Ajaran dan Perjanjian 2021
27 Jun. Bagaimanakah Saya Boleh Bersedia Sekarang untuk Membangunkan Rumah yang Berpusat kepada Kristus? Ajaran dan Perjanjian 67–70


“27 Jun. Bagaimanakah Saya Boleh Bersedia Sekarang untuk Membangunkan Rumah yang Berpusat kepada Kristus? Ajaran dan Perjanjian 67–70,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“27 Jun. Bagaimanakah Saya Boleh Bersedia Sekarang untuk Membangunkan Rumah yang Berpusat kepada Kristus?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
Yesus Kristus

The Lord Jesus Christ (Tuhan Yesus Kristus), oleh Del Parson

27 Jun

Bagaimanakah Saya Boleh Bersedia Sekarang untuk Membangunkan Rumah yang Berpusat kepada Kristus?

Ajaran dan Perjanjian 67–70

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang baharu dalam bahagian kita dan bagaimanakah kita boleh membantu mereka merasa dialu-alukan? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membuat masa dalam pertemuan kuorum atau kelas kita penuh bermakna?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas dan tanggungjawab kita sebagai remaja putera atau remaja puteri? Bagaimanakah kita boleh memenuhinya dengan lebih baik?

  • Kehidupan kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus dan menerima kuasa-Nya dalam kehidupan kita? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membantu keluarga kita datang kepada-Nya?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Ajaran dan Perjanjian 68 merangkumi nasihat kepada ibu bapa yang mungkin kelihatan tidak berkaitan kepada ahli kuorum atau kelas (lihat ayat 25–28). Walau bagaimanapun, remaja mempunyai pengaruh yang kuat terhadap keluarga mereka yang sekarang dan di masa depan, nasihat ini boleh membantu mereka sekarang. Cara yang terbaik untuk mereka bersedia mewujudkan rumah yang berpusat kepada Kristus di masa depan adalah untuk “berjalan dengan lurus di hadapan Tuhan” pada hari ini (ayat 28).

Apakah berkat yang datang kepada keluarga anda kerana anda mengikuti ajaran-ajaran Juruselamat? Bagaimanakah ahli kuorum atau kelas membantu keluarga mereka membangunkan rumah yang berpusat kepada Kristus? Sebagai persediaan untuk mengajar, anda boleh kaji semula pesanan Presiden Henry B. Eyring “Sebuah Rumah Di Mana Roh Tuhan Berdiam” (Liahona, Mei 2019, 22–25) dan “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org).

Imej
remaja puteri sedang bermain piano

Kita boleh merasa kasih yang lebih besar dalam keluarga kita apabila kita menjadikan rumah kita berpusat pada Kristus.

Belajar Bersama

Untuk membantu ahli kuorum atau kelas melihat bagaimana Ajaran dan Perjanjian 68:25–28 berkaitan dengan mereka, anda boleh minta mereka menulis gambaran ringkas tentang kehidupan keluarga masa depan yang mereka inginkan. Anda boleh meminta mereka berkongsi tulisan mereka jika mereka mahu. Kemudian, mereka boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 68:25–28 dan mencari ajaran-ajaran serta asas-asas injil yang boleh membantu mereka membina keluarga yang soleh sekarang dan pada masa depan. Aktiviti-aktiviti berikut boleh membantu mereka memahami cara menjadikan keluarga mereka berpusat pada Kristus.

  • Perenggan ketujuh “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” mengandungi kebenaran yang boleh membantu ahli kuorum atau kelas agar pusatkan Juruselamat dalam rumah mereka. Jemput mereka untuk membaca perenggan ini dan kenal pasti ajaran-ajaran serta asas-asas yang akan membantu keluarga menjadi bahagia. Anda boleh tuliskan di papan tulis dan minta mereka untuk membincangkan mengapa ia boleh membantu keluarga menjadi bahagia. Ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi bagaimana mereka telah melihat ajaran dan asas-asas ini digunakan dalam keluarga mereka sendiri atau orang lain. Galakkan mereka untuk merenung cara mereka boleh gunakan sekurang-kurangnya satu daripada asas-asas ini dalam kehidupan mereka sekarang. Yakinkan mereka bahawa mereka boleh jadikan Yesus Kristus pusat kehidupan mereka, tidak mengira keadaan keluarga mereka.

  • Ahli kuorum atau kelas boleh membincang hal yang mengekalkan Juruselamat sebagai pusat dalam rumah kita dan hal yang menghalang-Nya daripada menjadi pusat kepada rumah kita. Anda boleh meminta individu atau kumpulan kecil untuk kaji semula salah satu bahagian daripada pesanan Presiden Henry B. Eyring “Sebuah Rumah Di Mana Roh Tuhan Berdiam” (Liahona, Mei 2019, 22–25) untuk mencari asas-asas yang boleh membantu rumah kita lebih berpusat pada Kristus. Jemput ahli kuorum atau kelas untuk berkongsi hal yang mereka telah pelajari dan pilih satu hal yang mereka akan lakukan pada minggu akan datang untuk menjadikan rumah mereka lebih berpusat kepada Yesus Kristus dan ajaran-Nya.

  • Anda boleh minta salah seorang atau beberapa orang ahli kuorum atau kelas untuk menyanyikan atau membaca lagu tentang rumah dan keluarga, seperti “Rumah Menjadi Syurga” (Nyanyian Rohani, no. 137) atau “Kasih Yang Diucapkan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 102). Ahli lain boleh mendengar pesanan yang disampaikan dalam lagu ini tentang menjadikan rumah tempat yang bahagia. Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman yang menggembirakan kerana mereka telah dicurahkan perasaan kasih atau ketika mereka membantu meningkat kasih di rumah mereka.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat telah menunjukkan kasih-Nya kepada orang lain melalui pelayanan. Individu telah bertukar hati dan kehidupan telah diubah melalui pekerjaan baik-Nya. Bagaimanakah anda boleh mengikut kualiti ini sebagai seorang pemimpin? Bagaimanakah anda boleh membantu remaja berhasrat untuk mengikut contoh pelayanan Juruselamat dalam keluarga mereka sendiri?

Cetak