Ajaran dan Perjanjian 2021
11 April. Bagaimanakah Saya Boleh Menjemput Semua Orang untuk Datang kepada Kristus? Ajaran dan Perjanjian 30–36


“11 April. Bagaimanakah Saya Boleh Menjemput Semua Orang untuk Datang kepada Kristus? Ajaran dan Perjanjian 30–36,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“11 April. Bagaimanakah Saya Boleh Menjemput Semua Orang untuk Datang kepada Kristus?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja putera sedang melihat telefon

11 April

Bagaimanakah Saya Boleh Menjemput Semua Orang untuk Datang kepada Kristus?

Ajaran dan Perjanjian 30–36

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian, sebagai tambahan kepada perbincangan tentang urusan kuorum atau kelas tertentu, anda boleh bincangkan tanggapan dan tema dari persidangan umum. Soalan-soalan berikut boleh membantu.

  • Apakah tema atau pesanan yang menonjolkan?

  • Apakah yang kita terilham untuk lakukan kerana hal yang kita telah pelajari atau rasai?

  • Apakah yang kita perlu lakukan sebagai kuorum atau kelas untuk bertindak atas nasihat yang kita dengar dalam persidangan umum?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Dalam beberapa bulan selepas Gereja yang dipulihkan ditubuhkan pada 6 April 1830, di Fayette, New York, Tuhan mula memanggil penginjil untuk mengumpulkan “pilihan dari keempat-empat penjuru bumi” (Ajaran dan Perjanjian 33:6). Usaha yang dimulakan oleh sebilangan kecil penganut baru di kawasan geografi yang terhad telah berkembang kepada seangkatan penginjil yang mengisytiharkan injil di seluruh dunia. Namun, kerja penginjil tidak terhad kepada mereka yang melayani misi sepenuh masa. Tuhan menginginkan setiap kita untuk menjemput orang-orang di sekeliling kita untuk datang kepada-Nya.

Apakah pengalaman anda dalam menjemput orang lain untuk belajar tentang injil Juruselamat? Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengilhami ahli kuorum atau kelas untuk memenuhi kewajipan mereka dalam membawa jiwa kepada Yesus Kristus? Semasa anda bersedia untuk mengajar, pertimbangkan untuk kaji semula pesanan Elder Dieter F. Uchtdorf “Kerja Penginjil: Kongsilah Apa Dalam Hati Anda”, Liahona, Mei 2019, 15–18).

Imej
remaja puteri sedang ketawa

Dengan menjemput rakan-rakan kita untuk menghadiri pertemuan atau aktiviti Gereja, kita membantu mereka belajar tentang Kristus.

Belajar Bersama

Ajaran dan Perjanjian 30–36 menyebut beberapa nama yang telah dipanggil untuk melayani misi semasa zaman awal Gereja. Beberapa hari sebelum pertemuan, anda boleh memberi setiap ahli kuorum atau kelas salah satu daripada nama-nama ini (lihat tajuk bagi bahagian 30–36) dan jemput mereka untuk mengkaji nasihat yang Tuhan telah berikan untuk membantu orang itu berkongsi injil. Bagaimanakah kita boleh menerapkan nasihat ini dalam diri kita sendiri? Idea-idea berikut boleh lebih mengilhami orang yang anda ajar untuk menjemput orang-orang di sekeliling mereka untuk datang kepada Kristus.

  • Adakah orang yang anda ajar memahami maksud untuk datang kepada Kristus? Anda boleh meminta mereka untuk berkongsi pendapat. Jika berguna, anda boleh berkongsi penjelasan ini: “Untuk datang kepada Juruselamat, orang ramai mesti mempunyai iman kepada-Nya untuk bertaubat—membuat perubahan-perubahan yang diperlukan dalam kehidupan mereka untuk memenuhi syarat sebagaimana diperintahkan dalam Ajaran-Nya” (Preach My Gospel, 2). Ahli kuorum atau kelas juga boleh membaca tulisan suci yang mengandungi ungkapan seperti “marilah kepada-ku” atau “datang kepada Kristus” untuk membantu menjawab soalan ini—misalnya, Matius 11:28–30; Omni 1:26; Moroni 10:32; Ajaran dan Perjanjian 20:59. Mengapakah kita mahu orang ramai datang kepada Kristus? Apakah beberapa hal mudah yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka? Ahli kuorum atau kelas boleh membuat rancangan untuk menjemput seseorang yang mereka kenal untuk datang lebih dekat kepada Kristus.

  • Belajar tentang cara orang lain telah berkongsi injil merupakan cara yang hebat untuk mengilhami mereka yang anda ajar. Anda boleh menjemput ahli kuorum atau kelas untuk membaca nasihat dan contoh yang terdapat dalam pesanan Sister Cristina B. Franco “Mencari Kebahagiaan dalam Perkongsian Injil” (Liahona, Nov. 2019, 83–86). Apakah yang kita pelajari daripada contoh-contoh ini? Bincang bersama hal yang kuorum atau kelas anda boleh lakukan untuk menjemput orang ramai untuk datang kepada Kristus.

  • Apabila melibatkan usaha untuk berkongsi injil, Elder Dieter F. Uchtdorf telah mengatakan bahawa sesetengah daripada kita “mungkin kita tidak pasti bagaimana untuk melakukannya. Atau kita mungkin berasa segan untuk melakukan sesuatu yang tidak selesa bagi kita” (“Kerja Penginjil: Kongsilah Apa Dalam Hati Anda”, Liahona, Mei 2019, 16). Jika ahli kuorum atau kelas mempunyai perasaan sebegini, lima cadangan mudah yang Elder Uchtdorf berikan dalam pesanannya boleh membantu mereka. Anda boleh menjemput setiap ahli kelas untuk membaca salah satu daripada cadangannya dan berkongsi apa yang mereka telah pelajari.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

  • 1 Timotius 4:12 (Jadilah contoh orang yang percaya)

  • Alma 17:2–4 (Putera Mosia mempersiapkan diri mereka untuk berkongsi injil)

  • Ajaran dan Perjanjian 42:6–7 (Mengkhutbahkan injil melalui kuasa Roh)

  • Russell M. Nelson dan Wendy Nelson, “Harapan Israel” (pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018), tambahan kepada New Era dan Ensign, HopeofIsrael.ChurchofJesusChrist.org

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat menjemput orang lain untuk bersaksi tentang kebenaran agar Roh boleh menyentuh hati mereka. “Tetapi menurut kamu, Siapakah aku ini?” Dia tanya. Semasa Petrus menjawab, kesaksiannya telah diperkuatkan: “Guru ialah Penyelamat yang diutus oleh Tuhan, Anak Tuhan Yang Hidup” (Matius 16:15–16). Bagaimanakah berkongsi injil boleh memperkuatkan kesaksian ahli kuorum atau kelas?

Cetak