Perjanjian Baru 2023
22 Januari. Bagaimanakah Yesus Kristus Menjadi Suatu Cahaya dalam Hidup Saya? Yohanes 1


“22 Januari. Bagaimanakah Yesus Kristus Menjadi Suatu Cahaya dalam Hidup Saya? Yohanes 1,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“22 Januari. Bagaimanakah Yesus Kristus Menjadi Suatu Cahaya dalam Hidup Saya?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri : Topik Ajaran 2023

Kamu Bagaikan Cahaya Bagi Dunia, oleh Simon Dewey

Ye Are the Light of the World [Kamu Bagaikan Cahaya Bagi Dunia], oleh Simon Dewey

Januari 22

Bagaimanakah Yesus Kristus Menjadi Suatu Cahaya dalam Hidup Saya?

Yohanes 1

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook,, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita terilham untuk lakukan demi membantu mereka?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menjadi cahaya kepada ahli keluarga atau rakan yang tidak berkongsi kepercayaan kita?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan lebih banyak kasih dan sokongan kepada keluarga kita serta membawa perbezaan positif dalam rumah kita?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Rasul Yohanes memulakan Injilnya dengan membandingkan Yesus Kristus dengan cahaya yang “bersinar dalam kegelapan” (Yohanes 1:5). Ahli-ahli kelas atau kuorum anda kini membesar dalam masa kegelapan rohani. Tetapi ia juga masa apabila “cahaya yang gemilang” dari Juruselamat sedia ada untuk membantu mereka melihat dengan jelas dan mencari jalan mereka (1 Petrus 2:9).

Semasa anda membaca Yohanes 1 minggu ini, renungkan mengapa cahaya sangat penting dan bagaimana Juruselamat ialah cahaya dalam hidup anda (lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Yohanes 1:1–34 [dalam lampiran Terjemahan Joseph Smith]). Bagaimanakah cahaya-Nya boleh memberkati mereka yang anda ajar? Bagaimanakah anda dapat mengilhami mereka untuk berjalan dalam cahaya-Nya? Untuk membantu anda merenungkan soalan-soalan ini, anda boleh mengkaji Ajaran dan Perjanjian 88:5–13, 67; 93:2–9 dan pesanan Sister Sharon Eubank “Kristus: Cahaya Yang Bersinar Dalam Kegelapan” (Liahona, Mei 2019, 73–76).

Belajar Bersama

Ia sering membantu untuk memulakan perbincangan anda dengan memberi kelas atau kuorum peluang untuk membincangkan apa yang mereka telah pelajari dari kajian tulisan suci mereka. Contohnya, minggu ini anda boleh meminta mereka untuk berkongsi perkataan atau frasa dari Yohanes 1:1–17 yang mengajar mereka sesuatu tentang Juruselamat. Biarkan mereka bercakap tentang mengapa mereka memilih perkataan atau frasa itu dan apa yang ia ajarkan mereka tentang Yesus Kristus. Kongsi dengan mereka bagaimana Yesus Kristus adalah cahaya dalam hidup anda. Aktiviti-aktiviti berikut boleh membantu anda meneruskan perbincangan anda.

  • Untuk membantu mereka yang anda ajar menghargai cahaya Juruselamat, mungkin seorang ahli kelas atau kuorum boleh berkongsi bagaimana perasaannya ketika dalam kegelapan. Terdapat satu cerita yang boleh membantu pada permulaan pesanan Elder Timothy J. Dyches “Cahaya Berpegang Teguh pada Cahaya” (Liahona, Mei 2021, 112–15). Mengapakah orang kadang-kadang takut akan kegelapan? Mengapakah kita memerlukan cahaya? Mengapakah Yesus Kristus dipanggil Cahaya Dunia? Anda boleh meminta para remaja untuk mengkaji pesanan Elder Dyches bermula dengan “Benarkan saya mencadangkan bahawa mungkin inilah masa untuk bertanya diri anda.” Mereka boleh mencari apa yang kita boleh lakukan untuk membawa cahaya Juruselamat dengan lebih sepenuhnya ke dalam kehidupan kita.

  • Tulisan suci yang disenaraikan di bawah “Sumber-sumber Berkaitan” boleh membantu kelas atau kuorum anda lebih memahami cahaya yang Yesus Kristus tawarkan. Anda boleh membaca dan membincangkan beberapa set ayat suci pertama sebagai satu kelas. Kemudian tuliskan Bagaimanakah kita boleh membawa cahaya Juruselamat ke dalam kehidupan kita? di papan tulis, dan menjemput para remaja untuk menyenaraikan jawapan yang mereka temui dalam set ayat suci kedua. Anda boleh membahagikan para remaja ke dalam pasangan dan minta mereka berkongsi dengan satu sama lain bagaimana Yesus Kristus telah menjadi cahaya dalam kehidupan mereka.

  • Sister Sharon Eubank berkata, “Salah satu keperluan asas yang kita ada untuk berkembang adalah untuk kekal berhubung dengan sumber cahaya kita—Yesus Kristus” (“Kristus: Cahaya Yang Bersinar Dalam Kegelapan,” 73). Anda boleh menggambarkan ini dengan pelajaran berobjek—mungkin dengan memaparkan lampu suluh atau peranti mudah alih dan membincangkan mengapa sumber kuasanya penting. Ahli-ahli kelas atau kuorum kemudian boleh kaji semula pesanan Sister Eubank, mencari cara Setan cuba memutus bekalan kuasa kita. Bagaimanakah kita mengekalkan perhubungan yang kuat dengan Yesus Kristus? Apakah nasihat yang kita temui dalam pesanan Sister Eubank?

  • Nyanyian Rohani seperti “Tuhan Terangku” dan “Pimpin Ya T’rang” (Nyanyian Rohani, no. 30, 35) bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah cahaya kita. Pertimbangkan untuk menyanyikan lagu rohani tersebut (atau yang lain) bersama dan mengenal pasti perkataan atau frasa yang mengajar kita bagaimana Yesus Kristus seperti cahaya. Bagaimanakah orang lain membawa cahaya Juruselamat ke dalam kehidupan kita? Bagaimanakah kita boleh berkongsi cahaya-Nya dengan orang lain?

Kurnia Cahaya oleh Eva Timothy

A Gift of Light [Kurnia Cahaya], oleh Eva Timothy

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Apabila anda memberi perhatian kepada apa yang berlaku dalam kehidupan ahli kelas dan kuorum, anda akan mendapati peluang pengajaran yang bagus. Komen para pelajar anda atau soalan yang mereka tanya juga boleh membawa kepada peluang pengajaran.