Ajaran dan Perjanjian 2021
9 Mei. Bagaimanakah Roh Kudus Boleh Memberkati Saya Setiap Hari? Ajaran dan Perjanjian 46–48


“9 Mei. Bagaimanakah Roh Kudus Boleh Memberkati Saya Setiap Hari? Ajaran dan Perjanjian 46–48,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“9 Mei. Bagaimanakah Roh Kudus Boleh Memberkati Saya Setiap Hari?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja puteri sedang berdoa

9 Mei

Bagaimanakah Roh Kudus Boleh Memberkati Saya Setiap Hari?

Ajaran dan Perjanjian 46–48

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka? Siapakah kita harus jemput ke aktiviti yang akan datang?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas yang kita telah lengkapi? Apakah tugas yang kita perlu lakukan? Apakah cara yang kita pernah gunakan untuk menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus dan bagaimanakah kita boleh menjemput orang lain sekarang?

  • Kehidupan kita. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita? Apakah yang sedang berlaku dalam kehidupan kita dan bagaimanakah kita boleh menyokong satu sama lain?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Ramai ahli awal Gereja yang dipulihkan telah membaca tentang pernyataan rohani Roh Kudus dalam kitab suci (lihat Kisah Rasul-Rasul 2:1–4; 13:52; 1 Korintus 12:4–11; 3 Nefi 19). Semasa ahli kuorum atau kelas mengkaji Ajaran dan Perjanjian 46–48 minggu ini, mereka mungkin telah pelajari bahawa Tuhan ingin sekali untuk mengajar para Orang Suci ini tentang berkat yang Roh Kudus boleh bawa ke dalam kehidupan mereka. Apakah pengalaman yang telah mengajar anda tentang cara Roh Kudus memberkati anda? Bagaimanakah Roh Kudus boleh membantu orang yang anda ajar dalam semua aspek kehidupan mereka?

Bagi membantu anda bersedia untuk mengilhami kuorum atau kelas anda agar mencari pengaruh Roh Kudus, anda boleh kaji semula pesanan Elder Gary E. Stevenson “Bagaimana Roh Kudus Membantu Kamu?” (Liahona, Mei 2017, 117–20).

Imej
remaja puteri sedang membaca kitab suci di kelas

Roh Kudus boleh membantu kita memahami dan mengajar kebenaran injil.

Belajar Bersama

Tulisan suci memberi banyak contoh kurnia rohani. Bagaimanakah anda boleh membantu memupuk iman ahli kuorum atau kelas supaya kurnia ini boleh dinyatakan dalam kehidupan kita hari ini? Anda boleh mulakan dengan menjemput mereka untuk menulis di papan tulis kurnia rohani yang digambarkan dalam Ajaran dan Perjanjian 46:7–33 dan membincangkan bagaimana mereka telah melihat ia telah dinyatakan dalam kehidupan mereka atau kehidupan seseorang yang mereka kenali.

Sebagai tambahan kepada kurnia Roh, Roh Kudus memberkati kita dalam banyak cara lain. Anda boleh menggunakan satu atau beberapa aktiviti di bawah untuk membantu ahli kuorum atau kelas lebih memahami perkara ini.

  • Kadangkala kita fikir kita hanya perlukan Roh Kudus untuk keputusan atau peristiwa yang penting dalam kehidupan kita sahaja. Bagaimanakah anda boleh membantu kelas mengenal pasti apa lagi yang Roh Kudus boleh lakukan untuk mereka? Anda boleh bahagikan kuorum atau kelas kepada kumpulan kecil dan minta setiap kumpulan membaca satu atau beberapa tulisan suci daripada “Sumber-sumber Sokongan”. Seorang daripada setiap kumpulan boleh berkongsi hal yang mereka telah pelajari. Kemudian, jemput setiap ahli kuorum atau kelas untuk membuat senarai bagaimana Roh Kudus boleh memberkati kehidupan seharian mereka. Semasa mereka berkongsi senarai, mereka boleh bincangkan hal yang mereka boleh lakukan agar Roh Kudus bersama mereka sepanjang hari.

  • Satu lagi cara untuk membantu mereka memahami cara Roh Kudus boleh membantu mereka adalah dengan menulis soalan yang berikut di papan tulis: Apakah yang kita tahu tentang Roh Kudus? Bagaimanakah Roh Kudus boleh membantu kita? Kemudian, ahli kuorum dan kelas boleh mencari jawapan dalam pesanan Elder Gary E. Stevenson “Bagaimana Roh Kudus Membantu Kamu?” (Liahona, Nov. 2017, 117–20). Jika sesuai, kongsi pengalaman yang anda pernah alami tentang Roh Kudus, kemudian jemput para remaja untuk berkongsi pengalaman yang mereka pernah alami.

  • Ahli kuorum atau kelas boleh berlakon sebagai penginjil untuk mengajar seseorang yang tidak pernah mendengar tentang cara Roh Kudus boleh memberkati kehidupan kita. Apakah yang mereka akan katakan

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat berkongsi kisah, perumpamaan dan contoh hidup nyata yang mudah untuk mengajar dalam cara yang masuk akal bagi para pengikut-Nya. Apakah pengalaman peribadi yang anda boleh kongsi dengan para remaja untuk membantu mereka memahami peranan Roh Kudus dan mempunyai keinginan untuk mencari pengalaman tersebut?

Cetak