“12 Februari. Bagaimanakah Saya Boleh Meningkatkan Penyembahan Saya kepada Tuhan? Yesaya 2-4,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)
“12 Februari. Bagaimanakah Saya Boleh Meningkatkan Penyembahan Saya kepada Tuhan?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023
12 Februari
Bagaimanakah Saya Boleh Meningkatkan Penyembahan Saya kepada Tuhan?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Mengamalkan injil. Bagaimanakah kita telah lebih mendekati Juruselamat? Bagaimanakah kita berusaha untuk menjadi lebih seperti-Nya?
-
Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang terlintas dalam fikiran kita sejak baru-baru ini? Bagaimanakah kita boleh membantu individu-individu tersebut?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menjawab soalan rakan-rakan kita tentang Gereja, yang dapat memperkukuhkan iman mereka terhadap Juruselamat?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah cara-cara untuk kita berhubung lebih baik dengan ahli keluarga lain, seperti datuk nenek dan sepupu?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Wanita Samaria yang digambarkan dalam Yohanes 4 mungkin sering pergi ke perigi itu untuk mendapatkan air. Tetapi kali ini ia berbeza. Dia bertemu dengan seorang lelaki Yahudi yang meminta minum. Itu sahaja adalah luar biasa kerana orang Yahudi biasanya tidak bergaul dengan orang Samaria. Tetapi ada sesuatu yang luar biasa tentang lelaki ini. Memikir bahawa Dia mestinya seorang nabi, dia bertanya kepada-Nya soalan-soalan tentang menyembah Tuhan. Adakah ia dibenarkan untuk menyembah Tuhan di Samaria? Atau orang mesti menyembah di Yerusalem, seperti yang dituntut oleh bangsa Yahudi? (lihat Yohanes 4:19–20). Lelaki itu menjelaskan bahawa di mana kita menyembah tidak sama pentingnya dengan cara kita menyembah: “Apabila dengan kuasa Roh Tuhan orang akan menyembah Bapa sebagai Tuhan yang benar seperti yang dikehendaki oleh Bapa” (Yohanes 4:23). Kemudian lelaki itu memberitahu dia siapa Dia—Dia ialah Kristus, Juruselamat dunia (lihat Yohanes 4:25–26).
Adakah remaja yang anda ajar memahami maksud menyembah Bapa Syurgawi? Selain daripada menyembah di gereja (lihat Ajaran dan Perjanjian 59:9–10), apakah peluang lain yang mereka ada untuk menyembah-Nya, termasuk yang tidak dikenali sebagai penyembahan? Sumber-sumber berikut dapat membantu anda bersedia untuk mengajar mereka tentang bagaimana memperbaiki penyembahan mereka terhadap Tuhan: Mazmur 95:1–7; Matius 4:8–10; Alma 32:4–11; Ajaran dan Perjanjian 20:17–19; 93:19–20, dan pesanan Uskup Dean M. Davies “Berkat-berkat Penyembahan” (Liahona, Nov. 2016, 93–95).
Belajar Bersama
Untuk memulakan perbincangan tentang memperbaiki penyembahan, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas atau kuorum untuk mengkaji semula Yohanes 4:19–26 secara individu dan menulis jawapan kepada soalan-soalan seperti ini: Mengapakah saya menyembah Tuhan? •Apakah ertinya menyembah Tuhan bagi saya? Ia juga boleh membantu untuk mengkaji semula bersama definisi “Penyembahan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Selepas mereka mempunyai masa untuk merenungkan soalan-soalan ini, jemput mereka untuk berkongsi fikiran mereka. Aktiviti-aktiviti berikut boleh membantu mereka menerima dorongan Roh Kudus.
-
Ahli-ahli kelas atau kuorum anda akan mempunyai pemahaman yang berharga tentang apa yang dimaksudkan untuk menyembah Tuhan. Anda boleh meminta mereka untuk berkongsi pengalaman ketika mereka merasakan mereka menyembah Tuhan. Ayat-ayat suci seperti berikut dapat menambah kepada pemahaman mereka dan memberi mereka idea-idea tentang bagaimana menjadikan penyembahan mereka kepada Tuhan lebih bermakna: Mazmur 95:1–7; Matius 4:8–10; Alma 32:4–11; Ajaran dan Perjanjian 20:17–19; 93:19–20. Mereka juga boleh membincangkan kenyataan Elder Bruce R. McConkie dalam “Sumber-sumber Berkaitan.”
-
Untuk membantu para remaja meningkatkan penyembahan mereka kepada Tuhan, pertimbangkan untuk menulis tajuk-tajuk berikut di papan tulis: Siapa, Mengapa, Di Mana dan Bagaimana. Minta mereka mengkaji semula tulisan suci yang tersenarai dalam “Penyembahan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org), mencari ayat-ayat yang membantu mereka memahami siapa, mengapa, di mana, dan bagaimana kita harus menyembah. Semasa mereka mencari ayat yang berkaitan, jemput mereka untuk membincangkannya dengan kelas atau kuorum dan tuliskan rujukan di bawah tajuk yang sesuai. Galakkan mereka untuk berkongsi pengalaman ketika mereka merasa lebih dekat kepada Tuhan melalui penyembahan.
-
Pesanan Uskup Dean M. Davies “Berkat-berkat Penyembahan” mengandungi contoh-contoh orang menyembah Tuhan. Anda boleh membaca bersama bahagian “Apa Itu Penyembahan?” Kemudian setiap orang boleh mengkaji semula salah satu contoh orang menyembah yang terdapat dalam tiga bahagian seterusnya dari pesanan itu. Apakah yang setiap contoh ajarkan kita mengenai penyembahan Tuhan? Apakah bahagian terakhir pesanan ini ajarkan tentang berkat-berkat yang datang dari menyembah-Nya dengan ketaatan? Apakah yang kita diilhami untuk lakukan bagi memperbaiki penyembahan kita kepada Tuhan?
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
Elder Bruce R. McConkie mengajarkan: “Penyembahan yang ikhlas dan sempurna terdiri daripada mengikuti langkah-langkah Putera Tuhan; ia terdiri daripada mematuhi perintah-perintah dan mematuhi kehendak Bapa ke tahap yang mana kita maju dari rahmat ke rahmat sehingga kita dimuliakan dalam Kristus seperti Dia dalam Bapa-Nya. Ia jauh lebih berkuasa daripada doa dan khutbah dan lagu. Ia adalah amalan dan melakukan dan mematuhi. Ia adalah mencontohi kehidupan hebat Yesus Kristus” (“How to Worship,” Ensign, Dis. 1971, 130, huruf besar dimodenkan).