Perjanjian Lama 2022
27 Februari. Mengapakah Perkahwinan Abadi Penting? Kejadian 24–27


“27 Februari. Mengapakah Perkahwinan Abadi Penting? Kejadian 24–27,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)

“27 Februari. Mengapakah Perkahwinan Abadi Penting?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022

Imej
pasangan muda sedang melihat bait suci

27 Februari

Mengapakah Perkahwinan Abadi Penting?

Kejadian 24–27

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Menjalankan injil. Apakah topik yang lembaga uskup bincangkan dalam pertemuan majlis remaja bahagian kita? Apakah yang kita boleh lakukan sebagai kelas atau kuorum berdasarkan perbincangan tersebut?

  • Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Bagaimanakah kita boleh menjangkau orang ramai seperti Kristus apabila kita melihat keperluan untuk berbuat demikian dan tidak tahu apa yang harus dikatakan?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Apakah yang kita temui dalam injil Yesus Kristus yang memberi kita kebahagiaan? Bagaimanakah kita boleh berkongsi kebahagiaan itu kepada orang lain?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah yang kita lakukan untuk mencari nama nenek moyang kita yang memerlukan tatacara bait suci? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu orang lain mencari nama nenek moyang mereka?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Apabila tiba masanya untuk Ishak berkahwin, Abraham telah meminta orang suruhannya mencari isteri untuk Ishak. Abraham ingin carikan Ishak seorang isteri yang boleh membuat dan mentaati perjanjian dengan Tuhan serta mengajar ajaran tersebut kepada anak-anaknya. Ribka merupakan seorang wanita yang beriman dan telah berkahwin dengan Ishak. Walaupun kitab suci menerangkan dengan jelas bahawa perkahwinan adalah sangat penting bagi Tuhan, tetapi ajaran Tuhan tentang perkahwinan telah dicabar pada zaman kita. Namun, nabi-Nya telah menyatakan bahawa perkahwinan “ditahbis oleh Tuhan” (“Keluarga: Pengisytiharan kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org). Adalah penting untuk ahli kelas fahami kebenaran abadi tentang perkahwinan. Dengan berbuat demikian, mereka boleh bersedia dan bersaksi tentang bahagian penting dalam rancangan Bapa Syurgawi kita ini.

Bagaimanakah perasaan para remaja tentang perkahwinan abadi? Bagaimanakah anda boleh membantu mereka fahami sebab-sebab perkahwinan abadi merupakan pusat rancangan Bapa Syurgawi? Apabila anda bersedia untuk mengajar, anda boleh menyemak pesanan Elder D. Todd Christofferson “Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga” (Liahona, Mei 2015, 50–53). Anda juga boleh menyemak “Keluarga: Pengisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org).

Imej
sebuah keluarga sedang berjalan di hutan

Perkahwinan dan keluarga abadi merupakan pusat rancangan Bapa Syurgawi.

Belajar Bersama

Para remaja mungkin telah merenungkan tentang kepentingan perkahwinan semasa mereka membaca Kejadian 24–27 pada minggu ini. Jemput mereka untuk menyemak Kejadian 24. Minta mereka berkongsi ayat-ayat yang menunjukkan perkahwinan itu penting bagi kita, seperti yang dijelaskan dalam bab ini. Jemput mereka untuk fahami sebab-sebab perkahwinan abadi merupakan pusat rancangan Tuhan. Aktiviti di bawah boleh membantu mereka lebih fahami tentang kepentingan perkahwinan.

  • Ahli kelas atau kuorum anda mungkin berpeluang untuk menjelaskan sebab perkahwinan adalah penting bagi mereka. Jemput mereka untuk membayangkan seorang kawan mereka yang percaya bahawa perkahwinan itu lapuk dan tidak perlu. Mereka boleh menulis nota kepada kawan ini untuk menjelaskan kepentingan perkahwinan dalam rancangan Bapa Syurgawi. Galakkan mereka untuk memasukkan kebenaran yang terdapat dalam “Keluarga: Pengisytiharan kepada Dunia”. Mereka juga boleh menggunakan tulisan suci yang terdapat dalam “Sumber-sumber Berkaitan” atau “Berkahwin, Perkahwinan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Jemput mereka untuk berkongsi nota mereka.

  • Untuk memulakan perbincangan tentang kepentingan perkahwinan, tulis di papan Mengapakah perkahwinan abadi penting? Berikan masa beberapa minit untuk para remaja menulis jawapan mereka. Kemudian, jemput mereka berkongsi jawapan mereka. Mereka boleh mencari jawapan tambahan dalam pesanan Elder D. Todd Christofferson “Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga” (Liahona, Mei 2015, 50–53). Jemput mereka berkongsi kesaksian tentang sebab perkahwinan adalah penting.

  • Semasa kita menerima ajaran Tuhan tentang perkahwinan dan berusaha untuk mematuhinya, kita menerima banyak berkat. Tetapi sesetengah orang—termasuk mereka yang cuba sedaya upaya untuk mematuhi injil—menghadapi cabaran untuk mewujudkan perkahwinan yang bahagia dan abadi. Anda boleh meminta para remaja untuk membincangkan beberapa cabaran tersebut. Apakah yang kita boleh lakukan sekarang untuk bersedia menghadapi cabaran tersebut? Anda juga boleh menjemput mereka untuk membaca dua bahagian terakhir dalam pesanan Elder Neil L. Andersen “Mata Iman” (Liahona, Mei 2019, 34–38). Ahli kelas atau kuorum boleh membincangkan contoh dalam kehidupan mereka atau sejarah keluarga mereka tentang seseorang yang menangani cabaran dengan iman seperti yang disebut oleh Elder Andersen. Bagaimanakah Juruselamat boleh membantu mereka yang menghadapi cabaran semasa mereka mencari berkat perkahwinan abadi?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way

Juruselamat telah menjemput pengikut-Nya untuk bertindak dengan iman dan mematuhi kebenaran-Nya. Bagaimanakah anda boleh menjemput ahli kelas mematuhi kebenaran yang dipelajari?

Cetak