Perjanjian Lama 2022
13 Mac. Bagaimanakah Saya Boleh Menyahut Kesukaran dengan Iman? Kejadian 37–41


“13 Mac. Bagaimanakah Saya Boleh Menyahut Kesukaran dengan Iman? Kejadian 37–41,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)

“13 Mac. Bagaimanakah Saya Boleh Menyahut Kesukaran dengan Iman?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022

remaja putera sedang senyum

13 Mac

Bagaimanakah Saya Boleh Menyahut Kesukaran dengan Iman?

Kejadian 37–41

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Menjalankan Injil. Bagaimanakah kita telah melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kita?

  • Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Bagaimanakah kita menyokong sesama sendiri dalam hal yang sedang kita lalui?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menggunakan teknologi sebagai alat untuk berkongsi injil dengan lebih baik?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah yang sedang kita lakukan untuk membantu keluarga kita datang kepada Kristus?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Sebagai pemuda, Yusuf dari Mesir telah menghadapi pelbagai jenis kesukaran. Dia menghadapi pertikaian dalam keluarganya dan telah dianiayai oleh abang-abangnya. Dia menghadapi godaan untuk melanggar hukum kemurnian akhlak. Daripada dihormati kerana kesempurnaan akhlaknya, dia sebaliknya telah dimasukkan ke penjara. Ahli kelas atau kuorum anda mungkin menghadapi percubaan yang serupa dan percubaan yang lain. Apabila anda mengkaji pengalaman Yusuf dalam Kejadian 37–41, fikirkan tentang ahli kelas anda. Renungkan pengajaran dalam hidup Yusuf yang mungkin berguna untuk mereka (lihat juga Eter 12:27; Henry B. Eyring, “Cuba, Cuba, Cuba,” Liahona, Nov. 2018, 90–93). Laporan Yusuf boleh mengilhami ahli kelas atau kuorum untuk bertanya, “Bagaimanakah saya boleh menyahut kesukaran saya dengan iman dan bagaimanakah Tuhan akan membantu saya?”

kelas remaja puteri

Dengan menumpukan iman kita terhadap Yesus Kristus, kita boleh menemukan kekuatan dalam kesukaran kita.

Belajar Bersama

Pertimbangkan untuk meminta ahli kelas atau kuorum untuk menyenaraikan di papan tulis beberapa peristiwa daripada hidup Yusuf dari Mesir, seperti yang dijelaskan dalam Kejadian 37 dan 39–41. Sesetengah gambar seperti yang terdapat dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, boleh membantu mereka mengingati peristiwa ini. Bagaimanakah percubaan Yusuf serupa dengan cabaran yang dihadapi orang muda pada hari ini? Jika Yusuf masih hidup sekarang, apakah nasihat yang dia akan berikan kepada kita tentang menyahut kesukaran yang dihadapi? Apakah yang dia akan katakan tentang bagaimana hubungannya dengan Tuhan telah membantunya? Gunakan aktiviti seperti berikut untuk membantu para remaja fikirkan bagaimana mereka boleh menyahut cabaran mereka dengan iman terhadap Yesus Kristus.

  • Mengkaji cara Juruselamat menyahut kesukaran boleh membantu kita menghadapi kesukaran dengan iman. Para remaja boleh mencadangkan beberapa contoh kesukaran yang Juruselamat hadapi dan menyemak kesukaran itu bersama (lihat “Sumber-sumber Berkaitan” untuk mendapatkan beberapa idea). Apakah yang mengagumi kita tentang cara Juruselamat menyahut kesukaran-Nya? Bagaimanakah kita boleh mengikut teladan-Nya apabila kita menghadapi kesukaran?

  • Adalah lebih mudah untuk menyahut kesukaran apabila kita berusaha melihatnya daripada sudut pandangan Tuhan. Untuk membantu ahli kelas fahami perkara ini, minta mereka mencari contoh dengan menyemak pesanan Elder Rafael E. Pino “Sudut Pandangan Abadi Injil” (Liahona, Mei 2015, 117–19). Jemput mereka untuk berkongsi perkara yang mereka temui. Apakah yang contoh-contoh ini cadangkan tentang cara kita boleh melihat dan menyahut kesukaran kita? Jika Juruselamat boleh berucap tentang cabaran kita, apa yang Dia akan katakan? Untuk membantu menjawab soalan ini, para remaja boleh menyemak tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan”.

  • Pertimbangkan untuk meminta para remaja berkongsi contoh seseorang (mungkin nenek moyang) yang telah mengilhami mereka melalui cara dia telah menghadapi percubaan yang sukar. Atau anda boleh berkongsi contoh orang yang anda kenal. Pesanan persidangan umum lazimnya terdapat cerita mengenai orang-orang yang telah menyahut kesukaran dengan iman (lihat beberapa contoh dalam “Sumber-sumber Berkaitan”). Pertimbangkan perkara yang anda boleh kongsi pesanan yang mungkin bermakna bagi ahli kelas. Semasa anda membincangkan contoh ini bersama, cadangkan ahli kelas atau kuorum tumpukan pada bagaimana iman terhadap Yesus Kristus telah membantu mereka sepanjang tempoh kesukaran mereka. Anda juga boleh berkongsi senarai sumber yang Tuhan berikan untuk membantu kita menangani cabaran kita, yang terdapat pada penghujung pesanan Uskup W. Christopher Waddell “Berpaling kepada Tuhan” (Liahona, Nov. 2017, 94–96).

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way

“Apabila anda membuat persediaan, dasarkan pemahaman anda terhadap mereka yang anda ajar untuk membimbing rancangan anda” (Teaching in the Savior’s Way, 7). Misalnya, rancang aktiviti menggunakan tulisan suci dan sumber lain yang boleh membantu menangani cabaran yang ahli kelas atau kuorum hadapi.