Perjanjian Baru 2023
26 Februari. Bagaimanakah Ajaran Juruselamat Membantu Saya Membuat Penghakiman yang Soleh? Matius 6–7


“26 Februari. Bagaimanakah Ajaran Juruselamat Membantu Saya Membuat Penghakiman yang Soleh? Matius 6–7,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“26 Februari. Bagaimanakah Ajaran Juruselamat Membantu Saya Membuat Penghakiman yang Soleh?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023

Kristus dan perempuan yang berzina

26 Februari

Bagaimanakah Ajaran Juruselamat Membantu Saya Membuat Penghakiman yang Soleh?

Matius 6–7

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Apakah topik yang lembaga uskup bincangkan dalam pertemuan majlis remaja bahagian kita? Apakah yang kita boleh lakukan sebagai kelas atau kuorum berdasarkan perbincangan tersebut?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Bagaimanakah kita boleh menjangkau kepada orang seperti Kristus apabila kita melihat satu keperluan dan tidak tahu apa yang harus dikatakan?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Apakah yang kita temui dalam injil Yesus Kristus yang memberi kita kebahagiaan? Bagaimanakah kita boleh berkongsi kebahagiaan itu dengan orang lain?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah yang kita lakukan untuk mencari nama nenek moyang kita yang memerlukan tatacara bait suci? Apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu orang lain mencari nama nenek moyang mereka?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Terdapat kecenderungan dalam setiap kita—kerana sifat kita yang jatuh—untuk menghakimi orang lain, kadang-kadang secara tidak adil atau hanya mementingkan kesolehan diri. Tetapi Juruselamat mengajar, “Janganlah menghakimi dengan tidak soleh, agar kamu tidak dihakimi; tetapi hakimilah penghakiman yang soleh” (Terjemahan Joseph Smith, Matius 7:1 [dalam Panduan Tulisan Suci). Renungkan bagaimana mengikuti nasihat ini boleh memberkati anda dan mereka yang anda ajar. Juruselamat menunjukkan melalui teladan apa yang Dia maksudkan dengan “penghakiman yang soleh.” Contohnya, pertimbangkan bagaimana Dia melayan wanita yang telah berzina. Dia tidak menghukumnya, tetapi Dia juga tidak menyetujui dengan dosanya. Dia menjemput wanita itu untuk “pergilah dan janganlah berdosa lagi” (Yohanes 8:11). Apakah yang anda telah pelajari tentang menghakimi dengan soleh daripada Juruselamat?

Semasa anda merenungkan bagaimana anda akan membantu para remaja memahami penghakiman yang soleh, anda boleh mengkaji Matius 7:1–2 dan pesanan Elder Lynn G. Robbins “Hakim Yang Soleh” (Liahona, Nov. 2016, 96–98).

Belajar Bersama

Anda boleh memulakan perbincangan tentang menghakimi secara soleh dengan meminta ahli-ahli kelas atau kuorum untuk memikirkan satu masa ketika mereka berasa disalah hakimi oleh orang lain. Bagaimanakah perasaan mereka? Apakah yang kita pelajari tentang penghakiman dari ajaran Juruselamat dalam Matius 7:1–5? (Lihat Terjemahan Joseph Smith dalam Panduan Tulisan Suci). Apakah maksud ayat “penghakiman yang soleh”? Anda boleh membincangkan ayat-ayat ini dengan menjemput ahli-ahli kelas atau kuorum untuk mengucapkan setiap ayat dengan kata-kata mereka sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti berikut juga dapat membantu mereka yang anda ajar untuk menghakimi dengan soleh.

  • Ajaran Juruselamat dalam Matius 6–7 dapat membantu kita “menghakimi dengan soleh.” Untuk membantu ahli-ahli kelas atau kuorum menemui ajaran-ajaran tersebut, anda boleh memberikan setiap mereka salah satu ayat berikut untuk direnungkan: Matius 6:14–15; 7:3–5; 7:12; 7:15–20. Apakah yang dicadangkan oleh firman Juruselamat dalam ayat-ayat ini tentang maksudnya untuk menghakimi dengan soleh? Apakah yang kita boleh pelajari dari teladan Juruselamat dalam Yohanes 8:1–11 dan Matius 9:10–13? Apakah perbezaan yang kita perhatikan di antara cara Juruselamat menghakimi kita dan cara kita sering menghakimi satu sama lain?

  • Oleh sebab kita semua mempunyai hak pilihan, kita mesti sentiasa membuat keputusan tentang apa yang kita akan lakukan dan tidak akan lakukan. Tetapi sebagai pengikut Juruselamat, kita berusaha untuk tidak menghakimi atau mengkritik orang lain. Untuk membantu para remaja memahami perbezaannya, kongsi dengan mereka kenyataan oleh Presiden Dallin H. Oaks dalam “Sumber-sumber Berkaitan.” Sebagai kelas atau kuorum, bekerjasama untuk memikirkan contoh-contoh menghakimi situasi—seperti aktiviti, acara, atau perbualan—daripada menghakimi seseorang yang terlibat. Mengapakah ia lebih baik untuk menghakimi situasi dan bukannya seseorang? Para remaja mungkin mempunyai soalan lain tentang menghakimi dengan soleh (lihat contoh-contoh dalam “Sumber-sumber Berkaitan”). Bincangkan soalan-soalan mereka bersama dengan menggunakan maklumat di bawah “Sumber-sumber Berkaitan” untuk mencari jawapan. Jemput para remaja untuk berkongsi apa yang mereka rasa terilham untuk lakukan kerana apa yang telah dipelajari.

  • ChurchofJesusChrist.org) boleh memberi pandangan tambahan.

dewasa muda sedang berbual

Apabila kita belajar untuk menjadi lebih seperti Kristus, kita boleh menghakimi dengan lebih soleh.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

  • Contoh-contoh soalan tentang menghakimi orang lain: “Saya telah diajar untuk memilih kawan-kawan saya dengan teliti. Tetapi bagaimanakah saya boleh melakukannya tanpa menghakimi orang?” “Apabila saya cuba mematuhi injil, saya dituduh menghakimi. Bagaimanakah saya boleh menjadi benar kepada apa yang saya percaya dan tunjukkan kasih kepada mereka yang tidak bersetuju?”

  • 1 Samuel 16:7; Moroni 7:12–19; Ajaran dan Perjanjian 11:12

  • Presiden Dallin H. Oaks mengajar: “Bila mungkin, kita akan menjauhkan diri daripada menghakimi orang dan hanya menghakimi situasi. Ini adalah penting apabila kita berusaha untuk bertindak atas standard yang berbeza daripada orang yang kita mesti kaitkan—di rumah, di tempat kerja, atau dalam komuniti. Kita boleh menetapkan dan bertindak menurut standard tinggi untuk diri kita atau rumah kita tanpa mengutuk mereka yang melakukan yang sebaliknya” (“‘Judge Not’ and Judging,” Ensign, Ogos. 1999, 11).

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Usaha anda harus menyokong usaha ibu bapa. Kongsi dengan ibu bapa para remaja apa yang anda ajarkan. Berunding dengan mereka untuk belajar tentang keperluan para remaja dalam kelas anda dan cara terbaik untuk membantu memenuhi keperluan tersebut.