorum atau kelas mungkin telah mengkaji Ajaran dan Perjanjian 41–44 minggu ini dan belajar tentang perpindahan para Orang Suci ke Kirtland dan hukum-hukum yang Tuhan telah mengungkapkan kepada mereka di sana. Antara hal lain, Tuhan mengharapkan para Orang Suci menjadi bersatu semasa mereka mengasihi dan melayani satu sama lain (lihat Ajaran dan Perjanjian 42:30–31, 38–39, 45; 44:6). Apakah pengalaman yang anda boleh kongsi, yang boleh membantu kuorum atau kelas anda merasakan kepentingan pelayanan seperti Kristus?

Bagi membantu anda membuat persediaan untuk mengajar tentang pelayanan seperti Kristus, anda boleh kaji semula “Pelayanan” dalam Untuk Kekuatan Remaja ([2011], 32–33) dan pesanan Presiden Russell M. Nelson “Perintah Utama Kedua” (Liahona, Nov 2019, 96–100).

Imej
remaja putera dan wanita sedang berketawa bersama

Kita boleh melayani orang lain seperti yang Juruselamat telah dilakukan.

Belajar Bersama

Untuk memulakan perbincangan tentang pelayanan seperti Kristus, anda boleh menulis di papan tulis “Hidup bersama dalam kasih” (Ajaran dan Perjanjian 42:45). Jemput kuorum atau kelas anda untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 42:30–31, 38–39, 45; 44:6 dan senaraikan cara Tuhan menginginkan para Orang Suci melayani satu sama lain. Apakah peluang yang kita ada, sama ada di rumah atau di luar rumah, untuk melayani mereka yang memerlukan bantuan secara jasmani, emosi atau rohani? Pilih daripada idea-idea berikut untuk mengilhami kuorum atau kelas anda untuk melayani orang lain seperti Kristus.

  • Untuk membantu ahli kuorum atau kelas belajar daripada contoh pelayanan Juruselamat, anda boleh menugaskan setiap ahli untuk membaca petikan tulisan suci tentang Juruselamat melayani seseorang (lihat “Sumber-sumber Sokongan”). Setiap ahli boleh meringkaskan petikan tulisan suci dan menerangkan perkara yang Juruselamat telah lakukan untuk melayani orang lain. Apakah yang diajar dalam contoh-contoh ini tentang maksud melayani seperti yang Juruselamat telah lakukan? Apakah perbezaan antara pelayanan mengikut cara Juruselamat dan cara pelayanan yang lain? Ahli-ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi pengalaman ketika mereka cuba melayani seperti yang Juruselamat telah lakukan atau apabila orang lain telah melayani mereka dengan cara ini.

  • Ia mungkin boleh membantu bagi kuorum atau kelas anda untuk mengkaji perkara yang Juruselamat dan para nabi-nya telah ajarkan tentang pelayanan. Berikut ialah beberapa petikan tulisan suci yang mereka boleh baca bersama-sama: Matius 25:31–46; Lukas 10:25–37; Yohanes 13:34–35; Yakobus 1:27; Mosia 2:17; 18:8–10. Galakkan mereka untuk menulis perkara yang telah pelajari tentang melayani orang lain dan berkongsi pendapat serta pengalaman yang berkaitan dengan hal itu. Kemudian mereka boleh merancang cara untuk memberi pelayanan seperti Kristus.

  • Untuk membantu ahli kuorum atau kelas dalam usaha mereka untuk melayani orang lain, pertimbangkan untuk kaji semula pesanan Presiden Bonnie H. Cordon “Menjadi Seorang Gembala” (Liahona, Nov. 2018, 74–76). Anda boleh mulakan dengan menunjukkan beberapa gambar pelayanan Juruselamat (Presiden Cordon menunjukkan beberapa gambar sepanjang pesanannya). Apakah yang diajar dalam gambar-gambar ini tentang cara kita boleh melayani mengikut cara seperti Kristus? Kemudian, pertimbangkan untuk menjemput ahli kuorum atau kelas membaca secara berpasangan sebahagian dari pesanan tersebut dan berkongsi hal yang mereka telah pelajari tentang cara melayani seperti Juruselamat. Mereka juga boleh berkongsi perkara yang mereka telah pelajari tentang pelayanan seperti Kristus sambil mereka melayani orang lain.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Semasa pelayananNya di bumi, Yesus Kristus menghabiskan masa-Nya melayani dan membantu mereka di sekeliling-Nya. Pengikut-pengikut sejati Kristus turut berbuat demikian (lihat Yohanes 13:35). Cari peluang untuk menjemput ahli-ahli kuorum atau kelas berkongsi cara mereka telah melayani orang lain dan hal yang mengilhami mereka untuk memberi pelayanan.

Cetak