Ajaran dan Perjanjian 2021
23 Mei. Bagaimanakah Saya Menerima Kurnia Roh Kudus? Ajaran dan Perjanjian 51–57


“23 Mei. Bagaimanakah Saya Menerima Kurnia Roh Kudus? Ajaran dan Perjanjian 51–57,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“23 Mei. Bagaimanakah Saya Menerima Kurnia Roh Kudus?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja puteri sedang ditetapkan

23 Mei

Bagaimanakah Saya Menerima Kurnia Roh Kudus?

Ajaran dan Perjanjian 51–57

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Apakah yang kita boleh lakukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan ahli kuorum atau kelas? Apakah matlamat yang kita ingin usahakan bersama?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk berkongsi injil? Apakah pengalaman yang kita telah peroleh dalam melakukan pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga?

  • Kehidupan kita. Bagaimanakah kita telah melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kita? Apakah yang telah mengilhami kita dalam kajian tulisan suci kita minggu ini?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Setelah kita dibaptiskan, pemegang imamat meletakkan tangan mereka di atas kepala kita untuk menganugerahkan kurnia Roh Kudus. Ahli kuorum atau kelas boleh diingatkan tentang hal ini apabila mereka mengkaji Ajaran dan Perjanjian 51–57 minggu ini. Walau bagaimanapun, penerimaan Roh Kudus memerlukan lebih daripada itu. Untuk menerima Roh Kudus sebagai rakan tetap, kita harus menginginkan kehadiran-Nya, menjemput-Nya ke dalam kehidupan kita dan mematuhi perintah-perintah dengan penuh iman. Apakah berkat yang akan datang ke hidup mereka yang anda ajar semasa mereka mencari pengaruh-Nya?

Bagi membantu anda membuat persediaan untuk mengajar, anda boleh kaji semula pesanan Presiden Henry B. Eyring “Roh-Nya Bersama Mu” (Liahona, Mei 2018, 86–89).

Imej
remaja puteri dan remaja putera di kelas

Untuk menerima bimbingan Roh Kudus, kita harus mencari pengaruh-Nya setiap hari.

Belajar Bersama

Untuk membantu ahli kuorum atau kelas lebih memahami kurnia Roh Kudus, anda boleh mulakan dengan perbincangan tentang cara kurnia Roh Kudus dianugerahkan. Mereka boleh baca Ajaran dan Perjanjian 52:10; 53:3; 55:1–3 dan bincangkan hal yang mereka telah pelajari. Tekankan bahawa pemegang imamat tidak memberi Roh Kudus tetapi menjemput ahli untuk menerima Roh Kudus. Apakah perbezaannya? Aktiviti-aktiviti berikut boleh membantu orang yang anda ajar untuk lebih memahami cara menerima kurnia yang luar biasa ini.

  • Apa yang Lehi dan keluarganya telah lakukan untuk dibimbing oleh Liahona adalah sama dengan apa yang kita harus lakukan untuk menerima pengaruh bimbingan Roh Kudus. Anda boleh menunjukkan gambar Lehi dan Liahona (lihat Buku Seni Injil [2009], no. 68) dan meminta ahli kuorum atau kelas berkongsi apa yang mereka tahu tentang Liahona. Kemudian, anda boleh jemput separuh daripada mereka untuk baca 1 Nefi 16:14–29 dan separuh lagi baca 1 Nefi 18:8–22, untuk bandingkan bagaimana Liahona seumpama Roh Kudus. Apakah yang kita pelajari daripada contoh keluarga Lehi yang boleh membantu kita lebih menerima sepenuhnya Roh Kudus?

  • Setiap bahagian dalam Untuk Kekuatan Remaja mengandungi nasihat tentang mentaati standard dan perintah Tuhan. Mentaati perintah ini menjemput kuasa Roh Kudus ke dalam kehidupan kita. Pertimbangkan untuk menjemput ahli kuorum atau kelas masing-masing memilih satu bahagian dalam Untuk Kekuatan Remaja, membacanya dan menandakan apa yang harus atau tidak harus mereka lakukan untuk menerima Roh Kudus. Mereka kemudiannya boleh berkongsi hal yang mereka telah pelajari dengan ahli kuorum atau kelas yang lain. Jemput mereka untuk menetapkan matlamat yang akan membantu mereka lebih menerima sepenuhnya Roh Kudus. Mengapakah kita mahu Roh Kudus bersama kita? (lihat Yohanes 14:26–27; 15:26; 16:13; 2 Nefi 32:3).

  • Dalam pesanannya “Roh-Nya Bersama Mu” (Liahona, Mei 2018, 86–89), Presiden Henry B. Eyring berkata, “Matlamat saya hari ini adalah untuk meningkatkan keinginan dan keupayaan anda untuk menerima Roh Kudus” (halaman 86). Minta ahli kuorum atau kelas membaca sembilan perenggan dalam pesanannya bermula dengan “Pengalaman Nabi Joseph Smith” (halaman 88). Jemput mereka untuk mencari apa yang Joseph Smith telah lakukan untuk menerima pengaruh Roh Kudus. Mereka boleh senaraikan di papan tulis apa yang mereka temui. Jika sesuai, anda boleh jemput mereka untuk berkongsi pengalaman mereka tentang menerima bimbingan daripada Roh Kudus. Apakah yang mereka sedang lakukan ketika melalui pengalaman ini yang membawa kepada penerimaan bimbingan daripada Roh Kudus? Anda juga boleh berkongsi pengalaman.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Sepanjang persediaan untuk pelayanan-Nya di bumi, Juruselamat telah “dibawa oleh Roh Kudus, ke padang belantara” untuk berpuasa, berdoa dan “untuk bersama dengan Tuhan” (Terjemahan Joseph Smith, Matius 4:1 [dalam Matius 4:1, nota kaki b]).

Cetak